View: 3174|Reply: 2
|
Leonid meteor shower in INdia
[Copy link]
|
|
NEW DELHI 18 Nov. - Beribu-ribu penduduk mendongak ke langit tengahmalam tadi untuk melihat apa yang diramalkan sebagai hujan meteorLeonid yang paling jelas di Asia, namun ia kelihatan samar-samarberikutan kewujudan awan.
Sekumpulan 30 ahli kaji bintang amatur bertuah kerana dapat melihatsendiri fenomena tersebut di kawasan hidupan liar Siriska, 150kilometer di selatan New Delhi dengan 78 meteor Leonid kelihatan dalammasa empat jam.
"Tiada bulan di langit dan ia waktu terbaik untuk memerhatikan langit.Kami dapat melihat kerlipan cahaya yang terang seperti bintang Siriusselama hampir 10 saat," kata seorang anggota Pertubuhan MempopularkanSains Angkasa untuk Komunikasi dan Pendidik, Yogeshwar Kanu Aggarwal.
Di seluruh Asia, ramai yang berjaga sehingga awal pagi tadi untukmelihat sendiri hujan meteor Leonid yang merupakan serpihan dari KometTempel-Tuttle. Kemunculan sebagai jaluran cahaya di angkasa,Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menjangkakansebanyak 300 meteor turun setiap jam berbanding pada malam biasa denganlapan meteor setiap jam.
"Jaluran cahaya itu muncul disebabkan meteor terbakar apabila melaluiatmosfera. Apabila memasuki atmosfera, meteor yang terdiri daripada aisatau debu tidak tahan lama jadi ia terbakar dan meninggalkan kesanjalur cahaya," kata saintis dari Pejabat Persekitaran Meteoroid, BillCooke yang menjelaskan meteor bergerak dengan kelajuan 250,000kilometer sejam.
Kira-kira 300 pelajar bermalam di sekolah di pinggir bandar New Delhiuntuk melihat pemandangan itu tetapi sedikit hampa kerana tidak banyakmeteor yang kelihatan.
"Kami mengharapkan lebih banyak hujan meteor dapat dilihat malam tadi," kata penganjur acara, Akanksha Ahuja.
Langit yang dipenuhi awan turut mengecewakan beribu-ribu lagi 'penontonangkasa' di Agra dan hanya dua dapat dilihat oleh seorang jurugambartempatan. - AP |
|
|
|
|
|
|
| |
|