CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2946|Reply: 5

Faizal terlantar di hospital

[Copy link]
Post time 21-11-2009 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Faizal terlantar di hospitalOleh Sakini Mohd Said
[email protected]

Rap
SELEPAS menjalani pembedahan lutut kanannya padaSeptember lalu kerana kecederaan sebelum ini ketika bermain futsal,kini penyanyi yang popular dengan gelaran Superman, Faizal Tahir,terlantar sakit di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur akibat jangkitankuman pada paru-parunya.
Lantaran itu, Faizal yang dimasukkan ke hospital pada malam Rabu (18November) lalu selepas tidak tahan menanggung kesakitan dialami, gagalberaksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-24 yang berlangsungmalam tadi dan digantikan dengan Shila One In A Million 2 (OIAM2).Mempertaruhkan lagu berjudul Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirikditulisnya sendiri, Faizal gagal dihubungi untuk mengetahui lanjutkeadaan semasanya.

Pada separuh akhir ketiga Muzik-Muzik yangberlangsung malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam,lapan lagu berentap iaitu Cinta Adam & Hawa (Misha Omar), MasihJelas (Hafiz AF7), Rindu Terhenti (Tomok), Situasi (Bunkface), Patri(Jinbara), Ketika Ini (Estranged), Pergi (Aizat) dan Bencinta (Faizal).

Beritahu Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian, ketika dihubungi,Faizal, 31, masih berada di hospital dan menerima rawatan. Namun, diamendapat arahan daripada pihak atasan untuk tidak membenarkan mana-manamedia mengunjungi Faizal atas nasihat doktor.

"Kecederaan yangdialami Faizal tidak teruk tetapi dia sangat lemah. Apatah lagi,sebelum ini dia ada menjalani pembedahan lutut dan sekarang jangkitankuman pada paru-parunya. Disebabkan itu, doktor menyarankan kami supayaFaizal diberi ruang secukupnya untuk berehat tanpa mana-mana gangguan.Rawatan awal mendapati dia terkena jangkitan kuman, tetapi tidak tahukeadaan selanjutnya," katanya.

Bercerita detik awal terkenapenyakit itu, beritahu Edrian, 35, Faizal sejak kebelakangan ini asyikmengadu sakit dada. Namun, naib juara OIAM musim pertama ini hanyamenyangka ia sekadar sakit biasa hinggalah mengalami batuk darah padamalam Rabu (18 November) lalu.

"Awalnya, Faizal ingat dia salahtidur hingga menyebabkan sakit dada. Disebabkan itu, dia tidak kisahsangat dan terus menjalani latihan untuk separuh akhir Muzik-Muzik bagilagu Bencinta. Selain bersungguh-sungguh berlatih, pada masa sama,Faizal juga sibuk merakam suara untuk album terbarunya.

"Selasa(17 November) lalu, ketika dia datang ke studio di Petaling Jaya untukbuat latihan seperti biasa, keadaannya nampak teruk dan sangat lemah.Melihat keadaannya itu, kami menasihatkannya supaya balik dan berehatdi rumah. Sejurus sampai di rumah, Faizal memberitahu yang sakitnyalagi teruk dan sudah tidak tahan hinggalah pada malam Rabu lalu diabatuk darah.

"Malam itu juga Faizal dimasukkan ke hospital.Kami tidak tahu bila Faizal boleh keluar kerana masih menunggu untukrawatan seterusnya. Menurut doktor, ada pelbagai peringkat rawatanselepas ini tetapi tidak boleh diberitahu kerana perlu menunggukeputusan rawatan seperti yang saya maklumkan sebelum ini.

"Sebenarnya, Faizal agak kecewa kerana tidak dapat membuat persembahanpada malam tadi. Kalau diikutkan, Faizal sudah lama membuat latihan danbersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberi persembahan terbaikpada Muzik-Muzik. Bagaimanapun, dia tidak ketinggalan menyaksikanMuzik-Muzik malam tadi di hospital menerusi kaca televisyen biarpunmasih sakit.


"Mungkin, kerana dia bekerja terlalu kuat hingga tidak sempatmenjaga kesihatannya. Namun, saya tidak mahu mengulas panjang mengenaiperkara ini. Cuma, kami doakan semoga dia cepat sembuh," katanya.



Beritahu Edris, ada kemungkinan besar Faizal akan berehat panjangselepas keluar dari hospital. Bagaimanapun, semuanya akan diberitahupada sidang media yang akan diumumkan nanti.

"Seperti kitaketahui, Faizal baru saja menjalani pembedahan lutut dan kini jangkitankuman pada paru-parunya. Dengan jarak masa yang terlalu dekat itu, kamirasa Faizal perlu berehat sekejap daripada karier nyanyiannya untukkembali pulih seperti biasa. Namun, itu akan diberitahu pada sidangmedia yang akan diadakan nanti," katanya yang tidak mahu mengulaspanjang mengenai perkara itu.



metro 21 nov



walaupun nampak gaya FT perlukan rehat sangat2, aku tetap sedih sangat2 kalau FT tak leh perform final nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2009 10:55 AM | Show all posts
Prince Court - hospital 6 Bintang kepunyaan Petronas......Nape tak pegi Hospital Besar kuala Lumpur ? Boleh peminat nak jumpa.....lagipun pakar2 lutut ramai kat sane
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:01 AM | Show all posts
kesahnye..

semoga cepat sembuh bro..

AJL need u.. ewah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:10 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh. tak meriahla ajl kalo FT takde huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 05:49 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh papa rock ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 01:40 AM | Show all posts
hmm, cian dia.moga2 cepat sembuh.. psl ajl tu tak kisahla kalu x pat perform. kesihatan lebih penting. harap dpt berehat secukupnye. anda masih ada family yg perlukan anda dan kami jg harap anda byk2 doa spy semuanya dipermudahkan.. ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.565403 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list