CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3287|Reply: 9

IKS bumiputera gagal di pasar raya ???

[Copy link]
Post time 21-11-2009 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Cuma tujuh peratus produk mengisi pasar raya besar, kata Ismail Sabri

Oleh ZULKIFLI MANZOR
[email protected]


KUALA LUMPUR - Meskipun garis panduan kerajaan pada tahun 2004 menetapkan 30 peratus produk yang dijual di pasar raya asing mesti terdiri daripada produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera, hakikatnya sasaran itu masih gagal dicapai hingga kini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pemerhatian mendapati cuma kira-kira tujuh peratus produk IKS bumiputera berjaya menembusi pasar raya asing ketika ini.

"Oleh itu, kita amat mengharapkan sokongan pasar raya asing seperti Carrefour, Giant, Tesco dan Jusco memastikan produk-produk IKS yang sesuai disenarai tetap di semua cawangan mereka," katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Program Penyesuaian Perniagaan di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, walaupun kerajaan mengeluarkan garis panduan berhubung penyertaan asing dalam perdagangan pengedaran di Malaysia sejak 2004 tetapi garis panduan itu bukan sesuatu yang wajib.

http://www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2009 10:53 PM | Show all posts
mungkin sebabnya, pengeluaran tidak dapat menampung permintaan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 10:55 PM | Show all posts
lama dah..... aku tak pandai nak komen pasal nih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:15 PM | Show all posts
brand tu kena letak nama omputih kot...baru orang teruja nak beli...

pastu akan timbul isu tak patriotik...tiada jati diri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:16 PM | Show all posts
lagi satu...persepsi orang kita, apabila tengok produk bumiputra, mesti mengharapkan harga yang murah...

bila tengok harga agak tinggi sikit atau sama harga dengan produk yang sudah ada nama, rasa macam tak berbaloi untuk dibeli...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 10:40 AM | Show all posts
Layanan pasaraya pada product IKS mmg mendukacitakan. Tempat yang sesuai untuk product IKS biasanya duk ujung sudut dan terselindung dan xnampak di mata pelanggan. Camna product IKS nak laku. Pas tuh product IKS cuma sekadar untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sahaja.
Pastuh kalau nak dapatkan tempat untuk ditempatkan kt rak depan skali, kena ada payment bawah meja plak...
Kalau xsilap..kalau product IKS nak masuk Giant..kena ada deposit RM20000...Mana ada pengusaha IKS yg ada duit sebanyak tuh...
Pihak kerajaan sekadar keluarkan kenyataan tanpa menyelami masalah yang terpaksa tanggung oleh pengusaha. Sampai bila usahawan kita nak maju dengan berbagai halangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2009 12:09 PM | Show all posts
payment pun lambat ...klu x silap la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 03:42 PM | Show all posts
kena cari jalan ni untuk bantu iks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2009 04:34 PM | Show all posts
6# alamseni


Setiap peniaga ada strategi masing2... objective selalu nak maximise the margin...

Pasaraya (baca "peniaga")  bukan KERAJAAN (baca "pembuat polisi...so called....).

Pengeluar A (baca "orang melayu a.k.a usahawan yang kalau kerajaan tak tolong tak nak bergerak")


Strategi pasaraya -bila susun produk,  yg reseable dan beri banyak margin pada pasaraya.

Customer melayu masuk pasaraya - dan pilih barang - selalunya - akan pilih

no. 1 - HALAL - ada chap halal dan nama ala2 melayu - assume orang melayu punya

no. 2. - MENARIK - dari segi packaging

no. 3 - MURAH - atau sekurang2nya affordable to buy

Pengeluar A - terpaksa bersaing dengan Ah Chong yang jual kicap dengan jenama "YAKIN" ... kalau pergi booth... penuh dengan gadis2 melayu... tetati jangan terperanjat bila yang bayar gaji tu tak sebangsa dengan gadis2 tersebut.. setakat chop HALAL... bukan susah apa pun.. kalau tak der chop halal .. jenama ABU, SITI, AMIN pun kita ingat orang melayu dan sure halal punya..


Pengeluar A - orang melayu yang tak banyak modal - tapi dapat geran packaging - malangnya kena pakai designer yang dilantik oleh kerajaan - (polisi nya takut peniaga dapat geran tapi pakai untuk benda lain) - so dapatlah packaging yang ala2 macam yg kita jumpa kat belakang2 pasaraya - kalau compare dgn maggie, nestle, cadbury ect ect ect

Pengeluar A -  diberi pilihan - samada jual product jer, masuk pasaraya PAKAI jenama dan baju pasaraya dan marginnya akan lebih banyak dari menjual produk mereka dalam packaging serta jenama Pengeluar A... yer para usahawan, nak untung banyak ker nak untung sikit... ker nak rugi...

TAKKAN U ALL TAK PERASAN... pergilah beli gula, tepung, kalau kat gondolaz tu ada 2 jenama tepung, satu jenama AMIN dan satu lagi jenama PASARAYA.. mana satu u all beli... mesti beli AMIN kan, konon nak tolong AMIN, yang kita tak tau ... supplier AMIN tu bukan bangsa kita, tapi yang supply dalam plastik pasaraya tulah bangsa kita...

Pengeluar A selain dari deposit, juga diberi tempuh2 tertentu... tak dapat jual, produk return back..

so lepas2 agak2 cukup waktu, pasaraya pun pergi kat kerajaan,

KAMI TOLONG IKS. TAPI BARANG IKS TAK BOLEH MOVE...

PASARAYA PUN BERNIAGA JUGA...

so Pak MEnteri tanya KSU, KSU tanya TKSU, TKSU tanya pegawai seranta, pegawai tanya CC... seterusnya, sampai kepada peniaga, peniaga pun mengeluh, bila sampai kat atas, kata tak bersyukur, tak berterima kasih, ect ect ect..

so, kementerian usahawan pun dah tak der... agak2 Najib boleh tolong tengok2 kan sample display dalam rak showcase kat ground floor bangunan MECD tu... kot2 ada yang expiry ker.. packaging cantik2 tapi tak pernah jumpa kat pasaraya pun!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 09:43 PM | Show all posts
Tima kasih hazel...
Mmg pon, usahawan melayu kurang ilmu, kurang modal, xmampu bersaing ngan pengeluar dan peruncit yang besar2.
Dari segi packaging pon pengusaha melayu duk terkebelakang. Kadang2 sebab nak kurangkan kos, pakai bungkus lebih kurang.
Penah gak masuk pasaraya n survey barang IKS, mmg xceria langsung.
Kemunculan peruncit besar jugak buat pengusaha IKS tertekan. Pengusaha kena ikut kehendak peruncit kalau nak barang dijual dipremis mereka.
Business yang laju sblum nih, dah jadi perlahan. Mampukah kita cari penyelesaian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.383809 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list