View: 1959|Reply: 6
|
Usahawan perlu ikhlas berniaga - Awang Adek
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Usahawan di negara ini dinasihatkan sentiasa ikhlas ketika menjalankan perniagaan jika mahu mencapai kemajuan dalam bidang yang ceburi itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, keikhlasan yang merupakan kunci kepada kejayaan dalam perniagaan harus meliputi sikap usahawan terhadap pelanggan dan pembekal.
"Saya percaya peniaga yang suka menipu dalam perniagaan tidak mampu mengecapi kejayaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Cabaran Usahawan Malaysia 2009 di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob.
Program selama tiga hari itu dianjurkan Brandbuilding.com.my dan disertai kira-kira 250 mahasiswa dari lima universiti tempatan.
Universiti terbabit adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) serta Universiti Limkokwing (LKWU).
Awang Adek menambah, usahawan juga memerlukan jati diri, semangat dan minat mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan.
"Tanpa semangat, jati diri dan minat, sukar untuk seseorang itu berjaya dalam bidang perniagaan," jelasnya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, berbanding suatu ketika dahulu kaum Cina mendominasi bidang perniagaan di negara ini namun kini semua kaum telah terlibat dan berkecimpung dalam bidang itu.
"Selain itu, di sesetengah tempat golongan wanita bumiputera bergerak aktif dalam perniagaan.
"Sebagai contoh di Kelantan, wanita Melayu berniaga di pasar-pasar dan restoran malah dari rumah ke rumah menjaja barang kemas atau pakaian," ujarnya.
http://www.utusan.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju tul moga rezeki kite halal... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi dan lagi................... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti aku dah kaya-raya, aku akan cetuskan satu dimensi baru... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti aku dah kaya-raya, aku akan cetuskan satu dimensi baru...
zaidi_MZZ Post at 21-11-2009 22:48
skrng tak bleh?... kena kaya dulu baru orng pecaya eh?..
agak2 bila bleh jadi kaya? |
|
|
|
|
|
|
|
skrng tak bleh?... kena kaya dulu baru orng pecaya eh?..
agak2 bila bleh jadi kaya?
sinar_inspirasi Post at 21-11-2009 22:56
skang ni tak boleh cetuskan sebab kekurangan modal yang teramat sangat...
benda yang akan dicetuskan tu bukan untuk dipercayai...tapi untuk sama2 usahawan sertai...
jauh di dalam sudut hati, memang nak jadi kaya...tapi matlamat aku skang ni, mencari rahmat Allah...
aku yakin, apabila aku dah dikurniakan rahmat tu, kekayaan yang akan mencari aku...inshaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la.. teruskan usaha...
insyaALLAh aku target tahun dpn... skrg aku pulun berganda2 usaha dari lepas2.. kiranya insyaALLAH permulaan yg bagus utk januari tahun depan... step aku dah makin jauh kedepan dari sebelumnya.. rasa sayut sikit dari dulu2....
kira gini lah.... senang aku terus terang... aku nak jadi JUTAWAN tahun depan.. langkah dah ambil.. masa dah sesuai.. usaha dan betambah.. network dah makin melebar, produk dah sesuai dan skrng ni aku harap pertolongan ALLAH utk meluluskan ... hanya DIA saje diharapkan.. yg lain dah aku buat setakat mampu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|