CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2476|Reply: 6

bisnes pakaian part 1

[Copy link]
Post time 2-12-2009 02:03 PM | Show all posts |Read mode
salam n selamat petang saudari/saudara/Tuan/Dato/Tan Sri/Tun/Puan/Toh Puan/Tengku dll.........

Sbg usahawan pakaian yg dah lama tp xla lama sangat mcm Boonsiew tuh.....aku masak dgn ragam garam bsnes pakaian.
Bg newbies,mgkin perlukan ilmu n kemahiran dalam bsnes pakaian.Bg otai mcm Pak sinar GM,no halllll
D sini,aku kongsikan sdikit mikit pengalaman dalam bsnes pakaian....

Dalam apa jua bnses pasti ada masalah x kira apa jua jenis bsnes.Dalam sejarah bsnes,tiada bsnes tanpa masalah.Bsnes kecil masalah kecil,bsnes besar,masalah besar....

Dalam bsnes pakaian,pun ada masalah dan problemanya trsendiri....Bsnes online ke,gerai,kedai,pasar raya,pasar malam,pasar minggu,ekspo dan apa sahaja...pasti ada masalah.

Apa yg aku nak cite di sini ialah cara menghadapi masalah,bukan lari dr masalah sebab masalah pasti ada,yg penting ialah how to solve the problems,not run out from probs.....

1.Masalah produk.

Macam aku,aku gunakan promosi hujung tahun dan Ramadhan sbg cara menghabiskan stok terutama stok lama dan susah nak jual...Jika ia tidak dilakukan,lambakan stok akan berlaku dan wang tunai akan keras dan beku..ini menyebabkan kita nazak cash flow....
Produk perlu dihabiskan spy dapat masuk produk baru sebab produk pakaian bukan boleh disimpan lama kecuali items tertentu seperti kain batik dan sarung lelaki.Ia boleh disimpan 10 atau 30 tahun pun x kisah....
Tp produk trtentu seperti kain pasang,blaus,tudung mmg cepat masak..bila dah masak,akan gugur....
ia x akan masak semasaknya.....
Sebab tuh usahawan kn bijak n biso .....kalu tak,jem produk maka jemlah duit....
Lambakan stok perlu dielakkan trutama sekali produk bermusim dan berwaktu seperti Tudung Ct,selendang Wardina,
Kain angkasawan dll....

Mmg kerugian tidak dapat dielakkan dalam membuat promosi di mana ada produk dijual dgn harga rugi,namun kerugian akan dapat ditampung apabila wang tunai dijadikan aset mmebeli produk baru dan dijual dgn harga baik di pasaran,lantas menghasilkan keuntungan....

Kerugian sedikit adalah lbh baik drpd kerugian banyak..........

ok,aku nak tido.........sambung lain kali...aku tido x tentu masa....dan aku pernah tido dari jam 10 malam hari Ahad dan  bangun pada jam 9 pagi hari Selasa......tp itu hny sekali je berlaku dalam hidup aku.



"Kaya wang dan Kaya Iman bakat terbit........Tunggu di pasaran.SImpan wang syiling anda hari ini...sedikit2 lama2 jadi wang ringgit....."
salaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 02:21 PM | Show all posts
Thanks for sharing....sgt berguna dan membantu










feel free to visit www.mohdazmanahmad.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 02:41 PM | Show all posts
thanks...saatcham..baru nak berjinak2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 02:55 PM | Show all posts
terima kasih di atas ilmu yg digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 03:16 PM | Show all posts
TT kedai kat mana?..ada website ke untuk di belek2..kut ada yg berkenan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 04:26 PM | Show all posts
2.Masalah pemilihan produk.

Bsnes pakaian kn bijak.menjual 1 jenis produk bukan bijaksana sini....usahawan pakaian perlu mempelbagaikan banyak jenis pakaian.kalu jual 1 jenis je sppt baju kurung,ia mgkin mendatangkan masalah krn produk trsebut bermusim.
menjadi usahawan pakaian perlu kreatif.Semua jenis pakaian perlu dijual agar pelanggan mempunyai banyak p;ilihan wlupun anda sekadar mmepunyai bsnes pasar malam atau gerai.

Kecil amna pun bsnes,kepelbagaian perlu dilakukan.Anda hanya boleh memilih1 jenis produk jk benar2 yakin ia boleh berjaya cam dik CT mod tuh...dia jual tudung je.....
aku mmg x pandai jual 1 brg...aku jual mcm2 barang,malah apa sahaja bersangkut paut dgn pakaian aku jual wlupun untung 30,40 sen.....

Pilihan produk perlu dilakukan dgn bijak sama ada memilih warna,jenis,harga dll.Kualiti,corak juga penting.

begitu juga kajian ttg produk.Tanpa kajian,anda mgkin trsalah ambil produk mati n ia x berjaya dalam pasaran.Maka ini menjadikan aset beku sebekunya.....

Jika nak berjaya mmeilih produk,buatlah kajian dan penyelidikan.Banyakkan bertanya.banyakkan melihat dan menelaah pelbagai jenis produk dr pelbagai pemborong....

Tiada manusia sempurna.AKu jg kadang2 salah pilih produk n rugi puluhan ribu..namun kesilapan perlu djadikan pengajaran.lain kali perlu berhati2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2009 07:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciksarah at 7-12-2009 19:17

betul2..
kalau menurut saya, kita kena ada produk untuk kita sandarkan kos kita.. cth kalau main product kita mahal dan kadang2 laku banyak (masa musim gaji masuk), kadang2 tak laku(masa tengah bulan), at least side product boleh cover cost sewa and pekerja walaupun seringgit.. uish lama2 jadi beratus ringgit juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044797 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list