Pun begitu, rahsia siapakah dua penyanyi lelaki yang lagunya hendak dinyanyikan Siti terbongkar apabila dia memilih lagu Lelaki Ini nyanyian Anuar Zain, dan Mahakarya Cinta nyanyian Faizal Tahir.
"Bukan soal cuba merendah diri apabila Siti memilih menyanyikan lagu-lagu mereka tetapi mereka adalah antara penyanyi yang Siti kagumi. Malahan, mereka juga adalah penyanyi popular dan mempunyai ramai peminat.
"Mereka tahu Siti akan menyanyikan lagu mereka. Malangnya mereka tak dapat hadir kerana terbabit dengan persembahan. Tapi Faizal ada meminjamkan saya gitar untuk saya gayakan sewaktu persembahan tadi," kata Siti.
berita harian 16 Nov
pinjam je, gitar yg tu kan hadiah dari "isteri tersayang" dia (kata FT kat Nona)