View: 4797|Reply: 17
|
The Key To Kingdom Of Heaven
[Copy link]
|
|
Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia
Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada apa yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee ,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dlm tulisan-tulisan ,melakarkannya dalam lukisan-lukisan ,mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.
Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APA YANG ANDA INGIN BUAT JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untk menakluk dunia.KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD YANG DIGERUNINYA.
Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini.Sudah tentu anda ingin tahu apakah petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang.The Papal Crossed Key yang penuh rahsia.Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel,untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer.Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.
Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.
Untk menjejak rahsia The Crossed Key,mari kita sama-sama telusuri apakah maksud di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.
The Secret Beyond The Crossed Key
Lambang ni berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dlm bahasa Aramaik Kuno,Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un)..Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican,St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.
Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu.Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:
1. Peter
2. Andrew
3. James
4. John
5. Philip
6. Bartholomew
7. Matthew
8. Thomas
9. James
10. Thaddeus
11. Simon the Zealot
12. Judas Iscariot
St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hdapan St. Peter Basilica pada hari ini.
Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)
"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)
Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."
Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.
Apakah dia kunci untuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter?Apakah kunci Syurga itu?
Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea? |
|
|
|
|
|
|
|
APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?
Untuk menjawab persoalan Ini, saya kongsi dengan anda satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik.Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar.Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican.Dan apakah fungsi AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.
Paderi & Kunci Syurga.
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.
Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam. |
|
|
|
|
|
|
|
urmmm..... thrid ini tentang agama Kristian? bleh x saya letakkan benda2 berkaitan sejarah Kristian dalam ni? hahaah.... saya nak letakkan tentang gereja Bogumil..... harap x marah... saya malas nak bukak thrid baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Gereja Bosnia
Gereja Bosnia menurut stengah ahli sejarah adalah gereja orang asli Bosnia atau Bogomil yang dikatakan wujud di Bosnia semasa abad pertengahan. Ahli gereja ini cuma menggelarkan diri mereka Krstjani (Kristian). Gereja ini sudah tidak wujud lagi dan dianggap sudah pupus selepas penguasaan kerajaan Othmaniah di Bosnia n Hezergovina.
Pertubuhan gereja ini dan kepercayaannya masih lagi blom dipahami secara mendalam sebab sedikit saja rekod yang ada dan di luar tradisi gereja ini, ada sedikit sumber dari pihak Katolik Roma.
Sejarah
Bosnia terletak di sempadan penguasaan politik penganut Katolik Roma n kawasan gereja2 Ortodok Timur. Penduduk Croat di Barat n orang Hungary di Utara menganut agama Katolik Roma manakala tanah2 ke Timur plak serta kawasan Tenggara di Hezergovina mempunyai penduduk beragama mengikut Gereja Ortodok Timur. Pusat keagamaan bagi Gereja Bosnia terletak di Moštre, dekat Visoko, iaitu rumah ibadat orang Krstjani ditemui.
Semasa penghujung abad Pertengahan, seluruh kawasan di Bosnia menganut agama Katolik Roma, namun x wujud angka yang tepat bagi penganut agama Katolik Roma n Gereja Bosnia. Gereja Bosnia selalu ja ada pertikaian dengan Gereja Katolik Roma utamanya pada penghujung abad Pertengahan. Gereja Bosnia bertentangan dengan Gereja Katolik Roma sampai abad ke-14 M juga adalah disebabkan oleh masalah politik. Gereja Katolik Roma di Bosnia ditadbir oleh bishop dari Hungary. Perpecahan jugak mungkin disebabkan perasaan ingin merdeka daripada kongkongan Hungary. Beberapa orang pemimpin Krstjian Bosnia juga ada memeluk agama Katolik Roma disebabkan oleh politik.
Orang luar menuduh bahawa Gereja Bosnia ini mempunyai kaitan dengan bidaah Patarene serta berhubungan dengan Bogumil iaitu satu aliran agama Mani yang berpusat di Bulgaria. Inquisition Gereja Katolik Roma melaporkan bahawa wujud aliran dualis di Bosnia sekitar abad ke-15 M. Aliran ini dipanggil sebagai bidaah orang Bosnia, tapi menurut stengah ahli sejarah, aliran ini x nampak pon macam pegangan Gereja Bosnia. Ahli sejarah Franjo Rački menulis tentang perkara ini pada tahun 1869 berdasarkan sumber2 Latin.
Kebanyakan ahli sejarah juga berpendapat bahawa Krstjani, atau orang Kristian Bosnia yang dihukum kafir oleh Gereja Katolik Roma n Gereja2 Ortodok Timor terutamanya di hampir seluruh kawasan Bosnia menganut ajaran Islam sekitar abad 1463 M apabila Turki Othmaniah masuk ke kawasan mereka.
Ciri2 Gereja Bosnia
Gereja ini mempunyai bishop sendiri dan menggunakan bahasa Slav sebagai bahasa sembahyang. Bishop dipanggil sebagai djed maksudnya datuk. Mereka juga mempunyai majlis yang terdiri daripada 12 orang laki2 dipanggil strojnici. Biara2 mereka dipanggil hiža atau rumah. Ketua biara plak dipanggil sebagai gost atau tetamu serta bertindak juga sebagai seorang strojnici.
Gereja ini mempunyai ramai biarawan yang berada di merata2 biara. mereka x ada pertubuhan menurut kawasan serta tidak berurusan dengan perkara2 sekular kecuali pada majlis pengebumian. Ia juga tidak terlibat dengan masalah kenegaraan sangat. Kecuali apabila Raja Stephen Ostoja of Bosnia, yang merupakan ahli Gereja Bosnia mempunyai seorang djed yang bertindak sebagai penasihat Istana sekitar 1403 and 1405 M, serta beberapa ketika menjadi ketua orang2 Krstjan atau menjadi wakil kerajaan ke luar negara.
Batu2 kubur yang dipanggil sebagai stećci (jamak) / stećak (mufrad) yang wujud sekitar abad pertengahan Bosnia n Hezergovina dikenalpasti berada di dalam kawasan Gereja Bosnia. Walau bagaimanapun, hanya sedikit saja bukti yang menunjukkan fakta bahawa ia dikeluarkan oleh ahli ketiga2 gereja. |
|
|
|
|
|
|
|
JAWAPAN KEPADA 2 KUNCI ITU...
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
p/s...satunya kunci ialah ALLAH SWT dan satu lagi kunci ialah NABI MUHAMMAD SAW |
|
|
|
|
|
|
|
sy ingin bertanya perihal cerita pemuda amerika tu..
mana tuan tanah amik crte ini yer?
sbbnya..crita ni adalah sgt mirip dgn crita wali Allah Abu Yazid al-Bustami dan seorg ketua paderi..sgt2 mirip..
adakah crita ini di modifikasi? |
|
|
|
|
|
|
|
tompang tanya.orng hok duduk vatican city tuh sumanya alim2 bagai kahmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
6# cronicle86
aku sangsi tul ngn citer bodoh cam ni, kononnya citer benar. bagi aku konspirasi camni hanya wujud zaman nabi je. generasi pnganut xtian n jew skrg ni jadi mangsa n x kebenaran sbenar.
ye la tu, pope bila nak mninggal baru nk mengucap masuk islam. citer paling bodoh... |
|
|
|
|
|
|
|
ko nie bukak thread je pandai..
bile org tnye soalan bagai,ko xleh nk jwb..
The Key To Kingdom Of Heaven nie pn amik dari blogspot org..
b4 nk bkak thread nie,ko baca n phm btul2 dlu pasal freemason and illuminati..
tgk je tajuk gempak,trus copy paste bkak thread..adei..
sorry..t'emo jap.. |
|
|
|
|
|
|
|
5# cmf_tongkatali
creta Pope ngucap ni kawan aku creta sejak 3 taon lepas lagi |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana paderi tu boleh tahu pemuda itu adalah muslim, ketika dia berada digereja?
katanya ada tanda2 dimuka?
tanda yang mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Sory, aku yg jahil ni nak tanya sket, agama Kristian n turun kat Middle east kan? Tapi kenapa majority penganut agama Kristian kat dunia adalah mat salleh? |
|
|
|
|
|
|
|
tanda kt wajah maybe tanda cahaya keimanan kot...
erm pasal cita pmuda kt amerika tu kan, nape ek aku rsa cam di ubahwatak..jln cita sama..
tah la aku pown dh lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Sory, aku yg jahil ni nak tanya sket, agama Kristian n turun kat Middle east kan? Tapi kenapa majority penganut agama Kristian kat dunia adalah mat salleh?
rastablank Post at 26-12-2009 23:44
Mat Salleh tu pun moyang diorang dari Middle east juga.Dalam kitab-kitab agama Islam ,orang europe dikenali sebagai Bani Ishak.Dari keturunan Ishak muncul lagi jurai keturunan baru iaitu dinasabkan kepada Yahuda bin Nabi Yaakub iaitu Bangsa Yahudi.Itu sebab dalam pengajian Islam, Bangsa Yahudi ditakrifkan sebagai yg berketurunan Yahuda bin Yaakub dan bukan dari anak-anak Nabi Yaakub yg lain seperti Simeon ,Yusuf dan Bunyamin dan yg lainnya.Jurai Nabi Yusuf pula dipercayai berada di wilayah Caucasian yg terkenal dgn ketampanan dan kecantikan diorang.Ketampakan orang arab pula terutama Quraisy berjurai dari Siti Hajjar ,isteri Nabi Ibrahim yg Jelita.Wallhu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau asia dr belah mana laks? |
|
|
|
|
|
|
|
16# JohnDeSouza
Asia sebelah mana.Luas tu Asia.Sebelah timur seperti China dipercayai dari anak Nabi Nuh Alaihissam.Begitu juga dengan jurai bani Jawi dikatakan dari keturunan anak Nuh.Sebelah Afrika pula ada pendapat yg menyatakan mereka dari jurai Qabil dan Iqlima iaitu anak Nabi Adam.Tradisi sesetengah kaum asli Afrika yg menari mengelilingi unggun api dikatakan sebagai acara bagi mengubati rindu terhadap Nabi Adam dan Hawa yg dimulakan oleh Qabil.Mungkin dengan bermain api mereka dapat melupakan duka lara terbuang dari keluarga sehingga lama kelamaan menjadi ritual mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Afrika keturunan Haam Ben Nuh. Orang Mesir (Qibti) keturunan Haam, kata dorang lar. Tapi asal usul manusia smua satu gak, nabi Adam (as) n Hawwa'....
kawasan Asia Barat, keturunan Saam Ben Nuh. Nama negara Syria dalam bahasa Arab Shaam tu asalnya kemungkinan nama Saam Ben Nuh. Sorang lagik anak nabi Nuh (as), nama dia Yaafith. Yaafith dalam kitab Sifr-Takween (Kejadian), katanya bapak kepada bangsa Kaukasus.
bangsa Asia (Mongol), wallahua'lam, aku kurang pasti la plak mari mana. mungkin dari campuran bangsa2 tiga yang atas tu la kowt melahirkan macam2 suku kaum di merata2 atau keturunan nabi Adam (as) yang lain2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|