View: 3146|Reply: 14
|
nak tny pasal solat berjemaah nih..
[Copy link]
|
|
soalannya..
bagaimana kaedah untuk terus berjemaah bersama imam tetapi ketinggalan 2 rukun fi'li??
dan apakah hukumya.. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk jer terus. niat makmun macam biasa. Pas tu ikut imam macam biasa. Bila imam bagi salam, hang diam ajelah. Bila dah bagi salam ke dua, hang bangun teruskan rakaat yang tertinggal tu sampai selesai. Bagi salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya hrp saudara dapat memberi jawapn yg sebaik mungkin..jika tidak dpt,hrp saudara dapat panjangkan pertanyaan ini kepada forumer yg lain..
thanks...
soalan2nya membincangkan berkaitan ttg kaedah2 untuk :
1)teruskan berjemaah bersama imam tetapi ketinggalan 2 rukun fi'li.
2)teruskan berjemaah bersama imam tetapi ketinggalan 3 rukun fi'li.
3)menggantikan imam yang terbatal ketika imam duduk antara dua sujud.
4)menggantikan imam yang terbatal ketika sedang rukuk.
5)menggantikan imam yang terbatal ketika sedang sujud.
6)mufaraqoh dengan imam yang terbatal ketika i'tidal..
harap sgt2 agar dpt memberi jawapan yang sebaik mungkin...thanks...
wallahualam.. |

terima kasih atas teguran.
Saya bagi yang paling ringkas dahulu. Suka saya apabila dia mahu bertanya lagi, barulah saya akan cuba berkongsi pengetahuan. Ada hukum2 yg tertentu dalam solat. Ada yg boleh membatalkan solat, ada yang makruh kalau dibuat dengan sengaja. Seelok2nya TT tahu yang dia boleh terus berjemaah sekiranya dia tertinggal 2 rukun fi'li (TANPA SENGAJA). Mungkin imam terlalu laju membaca dsb.
Seterusnya.
Makruh hukumnya bagi makmum bila tertinggal gerakan imam dengan tiada uzur hingga imam mendapat satu rukun fi’li, dan batal solatnya ma’mum jika tertinggal gerakan imam dengan DUA rukun fi’li JIKA TIDAK UZUR (means sengaja)
Jika ada uzur seumpama makmum lambat membaca Al-Fatihah dan Imamnya terlalu cepat membacanya, atau makmum terlupa membaca Al-Fatihah maka setelah imamnya ruku’ barulah makmum ingat, atau makmum yang muwaffak membaca doa istiftah dan imamnya ruku’ sebelum makmum membaca Al-Fatihah, maka dengan salah satu uzur dalam keadaan tersebut ini boleh makmum ketinggalan daripada imamnya sebab menghabiskan bacaan Al-Fatihah hingga imamnya bangkit daripada sujud yang kedua.
Jangan lupa, dalam keadaan2 yg tertentu, makmum dibenarkan keluar jemaah.
harap membantu |
|
|
|
|
|
|
|
soalannya..
bagaimana kaedah untuk terus berjemaah bersama imam tetapi ketinggalan 2 rukun fi'li??
dan apakah hukumya..
orang_kb Post at 13-2-2010 08:36
soalan ni maksudnya makmum takbiratulihram bersama imam tetapi ketinggalan 2 rukun?
kalu masaalah yang ni, saya aste dari UZAR....
Imam An-Nawawi menyebut ; kiranya makmum terlewat satu rukun tanpa uzur, tidak batal solatnya, tetapi jika terlewat dua rukun panjang (seperti sujud dan rukuk) maka solatnya batal secara pasti. (Rawdah al-Tolibin, hlm 165)
Maka dalam hal makmum lambat membaca fatihah, mazhab Syafie dalam ijtihad ( menurut solat Rasulullah SAW ketika di ‘Usfan) mereka meletakkan syarat agar si makmum tidak terlewat sebanyak 3 rukun dari imam (iaitu rukuk dan dua sujud), jika ia merasakan masih mungkin terlewat, hendaklah si makmum memutuskan apa jua bacaannya dan terus rukuk agar tidak ketinggalan 3 rukun dari imam. Jika tidak, solat si makmum akan terbatal. Sebagai contoh, si makmum masih lagi berdiri dalam bacaan fatihahnya tanpa uzur dan imam sudah bangun dari sujud, maka solatnya boleh terbatal.
Bagaimanapun sekiranya terlewat dari 3 rukun itu dengan sebab uzur yang diterima, seperti imam terlampau cepat, makmum takut akan sesuatu, keadaan terlampau sesak, makmum sakit, lupa dan lain-lain yang diterima, maka Imam An-Nawawi menyebut, si makmum boleh memutuskan dirinya dengan imam (mufaraqah) atau yang terpilih menurutnya adalah ; solat tidak batal dan boleh terus sahaja bersama imam (dengan menuruti tertib solat yang asal) dan menggantikan rakaat selepas imam tamat solat. (Rawdah at-Tolibin, hlm 166) |
|
|
|
|
|
|
|
yup..
so soklan2 yg len saper ada jawapan ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
soalannya..
bagaimana kaedah untuk terus berjemaah bersama imam tetapi ketinggalan 3 rukun fi'li??
dan apakah hukumya.. |
|
|
|
|
|
|
|
soalannya..
bagaimana kaedah untuk terus berjemaah bersama imam tetapi ketinggalan 3 rukun fi'li??
dan apakah hukumya..
orang_kb Post at 15-2-2010 19:37
jawapan untuk itu dah ada dalam post saya iaitu hendaklah makmum itu memutuskan bacaannya (atau maksud lain, berhenti bacaan) dan terus sahaja mengikut imam supaya tidak ketinggalan sampai 3 rukun. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by norsh05 at 3-7-2010 22:02
what is rukun Fi'li in english? |
|
|
|
|
|
|
|
since ni thread solat berjemaah, saya ada satu soalan, harap siapa2 yng lebih arif boleh membantu.
BIla kita berimam (cthnya Zohor/Asar) di mana Alfatihah and surah dibaca senyap oleh imam, adakah lebih baik makmum baca Alfatihah + surah, atau alfathihah sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
since ni thread solat berjemaah, saya ada satu soalan, harap siapa2 yng lebih arif boleh membantu.
...
lesprincesse Post at 7-7-2010 23:52
bacaan surah slps Fatihah cuma sunat shj. Nk buat boleh, tk buat pun boleh.
Tapi kebiasaannya imam akan baca jugak surah slps membaca Fatihah dlm Zohor/Asar.
sekian. |
|
|
|
|
|
|
| |
|