View: 1768|Reply: 0
|
Inflasi turun bsnes naik???
[Copy link]
|
|
Inflasi turun 1.6 peratus pada OktoberKUALA LUMPUR 22 Nov. - Kadar inflasi Malaysia pada Oktobermencatatkan penurunan sebanyak 1.6 peratus berbanding bulan yang samatahun lepas. Penurunan itu adalah disebabkan oleh perubahan hargapetrol dan diesel mulai Jun.
Berbanding bulan sebelumnya, IHP naik sebanyak 0.1 peratus, kataJabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataannya di sini. Sementara itu,dari Januari hingga Oktober, Indeks Harga Pengguna (IHP) naik sebanyak0.6 peratus.
Jabatan itu berkata, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkoholbagi bulan Oktober berbanding bulan yang sama tahun lepas menunjukkankenaikan sebanyak 0.8 peratus manakala indeks bagi bukan makanan turunsebanyak 2.6 peratus.
Bagi tempoh antara Januari dengan Oktober, indeks bagi makanan danminuman bukan alkohol meningkat sebanyak 4.8 peratus, dan sebaliknyaindeks bukan makanan mencatatkan penurunan sebanyak 1.4 peratus.
Indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol kekal pada 121.0manakala indeks bukan makanan meningkat sebanyak 0.1 peratus berbandingbulan sebelumnya.
Kenaikan IHP sebanyak 0.6 peratus itu adalah disebabkan olehpeningkatan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indekspengangkutan (-10.4 peratus); pakaian dan kasut dan komunikasi (- 0.5peratus).
Kenaikan IHP sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya ituadalah disebabkan oleh peningkatan indeks kumpulan utama minumanalkohol dan tembakau (+ 2.8 peratus); hiasan, perkakasan danpenyelenggaraan isirumah dan restoran & hotel masing-masingsebanyak 0.2 peratus; perkhidmatan rekreasi & kebudayaan danpelbagai barangan & perkhidmatan masing-masing sebanyak 0.1peratus. Sebaliknya, indeks pengangkutan turun sebanyak 0.1 peratus.
utusan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|