|
Nafas baru Rumah Suffolk
Oleh NIZHA PERIASWAMY
Ia adalah sebuah rumah bersejarah tetapi terbiar lama tanpa perhatian. Namun, nafas baru telah diberikan kepada rumah ini bagi menonjolkan keunikan yang dimilikinya selama ini.
RUMAH Suffolk yang pernah menjadi kediaman Francis Light
kini dibuka untuk kunjungan orang ramai.
SEORANG lelaki Inggeris, Francis Light yang dikaitkan dengan pembukaan Pulau Pinang pernah mendiami rumah ini. Dikenali sebagai Rumah Suffolk, ia kini menjadi sebahagian daripada bangunan warisan Pulau Pinang. Rumah Suffolk telah dinaik taraf beberapa kali bagi mempamerkan semangat kolonial yang tinggi.
Sebagai seorang pemain politik Inggeris, Francis Light yang dipercayai turut mengasaskan bandar raya Georgetown pada tahun 1786 dikatakan menyimpan banyak peristiwa bersejarah di kediamannya itu.
Sungguhpun begitu, struktur bangunan yang kita lihat sekarang bukanlah bangunan sebenar yang pernah diduduki Francis Light. Ini kerana dipercayai beliau juga mempunyai rumah lain di Pulau Pinang tetapi dalam bentuk rumah Melayu.
Rumah Suffolk yang anda lihat sekarang adalah hasil binaan William Adward Philips yang merupakan setiausaha gabenor ketika itu.
Rumah awal yang dibina oleh Francis Light terletak di tengah-tengah estet lada. Oleh kerana beliau berada di sini dalam tempoh yang singkat (1786 - 1794) iaitu lapan tahun, beliau mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk mendirikan rumah di tengah-tengah hutan ketika itu.
"Saya kecewa kerana bukan semua sejarah yang berlaku di Rumah Suffolk ini direkod dengan baik dan saya percaya banyak yang telah hilang," kata Pengarah Komunikasi Badan Warisan Malaysia, Mark Gibson yang kini bertanggungjawab dalam pembaharuan bangunan tersebut.
Dilaporkan hanya dua insiden paling popular direkodkan di rumah tersebut iaitu kisah cinta Francis Light dengan Martina Rozells serta perbincangan mengenai penemuan Singapura oleh Sir Stamford Raffles.
Rozells adalah anak kacukan Portugis dan Thailand. Dia adalah anak angkat Sultan Kedah yang pada awalnya menjadi orang tengah perundingan antara Sultan Kedah dan Francis Light.
Francis Light jatuh cinta dengan Rozells yang dipercayai seorang yang sangat cantik memandangkan dia mempunyai darah kacukan Thai dan Portugis. Oleh kerana berlainan mazhab, Francis Light merupakan seorang penganut Protestan manakala Rozells bermazhab Katholik, mereka tidak dapat berkahwin kerana Francis Light terpaksa menghormati keperluan mazhabnya.
Namun begitu, mereka dipercayai berkahwin secara rahsia di Phuket, Thailand sebelum datang ke Pulau Pinang.
"Kisah penemuan dan politik di Singapura mula dibincangkan di rumah ini iaitu di ruang legar yang terletak di sebelah pejabat yang dikenali sebagai Marble Hall," kata Mark sambil menuding jari ke ruang legar yang masih disalut dengan batu marmar.
TANGGA menuju ke tingkat dua.
Beliau menambah: "Itu rekod paling jitu yang kami miliki tentang rumah ini. Kisah cinta dan perkahwinan Francis Light dengan Rozells juga berakhir di sini. Mereka mempunyai lima orang anak yang mana salah seorang adalah pengasas bandar Adelaide, Australia, William Light."
Rumah yang dinamakan sempena nama estet lada, Suffolk yang juga tempat kelahiran Francis Light, Suffolk, England itu asalnya dipercayai meliputi kawasan seluas 64.74 hektar tetapi kini hanya tinggal kurang 0.8 hektar. Walaupun tidak mempunyai ukuran tepat berhubung keluasan rumah, Mark berkata, ia adalah satu-satunya rumah Georgian dalam reka bentuk Anglo-Indian di luar India yang masih wujud.
"Selepas Francis Light meninggal dunia, William Edward Philips membina rumah yang anda lihat sekarang pada tahun 1810. Ia kemudiannya bertukar ke beberapa tangan yang menghuni rumah tersebut," jelasnya lagi.
Selepas bertukar tangan dan ditinggalkan selama beberapa tahun (tiada rekod sah mengenainya), Rumah Suffolk diambil alih oleh gereja mazhab Methodist yang menggunakannya sebagai sekolah lelaki Methodist. Pada awal 1970, keusangan teruk pada rumah tersebut menyebabkan pelajar lelaki sekolah itu terpaksa mencari bangunan alternatif, manakala rumah tersebut dipulangkan kepada kerajaan negeri.
Selepas dibina kira-kira 200 tahun lalu, rumah dua tingkat yang dibina di tepi Sungai Air Itam itu kini telah diperbaiki dan dinaik taraf. Bangunan yang masih utuh dengan rekaan lama itu dijaga baik supaya dapat terus mengekalkan sejarahnya.
Di Rumah Suffolk, terdapat pelbagai papan tanda yang mempamerkan nama penderma dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pembaikpulihannya. Selain itu, ruang dalaman pula dihias cantik menggunakan perabot kayu Anglo-India yang mempamerkan nostalgia lama bangunan tersebut.
Di tingkat atas, ruang legar yang seolah-olah sebuah dewan dikelilingi dengan jaring dan penutup tirai. Ia mungkin bagi menghalang nyamuk dan serangga mahupun binatang kecil yang lain masuk. Semuanya kini dijaga kemas dan rumah itu juga dibuka sebagai tempat lawatan. Ia turut mempunyai restoran yang menawarkan makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Sebagai pengurus Rumah Suffolk, Badan Warisan Pulau Pinang kini berhasrat untuk menawarkan pakej lawatan kepada pengunjung bercita rasa tinggi termasuk menyediakan kreativiti dan inovasi dalam setiap aktiviti yang dilakukan di rumah itu.
SUSUN atur perabot kayu Anglo-India.
Selain sekadar menjadi tempat lawatan, Rumah Suffolk juga menawarkan khidmat sebagai lokasi untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan, majlis sosial dan korporat.
Rumah tersebut dibuka untuk orang ramai dari hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. Ia dijangka dibuka setiap hari dalam masa terdekat ini. Bayaran masuk untuk setiap dewasa adalah RM10 dan tiada bayaran bagi kanak-kanak di bawah enam tahun.
Bagi mereka yang mahukan lawatan yang diiringi oleh pemandu pelancong, mereka boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi kumpulan 10 atau lebih pengunjung dengan bayaran RM15 seorang. Selain itu, terdapat diskaun untuk bayaran masuk bagi pelajar sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
akak mmg suka ngk bangunan2 lama cam nih...kat KL byk juga banglo2 lama yg ditinggalkan dan terbiar..sayang betul sbb senibina bgn2 nih unik dan nmpk kukuh wpun dah lama |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat rumah kat Suffolk...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
10 ringgit per entry? ade ape inside? kalu mcm ade artifact ke? oklah 10 rggt.... |
|
|
|
|
|
|
|
4# anne83
betui gak..
10 ringgit agak mahal
tingin nk tgk rozell tu..mesti cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah Berhantu sapa nak duduk |
|
|
|
|
|
|
|
akak mmg suka ngk bangunan2 lama cam nih...kat KL byk juga banglo2 lama yg ditinggalkan dan terbiar..sayang betul sbb senibina bgn2 nih unik dan nmpk kukuh wpun dah lama
mak Post at 16-12-2009 08:32
kan..rumah skrg rege berjuta pun, dah crack sna sni.. |
|
|
|
|
|
|
|
5# ainarin
tau tak pe.. tgk mcm kosong jah.... muzium negara yg sarat artifact pun tak sampai 10 rggt nk masuk.... huhuhhu... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan pi malam2 ler kalu takut hantu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Suffolk house ni tepi rumah aku jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|