View: 4734|Reply: 13
|
Halalkan homoseksual dianugerah "Women of the Year"
[Copy link]
|
|
Ridiculous itulah perkataan yang diucapkan di kalangan aktivis islam sejati anti liberal apabila aktivis AKKBB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan), Prof. Dr. Siti Musdah Mulia mendapat penghargaan sebagai "Women of the Year 2009" dari Il Premio Internazionale La Donna Dell 'Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009.
Upacara penyerahan penghargaan itu berlangsung di Hotel Grand Billia, Saint Vincent, Aosta, Italia pada 27 November 2009, dihadiri oleh sekitar 200 undangan dan wartawan. Kedutaan Besar Republik Indonesia di Rom diwakili oleh Wakeppri Yuwono Agus Putranto dan Staf magang Habadi.
Siti Musdah Mulia mengalahkan dua finalis lain dari Maroko, Aiche Ech Channa dan dari Afghanistan, Mary Akrami. Ketiga finalis terpilih melalui pemilihan 36 calon dari 27 negara. Semua calon adalah tokoh gender di negara masing-masing.
The International Prize for the Women of the Year dibentuk tahun 1998 oleh Regional Council of Aosta Valley bekerjasama dengan Kementerian Luar Itali, Aosta Valley, dan Soroptimist International Club Valle d'Aosta. Penghargaan ini juga mendapat pengakuan dari Presiden Republik Itali.
Di Indonesia, Musdah Mulia dikenal sebagai feminis pejuang fahaman persamaan gender(hak wanita). Umat Islam pernah dihebohkan suatu ketika dulu di mana Prof. Musdah dan teamnya melancarkan Counter Legal Draft (CLD) Kompilasi Hukum Islam(KHI). Banyak gagasan-gagasan yang menyimpang tercantum dalam CLD-KHI tersebut. Misalnya, idea untuk mengharamkan poligami, memberi masa iddah kepada laki-laki; menghilangkan peranan wali nikah bagi wanita, dan sebagainya.
Bahkan dalam satu diskusi tentang masalah homoseksual dan lesbian pada bulan Mac 2008, Musdah mengatakan bahawa homoseksual dan homoseksualiti adalah alami dan diciptakan oleh Tuhan, dan kerana itu dihalalkan dalam Islam.
Pernyataannya ini mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Pendapatnya yang kontroversial ini juga boleh dibaca di blog pribadinya, musdahmulia.blogspot.com yang berjudul Adakah Islam Bicara Soal Homo?.
Menurut Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Dr. Adian Husaini, wanita kelahiran Bone 51 tahun silam itu memang tokoh yang 'berani'.
"Musdah memang sangat berani dalam menyuarakan pendapatnya, meskipun sangat kontroversial dan mengejutkan ramai pihak", tulis Adian dalam Catatan Akhir Pekan-nya yang ke-237.
'Berani'yang dimaksud oleh Adian adalah kerana pensyarah UIN Jakarta itu berani mengubah-ubah hukum Islam dengan semena-mena, dengan memposisikan dirinya sebagai 'mujtahid
Kerana itu tidak mengherankan jika pelbagai penghargaan dapat diraihnya.
Sebelum penghargaan dari Itali ini, atas keberanian-keberaniannya itu pada 7 Mac 2007 kerajaan Amerika Serikat menganugerahinya penghargaan "International Women of Courage Award".
Musdah IRI
Amerika tak perlu bersusah payah untuk menghancurkan Islam, kerana terdapat tokoh yang bekerja dari dalam untuk meruntuhkan Islam. Jika usaha itu berjaya, maka dengan girangnya Amerika akan memberikan penghargaan. Di sisi lain, sang profesor yang menerima penghargaan itu akan meloncat kegemberiaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas Anwar membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang mengurangkan majority kerajaan pemerintah didalam keputusan pilihanraya 2008, salah satu akhbar Yahudi yang memuji Anwar adalah Jerusalam Post, penulis Artikel itu Shani Ross memuji Anwar kerana berjaya menyatukan parti pembangkang mengurangkan majority kerajan memerintah dan melaksanakan nilai demokrasi barat di Malaysia. .
"Sebagai pendokung Islam moderat, budaya, hak kebebasan agama , dan demokrasi liberal, Anwar memperolehi populariti dan kekuatan dan sokongandan akan menjadi Perdana Menteri dalam pilihanraya akan datang..." Kata Shani Ross dalam artikel tersebut.
Tindakan akhbar tersebut yang memuji Anwar melaksanakan nilai Demokrasi barat boleh dipersoalkan, terlalu aneh sebenarnya jika media Yahudi memuji pemimpin umat islam, melainkan pemimpin tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan pelobi yahudi di seluruh dunia. Ini hakikatnya yang berlaku sebelum ini, hingga menyebabkan pemimpin islam di pelbagai negara disisihkan dari media yahudi dari pemimpin islam seperti Ayatullah Khameini dan Ahmadinejab hinggalah kepada Mahathir Mohamed gara-gara pernah mengecam pemimpin orang Yahudi.
Anwar seringkali mendakwa ingin melaksanakan demokrasi dan kebebasan yang sebenar di Malaysia,tidak ubah seperti hasrat Amerika yang seringkali ingin menegakkan demokrasi di negara islam namun adakah ia berbaloi jika demokrasi itu berlandaskan apa yang berlaku di Amerika seperti hak kebebasan beragama, hak kesamarataan dan hak perkahwinan sejenis di amalkan di negara kita.
MusdahIrshadManji
Irshad Manji dan Musdah Mulia. Irshad Manji adalah penulis buku yang menghina Islam, yang berguru dengan Salman Rushdie. Buku Irshad diterjemah di Indonesia dan dijual secara terbuka
Sekarang ini golongan Muslim Moderate seperti Anwar Ibrahim giat mengatakan hak kebebasan agama dan perkahwinan sejenis adalah dituntut oleh agama islam bagi mengaburi umat islam agar menerima nilai-nilai demokrasi barat.
Islam pada anggapan kelompok ini menerima perilaku homoseksual dan menyatakan bahawa orang yang menolak homoseks adalah golongan yang berfikiran sempit dalam agama islam.
Bagi mengukuhkan lagi kenyataan golongan Islam Moderat ini, Siti Musdah Mulia seorang pemimpin Muslim Moderate diindonesia telah merujuk Surah al-Hujurat (49) ayat ke 3, bagi menghalalkan kegiatan hubungan sejenis,beliau menyatakan, "salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual".
Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, "Tidak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya." (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety)
Musdah Mulia juga mengatakan, kandungan ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal dari Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).
Adakah ini sebenarnya yang diperjuangkan oleh kelompok Islam Moderat atau dikenali juga kelompok Islam Liberal dalam mencari hak kebebasan dalam sesebuah negara islam, kerana kelompok ini merasakan apa yang dikatakan Islam mengenai perilaku gay dan homokseksual adalah tidak tepat dan benar.
Kita mengetahui bahawa antara ciri kelompok Muslim Moderate ialah memperjuangakan prinsip hak asasi manusia yang seolah-olah membenarkan manusia bebas daripada aturan yang mengikat mereka. Selain itu kelompok golongan Muslim Moderat juga menerima konsep Ijtihad (pentafsiran semula); memperjuangan isu Feminisme (hak wanita); bersikap toleransi dan menolak keganasan; dan kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). klik di sini.
Dalam Islam secara jelas , soal homoseksual sudah jelas hukumnya. Meskipun, sejak dulu lagi terdapat golongan homoseksual, namun ajaran Islam tetap tidak berubah, dan tidak mengikuti hawa nafsu kaum homo atau kumpulannya.
Tidak pernah ada di kalangan ulama atau guru agama yang berani menghalalkan tindakan homoseksual, sepertimana yang dilakukan Musdah Mulia dari UIN Jakarta itu.
Nabi Muhammad saw bersabda, "Siapa saja yang menemukan lelaki pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut." (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki). Imam Syafii berpendapat, pelaku homoseksual harus direjam (dilempari batu sampai mati) tanpa membezakan apakah pelakunya masih bujang atau sudah menikah.
Malah kisah Nabi Luth sebenarnya memberi bukti Allah menolak perilaku kegiatan Homokseksual. Jadi sekiranya kelompok Muslim Moderate dapat menerima kelompok ini adakah mereka ini ingin membuat tafsiran semula apa yang telah ada didalam kitab Al Quran? kita mengetahui kolompok ini saban hari akan memperlakukan pelbagai wacana dan perbincangan agar idea mereka ini diterima tetapi sedarkah idealisme yang mereka sedang bawa itu sesungguhnya tidak selari dengan ajaran islam.
Jesteru itu, hanya disebabkan inginkan kebebasan demokrasi sepenuhnya adakah wajar umat islam memilih jalan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar ibrahim di bumi Malaysia tanpa memikirakan kesan disebalik laungan demokrasi dan kebebasan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
3# anakpanah
Siapa anakpanah? |
|
|
|
|
|
|
|
terus anak panah hilang.... |
|
|
|
|
|
|
|
yang halal jadi haram yang haram jadi halal...
maju islam sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuma aku boleh kata kt sini,
ASTAGHFIRULLAH ALA'ZIM |
|
|
|
|
|
|
|
tali barut zionis, cilake punya pompuan ! |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia pon ada gak yg liberal.. |
|
|
|
|
|
|
|
owhhh makcik ni...aku knl die ni...die skola agame dlu klw xsilap aku |
|
|
|
|
|
|
|
byk dah terpesong..astagfirullahalazim.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|