|
Stesen TV kurang bermaya kerana 'sindrom Ahad'
[Copy link]
|
|
hayrin86
tue pun aku x layan..lagi boring..
nouvosion Post at 9-3-2010 23:05
Best lagi layan game PS2 ke, Xbox 360 ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 41# hayrin86
betul sgt tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 40# my_bodywork
ader kat kbs tapi tak tau maing hari dan kul braper? |
|
|
|
|
|
|
|
ahad semua pakat nak tidoq |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu kerap ulang sampai jadi bosan
Oleh Noraini Abd Razak
OLEH kerana hari rehat saya selalunya pada hari orang lain bekerja, maka tentunya itu menjadi hari paling menarik untuk ‘bermalas-malas’. Maklumlah bercuti ketika orang lain sibuk bekerja dan anak pula bersekolah, tentunya tidak banyak `gangguan’ seperti bercuti pada hujung minggu.
Kebiasaannya hari rehat seperti ini diisi dengan aktiviti `dalaman’. Menyusun buku, membelek majalah dan album lama, mengemas keperluan peribadi dan mengubah susun atur rumah antara perkara yang sering saya lakukan. Satu lagi aktiviti yang ditunggu-tunggu adalah menonton televisyen. Pada hari-hari bekerja sememangnya jarang berpeluang berbuat demikian. Kalau pun ada setakat menonton berita lewat malam.
Malangnya setiap kali mempunyai masa yang banyak untuk menonton televisyen dan alat kawalan jauh sentiasa dalam genggaman, program-program yang disiarkan gagal menarik perhatian. Lebih membosankan apabila semacam ada kesepakatan antara stesen-stesen televisyen untuk menyiarkan program yang membosankan pada hari-hari tertentu. Salah satu harinya pula adalah hari saya tidak bekerja. Butang alat kawalan jauh dipicit satu demi satu. Dari RTM1 beralih ke RTM2 dan seterusnya siaran-siaran lain termasuk siaran berbayar. Pernah pada satu hari hampir semua rangkaian berbahasa Melayu menyiarkan drama Indonesia, manakala rangkaian lain mengulangi cerita-cerita yang telah disiarkan berpuluh kali. Baik drama Melayu mahu pun filem-filem Inggeris, kesemuanya telah dipertontonkan secara keterlaluan. Begitu juga dokumentari yang diulang tayang berkali-kali sehingga boleh dihafal jalan ceritanya. Persoalan adakah drama-drama Melayu disiarkan televisyen Indonesia diajukan kepada rakan yang bertugas di sana. Jawapannya, tidak ada malah katanya, kebanyakan drama yang disiarkan di sini tidak laku di negara republik itu. Benarkah begitu?
Perasaan
Saya tertanya-tanya, adakah saya yang cerewet atau faktor umur menyebabkan saya cepat bosan menonton program yang sama berkali-kali.
Teringat program-program televisyen ketika bersekolah rendah dan menengah. Biarpun ketika itu hanya ada tiga saluran, RTM1, RTM2 dan kemudiannya TV3, namun perasaan jemu sukar menjenguk. Adakah kerana hanya itu pilihan yang ada maka para penonton ketika itu berpuas hati dengan siri Opah, Little House On Praire, Eight Is Enough, Battlestar Galactica, Lost in Space, Combat dan Hawaii Five O (sekadar menamakan beberapa siri drama)? Program hiburan seperti Bintang RTM, Hiburan Minggu Ini dan lawak jenaka biar pun tidak segah sekarang ini namun mencatatkan jumlah penonton yang tidak kurang hebatnya.
Bukan setakat program televisyen malah drama radio yang disiarkan pukul 1.30 tengah hari setiap Ahad turut menjadi kegilaan.
Masih terngiang muzik pembukaan slot yang dinamakan Sandiwara Radio itu. Cerita-cerita kehidupan manusia menjadi halwa telinga pendengar yang terpesona mendengar suara tanpa wajah menjayakan plot cerita. Begitu juga dengan rancangan Berbalas Pantun. Biar pun sangat ringkas namun suara Chuari Selamat yang mengendalikan rancangan tersebut ditunggu-tunggu setiap minggu.
Kini radio hanya menjadi penghibur ketika memandu. Celoteh penyampai radio tidak menyamai mutu sandiwara radio dahulu biar pun ada stesen radio yang menyiarkan drama sempena perayaan tertentu seperti hari raya dan menyambut kemerdekaan. Setiap stesen radio berlumba-lumba menampilkan penyampai yang hebat serta pandai menarik perhatian pendengar. Penyampai radio sekarang ini glamor, muda, ranggi dan berpendidikan tinggi. Mereka bukan setakat dikenali menerusi suara, wajah-wajah penyampai radio ada di mana-mana. Adakalanya penyampai radio lebih glamor daripada artis.
Berbeza dengan penyampai radio dulu-dulu. Pendengar hanya mengenali nama dan suara mereka. Kerjaya penyampai radio ketika itu seperti sangat eksklusif. Mereka dipuja biar pun tidak diketahui bagaimana rupa paras seperti mana lirik lagu Hanya Di Radio dendangan kumpulan Headwind. Rancangan yang dikendalikan juga mampu menjadi penghibur sehingga ada yang sanggup bersengkang mata mendengar suara penyampai pujaan mereka seperti rancangan Pok Pok Tu Tu (tentu ramai masih ingat).
Kini biar pun ada berpuluh siaran televisyen dan radio, namun nilai yang dipaparkan seakan hanyut ditelan zaman lantaran sifat setiap program yang disiarkan terlalu mengejar keuntungan dan populariti. Sebab itu secara peribadi saya masih tercari-cari satu program yang boleh ditonton tanpa jemu, tanpa perlu saya menekan butang alat kawalan jauh beralih ke siaran lain selepas tidak sampai lima minit menonton.
Mungkinkah kerana terlalu diikat dengan keindahan dulu-dulu menyebabkan saya sukar menerima apa yang ada di hadapan mata sekarang ini?
P/S: Hiburan dulu-dulu jauh lebih best daripada hiburan sekarang-sekarang yang ntah apa-apa ntah dan melalaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ahad / sabtu mmg la cerita kurang best....sebab tak ramai nak tgk kot tak macam hari biasa.....hari minggu ramai kuar jalan jalan.....ada kenduri la...apa la..
kalau kat US pon, semua cerita yg bersiri yg best adalah hari weekdays.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# ColbyRaikkonen
Tahulah, hari Sabtu pada siang hari mesti ada wayang Hindi. Sekarang-sekarang owang dari kaum India kat Msia saja yang tgk citer itu. Sementara hari minggu pada siang hari petang pun kadang-kadang ada wayang Melayu 70-an hingga 90-an, semuanya ulangan tapi jarang sikit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|