|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009)
[Copy link]
|
|
BH ni pun main stategi marketing da, apsal ha..??? org da malas undi ka???? |
|
|
|
|
|
|
|
BH kan se*gal sket...xde org undi lah tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg popular skrg dia la mnang.... |
|
|
|
|
|
|
|
VOTE for SITI NURHALIZA....:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
AIZAT AIZAT :pompom: AIZAT AIZAT :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
ada list siapa akan perform nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cekman at 25-2-2010 16:48
ada list siapa akan perform nanti?
jal08 Post at 25-2-2010 09:54
Dari blog klubbkidd
Pengacara Raja Azura & Sharifah Shaheera
while performances nanti from Adam, Ainul Aishah, Akim, Aril, Azlan & Typewriter,
Black, Bunkface, Dafi, Datuk M Daud Kilau, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle,
Faizal Tahir, Hafiz, Jaclyn Victor, Liyana Jasmay, Munif Hijjaz, Nazrey Raihan,
One Nation Emcees,Rabbani and Stacy. |
|
|
|
|
|
|
|
ainul aishah... dafi.... LJ? motif bwat pesembhn?
herm... penyampai trofi sepa plak?
huhu.
hijau88 Post at 25-2-2010 19:03
Antara yang dijangka menyampaikan trofi ialah Datuk Redzuawan Ismail(Chef Wan), Azlina Aziz, Fauziah Latiff, Nora, Noralbaniah, FauziahAhmad Daud, Kak Yong, Watie, Ummi Nazeera, Scha Al-Yahya, David Teo danNorliana Samsudin.
sumber murai.com |
|
|
|
|
|
|
|
INTERAKSI: Jennifer, Ramli MS profesional
2010/03/31
HUJUNG minggu ini bersamaan 4 April 2009, akan berlangsung malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) di Arena of Stars, Genting Highlands.
Apakah juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil akan mampu mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular selepas berjaya menumpaskan 'Raja SMS', Mawi tahun lalu? Apakah Mawi akan merampas semula gelaran itu?
Sukar untuk membuat ramalan awal. Selagi malam kemuncak belum berlangsung, ia pasti cukup mendebarkan perasaan Pengurus Besar Akademi Industri Muzik Malaysia, Jennifer Thompson yang bertindak selaku penerbit.
Ini kerana tanggungjawab itu besar dan lebih-lebih lagi disiarkan secara langsung di TV3 dari jam 9 malam hingga 11.30 malam. Dalam tempoh dua setengah jam itu, 16 trofi akan diserahkan kepada pemenangnya serta disulami persembahan artis.
Mungkin juga pengalaman selama 26 tahun Jennifer dalam industri hiburan tanah air banyak membantunya. Wanita hebat ini juga akan terus bekerjasama dengan bekas suaminya, Ramli MS yang juga Pengarah Muzik ABPBH2009.
Apakah tekanan yang dihadapi Jennifer dalam menjalankan tugasnya dan apakah perancangan menarik kali ini? Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, NORHAYATI NORDIN ([email protected]) bersama Jennifer.
RAP: Ini kali ke berapa anda galas tanggungjawab sebagai Penerbit ABPBH?
JENNIFER: Seingat saya, saya terbabit sejak penganjuran ABPBH 2004. Kiranya kali ini sudah enam tahun berturut-turut saya jadi penerbit. Bagi saya, ia tugas yang sangat mencabar untuk diri dan kumpulan pasukan terbabit.
Bagaimanapun, ABPBH ini adalah satu majlis berprestij dalam industri hiburan yang memberi pengiktirafan kepada artis popular. Malah, setakat ini saya sangat bersyukur kerana semua perancangan dibuat berjalan lancar.
RAP: Tentunya anda masih kaya dengan idea?
JENNIFER: Berkaitan soal idea ini, tak dinafikan ia bukan perkara mudah, tapi saya selalu menonton majlis anugerah yang berlangsung dalam dan luar negara untuk membantu mendapatkan idea.
Selalunya, saya dan team kreatif di pihak penganjur akan duduk bersama memerah otak mencari idea. Ini penting bagi kami kerana mahukan hasil terbaik. Jadi, saya tak kisah bertukar pendapat memandangkan kejayaan ABPBH adalah kerjasama berpasukan.
Bukan saya seorang dan penganjur tapi banyak pihak terbabit untuk menjayakan projek ini setiap tahun. Oleh itu, kami semua berganding bahu dan bergabung tenaga bagi memastikan ia berjaya.
RAP: Cabaran dihadapi setiap tahun penganjuran ABPBH?
JENNIFER: Memang orang ramai tak rasai tekanan kami. Ini kerana apa yang kami rancangkan itu kadangkala menjadi dan begitulah sebaliknya. Jadi, bagi menjayakan projek ini (ABPBH), ia boleh diibaratkan seperti menjaga anak sendiri. Banyak benda perlu dibuat dengan pantas.
Apapun, sebagai penerbit, saya tahu harus berani berhadapan risiko dan yang pasti saya seronok dengan kerja ini. Saya suka dan melakukannya sepenuh hati mengikut kemampuan diri. Bagi saya cuma satu, ingin dan mengharapkan hasil terbaik setiap tahun.
RAP: Macam mana dengan kerjasama dan komitmen artis untuk siri jelajah ABPBH2009 kali ini?
JENNIFER: Saya bertuah kerana sepanjang terbabit dalam penganjuran ABPBH dari dulu hingga sekarang, memang mendapat kerjasama yang baik daripada artis tanah air. Malah, saya sangat bersyukur tak pernah wujud masalah dengan mereka.
Masing-masing, antara kami tahu inginkan yang terbaik. Kerjasama perlu kerana sebagai tenaga produksi, saya tahu perlu memastikan penataan cahaya dan sistem bunyi pentas berkesan manakala, artis pula bertanggungjawab menghidupkan suasana.
Tanpa komitmen artis, siapa yang mahu menghiburkan penonton di atas pentas. Justeru, saya sangat menghormati kerjasama dan komitmen diberikan artis yang mengikuti siri jelajah di empat lokasi Mereka berjaya melakukannya.
Demi peminat, mereka sanggup turun padang menghiburkan pengunjung yang hadir tanpa menunjukkan penat atau tak cukup tidur. Yang penting, pada penghujung acara, semua akan berasa seronok dan puas.
RAP: Bagaimana perancangan konsep persembahan?
JENNFER: Mengenai konsep persembahan, tema ABPBH2009 kali ini ialah Cetusan Warna. Justeru, rekaan pentasnya juga pastilah mengikut peredaran zaman. Umpamanya, sekarang kumpulan Bunkface sangat popular maka sewajarnya wajah mereka kena ada di pentas pada malam itu.
Cuma, saya mencorakkan gabungan penyanyi lama dan baru beraksi bersama. Jadi, masing-masing berpeluang menghiburkan ribuan hadirin pada malam kemuncak ABPBH2009 nanti. Seperti gabungan Datuk M Daud Kilau dan kumpulan One Nation Emcees yang cukup menarik.
RAP: Rahsia anda selesa berganding dengan bekas suami, Ramli MS sebagai pengarah muzik?
JENNIFER: Sebenarnya, tiada apa-apa rahsia dalam hubungan baik kami. Apa yang pasti, kami saling menghormati karier antara satu sama lain. Lagipun, kami pernah hidup bersama selama 13 tahun dan cara kerja pula memang sangat profesional.
Kami tak pernah mencampurkan emosi dalam kerjasama. Jadi, saya memang selesa bekerja dengan Ramli dari dulu hingga sekarang. Seperti saya, Ramli juga sudah enam tahun bertindak sebagai pengarah muzik untuk persembahan artis di kemuncak ABPBH.
Sikap profesional kami yang unik ketika bekerja ini juga, ramai yang tak tahu saya dan Ramli dulu adalah suami isteri. Apabila orang bertanya, baru kami mengaku. Pada kami, peribadi dan karier ialah dua perkara berbeza yang perlu diurus secara profesional.
Selain itu, saya memilih Ramli kerana pengalaman besarnya dalam industri muzik. Sama ada irama moden dan tradisional, dia mahir. Ditambah lagi, selama ini pun hasil yang diberi dan ditonjolkannya adalah terbaik serta tak boleh disangkal.
RAP: Anda puas hati dengan senarai artis yang akan membuat persembahan nanti?
JENNIFER: Semua bentuk persembahan sudah dibincangkan dengan artis. Memang ramai yang akan beraksi di pentas nanti dan setakat ini saya sendiri belum sempat kira berapa jumlahnya. Namun, temasya ABPBH2009 dijangka lebih hebat berbanding tahun sebelumnya.
Seperti biasa, raptai kenalah dilakukan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
RAP: Boleh komen mengenai penolakan Liyana Jasmay untuk membuat persembahan?
JENNIFER: Berhubung perkara ini, saya tak mahu komen apa-apa. Ini kerana, bagi saya ia bukan satu masalah kerana semuanya sudah pun selesai. Lagipun, dia (Liyana) sendiri datang ke pejabat kami bertemu saya untuk berbincang mengenai perkara ini.
Pihak penganjur, Berita Harian juga sudah mengetahuinya dan kami terima alasan yang diberikan Liyana itu. Jadi, tidak perlulah perkara ini diperbesarkan lagi kerana penarikan Liyana sendiri tidak akan mencacatkan persembahan lain pada malam itu. Jadi, Sama-samalah kita tunggu malam kemuncak nanti dan doakan agar semuanya berjalan lancar.' |
|
|
|
|
|
|
|
minggu ni ada reveal undian x ?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|