|
tak nak bg harta kpd waris belah bapak...boleh x
[Copy link]
|
|
pembetulan kak sun... maaf ye...
wasiat tidak boleh dibuat ke atas ahli waris, berdasarkan hadis rasulullah 'La wasiyatan li warisin'. melainkan mendapat keizinan dari ahli waris yang lain.
akan ...
mejik Post at 10-11-2009 14:03
leh explain.. x paham...
adekah bermaksud kl xde anak lelaki.... even si mati dah letak pename utk anak2 porempuan dan isterinya .... make duit EPF si mati PERLU di nilai kembali ikut faraid?
tengkiu |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf tuan Ibnur ada sedikit pembetulan....
Bagi harta pusaka yang perlu kepada surat kuasa dari mahkamah tinggi syarat²nya ialah:
Lebih dari RM 600k
terdiri dari harta alih atau tak alih ...
mejik Post at 10-11-2009 12:56
terima kasih untuk update berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
60# mejik
ni lah nak tergelak...dlm proses utk di pinda means?
kalau nak selamat tukar nama siap2 supaya harta tu tak jadi harta pusaka yang layak dibahagi kpd semua waris yg layak..
pegi je pejabat amanah raya or wasiah shoppe they will tell u how to do this...dia orang tu lawyer gak pandai putar alam..caya lah..
mak saya anak angkat..bila ayah dia meninggal...dia warisi semua harta penigngalan ayah dia..sedangkan si ayah tu ada saudara mara kandung, ada anak sedara juga...saya pun hairan tapi semua ni amanah raya yg tetapkan..duit dlm bank dia..asalnya buku banknya di curi oleh sape tah...saya tak kenal lah..tapi pihak amanah raya yg uruskan mak saya dpt semua...pelik tak sistem syariah kat malaysia ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
jumpa kat thread lain
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103
Fatwa tersebut berbunyi;
1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.
Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.
Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.
Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.
Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.
Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.
Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.
Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada. |
|
|
|
|
|
|
|
orang ni lagi best..tu i kata pi amanah raya
Penama bagi segala cash aku kat ASB.. Saham Bank Rakyat..Saham Bank Persatuan..UT..Emas Kijang yg total over 250K ++ adalah laki aku...walapon aku share laki..
Erkk...kureng bijakkah ini..?
Tapi aku siap hire Amanah Raya sbg Badan Pemantau bagi segala transaksi...
Sebabnya aku kan tamak...lepas mati pun aku nak reta cash aku tu tetap generate pulangan kat aku sbg saham akhirat yg mana 1/2 drp dividen ASB aku musti bagi kat badan2 amal utk pembangunan Islam..1/2 lagi utk emak aku punya belanja..
Dividen saham bank persatuan & UT utk anak2 belanja..
Dividen saham bank rakyat utk suami sbg elaun dia menguruskan transaksi/akaun yg aku tinggal..
Then bila laki aku pulak kiok...dividen saham bank rakyat tu pun akan dimasukkan ke tabung amal kebajikan..
Aku tak tinggalkan/wasiat cash...aku tinggalkan DIVIDEN utk yg hidup...
Cash tetap jadi HAK MILIK aku walapon selepas aku mati...sbg kesinambungan amal aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau saya ada anak 4 org (3 pompuan 1 lelaki) dan seorang suami...kemudian semua epf, insurans saya namakan semua2 ni...(husband n anak2)...adakah bila saya meninggal dunia, harta2 tersebut kena tunggu penama lain semua berumur 18 tahun walau penama lain ada yg umur dah lebih 18 tahun..atau mcm mana?..terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
66# AnisSuraya
baik pi consult amanah raya..tak mahir sgt bab ni as i said i dah masuk comfort zone..ada anak bujang umur 19..dan yg penting harta tu tak dpt kat adik ipar= adik husband he he sbb dia kaki joli..bini pun 2 |
|
|
|
|
|
|
|
66# AnisSuraya
baik pi consult amanah raya..tak mahir sgt bab ni as i said i dah masuk comfort zone..ada anak bujang umur 19..dan yg penting harta tu tak dpt kat adik ipar= adik husband he he sb ...
sunsuria3 Post at 11-11-2009 01:04 PM
comfort zone?....benda mcm ni payah nak cakap...kalau tiba2 Allah nak jemput dulu anak2 lelaki kita tu menemuiNya...siapa yg tahu kan...
Kalau tu harta2 saya, ia tak mungkin akan jatuh kepada keluarga belah suami saya kan...?ke mcm mana?.... |
|
|
|
|
|
|
|
68# AnisSuraya
tu dah takdir lah namanya. saya da dua anak lelaki..anyway comfort zone ni..adik beradik saya tak da yg tamak harta..harta peninggalan arwah ayah kami pun semua kami masukkan ke amanah raya..sedekah je..belah mertua lak..merekasemua baik tak tamak harta, kira selamatlah cucu di bawah jagaan mereka..kecuali adik ipar lelaki tu je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|