CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3191|Reply: 13

Tauke keropok rugi besar

[Copy link]
Post time 25-11-2009 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Taun: Tauke keropok rugi besar

SUHAIMI (kiri) menunjukkan berita keropok lekor punca taun kepada pemberita di Kampung Losong, Kuala Terengganu semalam.


KERATAN Kosmo! 22 November.

KUALA TERENGGANU - Beberapa pengusaha keropok lekor di sini mendakwa mengalami kerugian lebih RM1,000 setiap hari sejak produk itu dikaitkan dengan penyebaran wabak taun Sabtu lalu.

Pengerusi Persatuan Keropok Losong Kuala Terengganu, Suhaimi Ali berkata, penjualan keropok lekor dan keropok keping juga menurun sebanyak 80 peratus.

Katanya, orang ramai masih bimbang meskipun Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hasan memberitahu makanan itu selamat untuk dimakan.

"Kami mengalami kerugian yang besar sejak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi kenyataan bahawa keropok yang berasaskan ikan menjadi antara punca merebak wabak taun.

"Selain itu, tindakan Jabatan Kesihatan negeri memberi notis tutup kedai selama 14 hari juga turut memburukkan lagi keadaan," katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Suhaimi, setakat semalam, sebanyak lima buah kedai telah diarah tutup setelah produk itu dikenal pasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri ini.

kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2009 09:45 AM | Show all posts
kali ni bukan keropok saje... makanan lain pun terjejas.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 10:07 AM | Show all posts
kesian kat tokey keropok... tapi apa boleh buat... keselamatan dan kesihatan public lebih utama... better safe than sorry ...     

yg 5 buah kedai kena arah tutup tu kot2 kotor sgt environment dan cara penyediaan.....  ada hikmah tu.. kena jaga kebersihan...  dan improve...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 10:28 AM | Show all posts
dugaan dari Yang Maha Esa...
365 hari buat untung, 14 hari jer rugi...
masih ada untung 351 hari...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 12:23 PM | Show all posts
utamakan kebersihan...

masak makanan dengan sempurna...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 12:50 PM | Show all posts
apela sgt rugi $$ dari hilg nyawa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2009 12:52 PM | Show all posts
apela sgt rugi $$ dari hilg nyawa?
220796 Post at 25-11-2009 12:50

mungkin mereka tiada mata pencarian yang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 04:37 PM | Show all posts
adakah perlu isu ini diperbesarkan utk tatapan umum?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2009 05:30 PM | Show all posts
7# zaidi_MZZ

ye la...tp masa ni le kene bg kerjasama....bila dh ok bisnes cam biasa la....smua tu dugaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 06:02 PM | Show all posts
erm byk gaklah depa rugikan..aku rasa sbb penyediaan yg kurang bersih tu yg menyebabkan punca taun..tp aku dok telan keropok jerk beberapa hari ni..huhuhu..risau gak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 07:23 PM | Show all posts
Mesti la org takut... sapa2 pun akan takut. Taun tu ooi... rasanya taukey keropok pun takkan bagi family dia makan.

Mana yg penting, duit @ nyawa?

jadikan pengajaran... kena la ada pihak yg khas utk pantau kebersihan etc utk mengelakkan kejadian sama berulang. Coz if public dah hilang kepercayaan, susah nak dapat balik tu. Mmg bukan semua pengusaha pengotor tapi disebabkan yg sedikit tu lah yg akan menjejaskan periuk nasi semua org...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 09:33 AM | Show all posts
adakah perlu isu ini diperbesarkan utk tatapan umum?
zidlan Post at 25-11-2009 16:37



perlu..sebab tengok sajelah siapa yg buat statement dan apa maksud yg tersirat dari topik ini. Dugaan menjelang hari raya qurban, harap2 lepas ini bila dah ok rezeki bertambah murah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 10:34 AM | Show all posts
12# syamen

tp mmg betul pun kan, most of tempat (kilang?) membuat keropok scr kecil2an, kebersihannya sgt la meragukan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 12:40 PM | Show all posts
tapikan sama gak tempat membuat budu,cencaluk,belacan dan mana2 makanan tradisi ni kan...tahap kebersihan nya tak dikenal pasti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044814 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list