CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3881|Reply: 7

plak marmar 1,100 tahun tulisan arab ditemui kat baitulmaqdis!!

[Copy link]
Post time 19-2-2010 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Marmar bertulisan Arab ditemui

Pengarah Ekskavasi Lembaga Antikuiti Israel, Annette Nagar memegang batu marmar berukir tulisan Arab (gambar kecil) yang ditemui di dalam sebuah bangunan di kota lama Baitulmaqdis, kelmarin. - REUTERS

BAITULMAQDIS 18 Feb. - Pengubahsuaian sebuah rumah di kota Lama Baitulmaqdis membawa kepada penemuan sekeping marmar putih berukir tulisan Arab yang memberi sedikit gambaran mengenai sejarah bandar suci ini di bawah pemerintahan Islam.

Kepingan plak marmar berusia 1,100 tahun itu dipercayai dibuat oleh seorang veteran tentera untuk menyuarakan rasa terima kasihnya atas pemberian tanah daripada Khalifah al-Muqtadir yang digelar amirulmukminin pada inskripsi tersebut.

Dihasilkan ketika Baitulmaqdis diperintah oleh kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad, plak berkenaan menunjukkan bagaimana pemerintah memberi ganjaran kepada askar bagi memastikan kesetiaan mereka, kata pakar arkeologi Israel semalam.

"Khalifah mungkin menganugerahkan hartanah sebagai sebahagian usaha untuk mengukuhkan kekuasaannya ke atas wilayah jajahannya termasuk Baitulmaqdis, seperti yang dilakukan oleh pemerintah lain pada zaman lain," kata Pengarah Ekskavasi Lembaga Antikuiti Israel, Annette Nagar.

Plak marmar putih berukuran 10 sentimeter kali 10 sentimeter itu ditemui kira-kira 1.5 meter di bawah lantai sebuah rumah di kawasan Yahudi di Kota Lama Baitulmaqdis.

Pemilik rumah merancang untuk mengubah suai kediamannya dan membawa ahli arkeologi untuk melakukan penggalian bagi mencegah kerosakan terhadap sebarang antikuiti berharga.

Plak itu sudah dikeluarkan dari tapak tersebut dan kini pada Lembaga Antikuiti Israel.

Tulisannya ditafsirkan oleh Profesor Universiti Hebrew, Moshe Sharon yang mendapati ia dibuat pada 910 Masihi, semasa zaman awal pemerintahan al-Muqtadir selama 24 tahun.

Penemuan itu akan membantu sarjana memahami sejarah Baitulmaqdis pada abad ke-10, didiami oleh penduduk Islam, Kristian dan Yahudi, serta cara yang digunakan oleh pemerintah Islam untuk mengukuhkan kedudukan mereka. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2010 07:59 AM | Show all posts
dulu2 bleh je islam,yahudi,kristian duduk semeja,makan sepinggan tido sekatil...la ni apa dah jadi???
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 08:39 AM | Show all posts
sekarang semuanye bermusuh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 10:42 AM | Show all posts
jadi wat apa bermusoh???
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 02:35 PM | Show all posts
aku rase perasaan tamak lebih menguasai....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 02:55 PM | Show all posts
jadi wat apa bermusoh???
genot Post at 19-2-2010 10:42

orag lein gadoh org lein hok bemusoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2010 03:35 PM | Show all posts
orag lein gadoh org lein hok bemusoh
nanat87 Post at 19-2-2010 14:55


melayu bangsat la tu, takdak kena mengena dgn yahudi pown tp anti-yahudi hostile attitude mcm rumah mak pak depa yg kena bom.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 06:13 PM | Show all posts
tu lah... nk wat camne.. huhu bila terlalu extrim n hati dipenuhi kejahatan n ketamakkan inilah yg terjadi... dulu berjiran sekarang bermusuhan huhuhu sedy gile..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 1.054219 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list