CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2381|Reply: 7

zakat

[Copy link]
Post time 21-12-2009 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Sabda Rasulullah s.a.w.;

من آتاه الله مالا فلم يؤد زكاته مثل لهماله يوم القيامة شجاعا أقرع له زبيبتان يطوقه يوم القيامة ثم يأخذبلهزمتيه ثم يقول: أنا مالك أنا كنزك
“Siapa yang dikurniakan hartaoleh Allah namun tidak ditunaikan zakatnya, akan dijadikan harta ituuntuknya pada hari kiamat sebagai seekor ular yang licin/botakkepalanya dan mempunyai dua taring. Ular itu akan membelit lehernya,kemudian menggigit kedua rahangnya serta berkata; “Akulah harta kamu.Akulah harta yang kamu simpan”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairahr.a.)


erm..sy penah tanya org zakat..katanya belum layak tuk bayar zakat..so camne ea...?

dan satu lagi...barang kemas..org zakat cakp...kalau dalam stahun penah pakai barang kemas tu walaupun skali...zakat tak dikenakan...

errr..camne ea... sape leh jelaskan dengan detail tak pasl zakat ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 09:19 AM | Show all posts
pasal emas jadi hiasan diri, seingat aku pon tak perlu..cuma term hias diri tuh...kalau gelang pakai seutas dua..mmg hiasan diri..kalau sampai ke pangkal lengan...mmg tak boleh lahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 11:09 PM | Show all posts
Zakat merupakan Rukun Islam, jadi kalo ko rasa ko layak berzakat, maka berzakatlah. Zakat pendapatan hanya 2.5% dari pendapatan ko. Ko agak2lah, x semestinya kalo pegawai zakat kata ko x layak zakat, ko terus x zakat. Dulu mula2 kerja pun aku x layak zakat, tapi aku zakat juga sebab aku rasa pendapatan aku dah cukup.

Pasal zakat emas tu pulak, dia ada perkiraan khas dia, ko boleh semak di kaunter zakat sebab kadar dia berbeza sikit ikut kawasan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 10:21 AM | Show all posts
aku memang kurang paham pasal zakat ni...risau jugak kalau sebenarnya aku patut zakat tapi aku tak buat...kene banyak tanya lagi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:10 PM | Show all posts
4# ayukita Saya nasihatkan bawa semua penyata simpanan, pendapatan n harta (yg menghasilkan pendapatan)saudara/saudari  (buku bank etc) ke Pusat pugutan zakat dan jumlah simpanan emas (yg dipakai dan yg tidak dipakai). InsyaAllah pegawai di situ akan tolong kirakan dan tetapkan samada perlu bayar zakat atau tidak, dan juga jumlah yg kena zakat (jika perlu bayar zakat).
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:40 PM | Show all posts
pertama kita kena tahulah jenis2 harta yg kena zakat...
1. wang simpanan - yg dikumpul dpd pekerjaan, perniagaan, perusahaan, pusaka dsb.nya
2. hasil pertanian - (makanan ruji) - kat tempat kita ni padilah... kelapa, kelapa sawit, getah, buah2an, sayur2an... tak kena zakat
3. binatang ternakan - lembu/kerbau, kambing/biri2... binatang ternak lain tak kena zakat, ayam, itik, puyuh, rusa...
4. emas dan perak - apa sahaja benda dpd emas dan perak... tapi tak termasuk gigi emas
5. harta karun... - harta yg dijumpai dari dalam tanah... (tak ada lah kot zaman sekarang ni..)

sudah itu kita kena tahu syarat2nya... syarat ni ada dua, satu syarat pada orang... iaitu, dia Islam dan bukan hamba... (sekarang ni mana ada hamba lagi dah...), kedua syarat pada harta, ada tiga, iaitu... harta itu mestilah sempurna milik, maksud... sah milik kita dan ada dalam tangan kita..., cukup nisab... ikut jenis harta..., cukup haul... cukup setahun harta itu jadi milik kita (setahun di sini setahun hijrah, bukan setahun masehi...)... kalau cukup syarat2 tu kenalah kita berzakat...

zakat tak sama dgn fitrah... jadi jangan salah faham... ingat dah bayar fitrah, kita dah bayar zakat... pasal dok sebut zakat fitrah... zakat fitrah atau fitrah... semua orang Islam kena bayar, tak kira kaya atau fakir... kena bayar mulai 1 ramadhan sehingga sebelum sembahyang raya... kadar dia pun tetap, tak kira kaya miskin... yg ni hukum dia wajib kpd semua orang Islam... zakat...(yg sebenarnya zakat harta)... wajib kpd yg berharta yg memenuhi syarat2 zakat shj... yg ada harta tp tak penuhi syarat, tak wajib zakat... kot buat juga zakat, (maksudnya nak bagi juga zakat... taklah dikira sbg zakat... tapi sedekah)

pasal zakat emas dan perak... bukan hanya barang perhiasaan shj yg dikira sbg emas dan perak... semua jenis barang yg dpd emas dan perak, dikira sbg emas dan perak dlm konteks zakat, kecuali gigi emas... batu permata, intan berlian, mutiara... tak kena zakat...
yg kena zakat emas yg jadi pengikat kpd batu permata, intan berlian itu shj...
nisab emas (perak... tak banyak orang kita pakai/simpan kan...) adalah 85g... dgn syarat, tak pernah pakai barang sekali dlm setahun itu... simpan saja dlm peti besi... kena zakat... kadarnya 2 1/2%... tapi kalau emas itu banyaknya lebih dari 850g (dekat2 sekilo...) sama ada pakai atau tak pakai, kena zakat... sebab dia tak lebih dpd kelaziman pemakaian (maaf, istilah arab dia saya tak pasti... nak tulis takut silap pula)... kadar dia sama juga, 2 1/2%...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2009 01:18 PM | Show all posts
better pergi kaunter zakat, declare apa yg ada, dan pegawai akan tolong kirakan...

interesting fakta yg saya jumpa masa pergi melawat kaunter zakat cthnya:

1. zakat epf - wang kita di epf, bila kita keluarkan (cth utk kesihatan, rumah dsbnya - kena zakat - so sebab masa keluar dulu tahun 2006 dan jahil, bila rujuk kaunter, kiraannya memang banyak, so sekarang ni saya bayar sikit-sikit - ni namanya qada zakat)

2. zakat pendapatan - hanya declare jumlah, pastu dia kasi basic pengiraan - dan terpulanglah pada kita nak bayar berapa - cth pengiraan zakat kena $240/- setahun (20/- sebulan), dan bayarlah berapa yg kita mampu samada $240/- atau lebih - sebab kalau LHDN kira kena pulak $300/- mampu tak mampu kita KENA bayar pada LHDN -

3. zakat perniagaan - sama mcm no. 2, so terpulanglah pada peniaga tersebut, krn hanya dia yg tau perniagaannya menguntungkan atau tidak, tak semestinya bila pengiraan $300 - kita bayar tepat $300/-. Dapatkan formula dan lepas tu setiap bulan pergilah bayar ansur2.. (atau tunggu cukup haul 1 tahun).

4. barang kemas - walaupun gelang tangan kita pakai tapi bila dah sampai kat lengan tangan - WAJIB zakat - krn dah melebehi keperluan harian kita, di kaunter ada pengiraannya - berapa2 gram dan jenis2 emas.

5. walaupun zakat boleh dibayar melalui on-line - tapi FEELnya lain bila kita bayar di kaunter - sebab kat kaunter ada IQRA - mesti syahdu punyalah - bayangkan - hanya berzakat sedikit, tapi boleh rasa kasih sayang Allah bila pegawai tu start baca...

".... saya dengan ini membayar zakat...... KERANA ALLAH TAALA", pernah tengok husband bayar zakat fitrah - TAPI FEEL nya tak sama...

ZAKAT TAK PERNAH MEMBERATKAN KITA, CUMA ADA SEGELINTIR KITA RASA ZAKAT ITU MEMBERATKAN.

p.s. cuba tengok surah2 d Alquran.. hampir setiap surah ada pesanan "dirikanlah solat dan KELUARKANLAH ZAKAT.."
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:28 AM | Show all posts
Hanya sebagai peringatan..
HAri ini adalah hari terakhir untuk pembayaran zakat untuk tahun ini..(untuk melayakan potongan cukai). Kalau tak silap, kaunter zakat Selangor tutup lewat pada hari ini untuk memberi kemudahan kepada pembayar2 yg ingin membuat bayaran pada saat akhir.
Untuk mendapat maklumat yg tepat sial layari laman web Pusat Zakat selangor.

salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.193830 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list