|
Disebalik hiruk pikuk di tengah kota raya, keindahan lampu neon dan keindahan pemandangan bangunan pencakar langit, marilah kita merenung seketika tentang maksud Tidak Ada Yang Maha Hebat Melainkan Allah swt.
Zaman silih berganti, dunia semakin berkembang, teknologi semakin pesat. Namun janganlah kita dikaburi oleh itu semua. Segala keindahan, kehebatan, kekuasaan dan pencipta yang agung adalah Allah swt. Jika kita memikir dan merenung sedalam-dalamnya kita akan dapati bahawa apa yang kita nikmati ini semuanya datang dari Allah swt. Janganlah kita kagumi teknologi terkini melebihi dari kagum kepada Allah swt.
Dunia dirasa semakin kecil dengan adanya teknologi telefon, kita boleh bercakap dengan orang lain dalam jarak beribu batu. Kita boleh pergi dari satu negara ke negara lain dalam beberapa jam sahaja dengan kapal terbang. Dan teknologi bom Atom yang telah memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di jepun dengan izin Allah swt.
Mari kita renung, dari manakah datangnya tenaga elektrik, siapakah yang mencipta dan menyediakannya. Jika ditanya kepada kanak-kanak mereka jawab TNB. Jika di renung kembali, Allah swt yang sebenarnya pencipta segala itu. Punca elektrik dijana dari empangan sungai, arang batu, cahaya matahari dan lain-lain, semua punca asas ini disediakan oleh Allah swt. Manusia hanya boleh mengambil manafaatnya sahaja untuk menjana elektrik, mengolah punca tadi menjadi medan magnet lalu menghasilkan elektrik. Jika tidak ada sungai, arang batu, cahaya matahari dan medan magnet, manusia tidak boleh berbuat apa-apa.
Dengan erti kata lain, sains adalah cabang ilmu ukur untuk mencari dan mengkaji sesuatu perkara atau kemudahan yang telah di sediakan oleh Allah swt untuk kegunaan manusia. Masih banyak lagi perkara yang tersembunyi dan tidak terbilang jumlahnya, ada yang akal manusia tidak mampu mencapainya, hanya dengan bantuan maklumat dari Al-Quran dan Hadist sahaja ia dapat dibongkar. Mari kita terus merenung...kehebatan Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|