View: 2584|Reply: 1
|
Antara Mitos dan Sejarah -
[Copy link]
|
|
Antara mitos dan sejarah
Oleh HAFIZ HAMZAH
Buku bertajuk What Your Teacher Didn’t Tell you Vol. 1 menghimpunkan syarahan-syarahan umum Dr. Farish A. Noor.
"Sejarah yang dibaca hari ini mungkin ditulis oleh mereka yang menang," begitu agaknya maksud antara cebisan tulisan Soe Hok Gie, seorang aktivis muda Indonesia yang mati muda terhadap perkembangan persekitarannya waktu itu. Sama seperti yang dapat dilihat menerusi buku Zaman Peralihan, himpunan tulisan-tulisan beliau.
Walau dengan apa pun sandaran latar belakang penyataan itu dibuat, kita sendiri masih boleh bersekongkol dengan pandangan beliau untuk merenung sejarah di tempat sendiri.
FARISH berbicara tentang sejarah penemuan
dan kajian akademik beliau dalam buku terbitan Matahari Bokks ini.
Mungkin menerusi hati yang lapang dan kesungguhan untuk menemukan bermacam-macam lagi perkara yang sebelum ini mungkin tidak pernah langsung menjengah di permukaan pengetahuan kita.
Biasanya, hal-hal yang tidak digemari dan dianggap tidak menyenangkan akan cuba diluputkan daripada mana-mana penulisan sejarah arus perdana.
Begitu juga dengan perkara-perkara yang kononnya dirasakan baik dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu akan direka, diwujudkan sebagai mitos-mitos dengan harapan orang akan mengingati sesuatu perkara itu dengan terang. Walaupun kesahihan hal-hal itu sebenarnya wajib diragui.
Bagaimana untuk mengetahui hal-hal sejarah yang datang daripada pelbagai sumber itu? Hanya ada satu jawapan saja mungkin duduk menelaah sumber-sumber tulisan dan artifak sejarah yang ada.
Dialog akademik
Itulah yang dilakukan oleh penulis buku ini, Dr. Farish A. Noor yang kini bertugas sebagai Fellow Kanan Sekolah Kajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
FARISH A. NOOR
Biasanya di satu ruang sederhana luas di bangunan Annexe Pasar Seni dari 2008 hingga 2009, beliau membawa isu-isu itu kepada khalayak umum yang turun berkunjung ke sana.
Ideanya cuma satu barangkali membawa syarahan-syarahan dan dialog akademik keluar dari kampus dan dikongsi bersama masyarakat umum dan sesiapa saja yang berminat. Buku ini merupakan himpunan syarahan-syarahan umum beliau di Galeri Annexe sepanjang tempoh tersebut.
Farish mencatatkan perkara penting dalam prakata buku itu. "Semua syarahan ini disampaikan di Pasar Seni kerana satu sebab, akademia tidak seharusnya terbatas di kampus sahaja. Bagi saya, ruang sosial dan awam menjadi amat penting untuk menjana pengetahuan dan pengalaman."
Sejarah-sejarah kuno
Dalam buku ini, skop sejarah terutama sejarah Melayu, dibincangkan dengan lebih luas oleh penulisnya. Ia merangkumi pemerhatian dan penemuan kajian akademik beliau terhadap isu-isu budaya, sosial dan politik Melayu-Nusantara.
Hal itu barangkali dilihat oleh Farish sebagai satu lapangan yang kerap diabaikan atau dibuat-buat lupa oleh orang ramai. Kalau pun tidak, umum memang tidak pernah mengetahui asal-usul sesuatu perkara yang masih wujud hari ini, yang mungkin hanya sebatas permukaannya saja, tidak kepada pengetahuan tentang teras sesuatu permasalahan itu.
BUKU ini menampilkan reka letak
kulit yang cukup menarik.
Satu contoh yang boleh dikutip ialah Farish menyorot kembali sejarah-sejarah kuno. Misalnya berkenaan keris (dalam Bab 1), yang pada suatu ketika menjadi polemik perbincangan hangat di media Malaysia.
Beliau membawa semula pembaca merentas masa dan pulang ke hari-hari awal sewaktu keris terawal dipercayai dicipta. Dengan membaca tulisan-tulisan itu, kita berasa seperti melihat satu dimensi baru yang lebih lapang. Selain menawarkan sudut pandang alternatif yang lebih segar dan tidak beremosi melulu.
Selebihnya, ia meninggalkan kita untuk merenung sendiri dan menilai apa yang sedang berlaku sebenarnya dan apa yang cuba disampaikan oleh tulisan berkenaan. Selepas meneliti sudut pandangan beliau tentang sejarah, kita juga tidak keberatan untuk menikmati dan memahami sejarah.
Buku ini juga mungkin merupakan sebuah buku dengan pakej paling menarik yang pernah dihasilkan oleh Matahari Books. Dengan reka letak dari kulit ke kulit yang kemas dan anggun, disertai pula dengan penggunaan kertas kitar semula yang cantik, ia segera menambat hati.
Sama ada mahu memiliki buku tersebut untuk dibaca, atau sekadar dibuat koleksi di rak buku kerana penampilannya, itu terserah.
**************************************************************************
..memang ramai yang debate tentang myth and history ni -- tak pernah pergi pula ke pasar seni nak dengar talk pasal ni... tapi rasanya kalau buku ni banyak beri kita information dan untuk kita evaluate tentang myth or history... it is worth buying then - |
|
|
|
|
|
|
|
blm beli buku ni lg, bleh la masuk budget blan dpan, baru tengok kat kinibooks ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|