CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2566|Reply: 4

Angkara Yahudi

[Copy link]
Post time 24-1-2010 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Angkara Yahudi    Oleh Nurul Hazren Masitom
               

     

                   Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘TempleMount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernahdibina di Baitulmaqdis.
        

    Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langitketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batujuga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatabbersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitujuga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletakdalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagaiMasjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepaspenaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambilsempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
                                  Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. UmatIslam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsapada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu bolehmemuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelumdipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yangkedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah danal-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina olehKhalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh KhalifahAbdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibniAbdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semulaoleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskanpenggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkansebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian KhalifahAli az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
                                Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahanKhalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan,mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M,mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namunfungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglimaIslam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawahkawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam PihakBerkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan bolehroboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel.Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masaitu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk diselatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowongbesar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digalipula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan,Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuahterowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwamereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemuilokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (RajaBaitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemuiruntuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengantempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting darisegi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup danpada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umatIslam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa danasasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada pendudukYahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung darisegi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggalidi lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak ituterletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islamdan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestinbersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatahmengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC)Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israelmenggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggaliterowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu,percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untukmenghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu merekamelindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata,perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukansesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporanbahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowongbaru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri LuarJordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantahpenggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian ituakan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat danBaitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordanberhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkanduta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel danmenambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala keMasjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan danIsrael.

   Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf danWarisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggaliandi laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa,dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkanantara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lifialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa,terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbumasuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankanPihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009,hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satudaripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagimenghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis.Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluaslebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrikdalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang.Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapakarkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelanbelanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengankerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunandan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan InstitutInsurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan BaruchKlein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasanterbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel dikawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenalisebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktumalam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasanbawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risikodan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usahasegera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewansolat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat dayaberhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelarruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuanmelemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerjapenggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatandinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak BerkuasaPalestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjidal-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya,memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skalabesar dilakukan Israel di bawahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2010 12:58 PM | Show all posts
Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2010 01:00 PM | Show all posts
source
http://www.bharian.com.my/Curren ... 00124090012/Article

jk ia roboh,umat islam kehilangan salah satu tempat suci....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 04:32 PM | Show all posts
i'm pretty sure there's already a bunch of threads about this here.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 04:28 PM | Show all posts
Kenali sejarah dan asal-usul Yahudi dan Bani Israel. Ada 5 fail kuliah.
http://www.youtube.com/watch?v=hEKFn6gmMO4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051986 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list