CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2932|Reply: 11

di khianati

[Copy link]
Post time 28-2-2010 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fantaghero1818 at 28-2-2010 13:13

jika kita dikhianati dan di zalimi.. doa kita akan makbulkan? bleh ke kita doa perkara2 y buruk? cth: supaya org yang menzalimi kita itu di timpa kemalangan kemudian kembalik insaf.. boleh ke camtu.. dan dalam tempoh di zalimi..apa patut kita buat...? boleh ke kita membuat sesuatu y akan menyusahkan dia untuk mengajar dia..bukan untuk blas dendam..bleh ke camtu.. ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 01:42 PM | Show all posts
XBOLEH SBB NABI XPERNAH PUN MENDOAKAN YANG BURUK UNTUK MEREKA YANG SELALU MENGGANGGUNYA DALAM BERDAKWAH TP NABI SELALU BERDOA AGAR ORG ITU DIBERI HIDAYAT OLEH ALLAH..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2010 01:43 PM | Show all posts
maksud sy camni...biar dia trima dulu kesusahan untuk mengajarnya..pastu..lepas trima kesusahan...dia akan sedar n taubat.. ccamtu..leh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 02:51 PM | Show all posts
doa orang yang teraniya sangat makbul.

doa para nabi dan anbiya.
doa oang yang teraniya walaupun orang bukan Islam.
doa ibu bapa.
doa orang alim.

doa "Ya Allah,tuhan yang maha adil lagi maha bijaksana.Tuhan yang menyukai kebenaran.Tunjukkanlah kebenaran dalam kes______________"

doa setiap kali lepas sembahyang,doa dalam waktu setiap saat dan ketika.doa pada malam hari.hari jumaat.hari hujan.INSYA ALLAH, tuhan akan menolong orang yang teraniya.

Biasanya,dalam tiga bulan, dah boleh nampak siapa yang benar dan siapa yang salah.

jangan mudah aniya orang lain.sama ada hak atau kata-kata. tanah,duit hak orang lain,jangan kita ambil dan buat macam harta kita.kata-kata aniya yakni fitnah juga tidak boleh.satu hari kena batang hidung kita sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 03:03 PM | Show all posts
maksud sy camni...biar dia trima dulu kesusahan untuk mengajarnya..pastu..lepas trima kesusahan...dia akan sedar n taubat.. ccamtu..leh ke?
fantaghero1818 Post at 28-2-2010 13:43


Pertanyaan utk Tuan Ghumah.

Apakah dgn berdoakan 'keburukkan', miker yakin dier akan insaf??
Atau miker sahaja utk melepaskan geram sambil mempergunakan 'doa keinsafan/bala' kpd si pulan tersebut??

Adalah menjadi lebey baik sekiranya miker 'serahkan' sahaja 'keputusan' pembalasan itu kpd Allah swt.
Biar lah DIA yang tentukan nya.

Sebagai oghang yang di khianati or di aniayai, adalah lebey baik sekira nya miker mengambil kesempatan ini utk mendoakan 'TAUFIQ n HIDAYAH' kpd oghang tersebut.

Dapat gak bertambah Ahli Syurga!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2010 04:01 PM | Show all posts
Pertanyaan utk Tuan Ghumah.

Apakah dgn berdoakan 'keburukkan', miker yakin dier akan insaf??
Atau miker sahaja utk melepaskan geram sambil mempergunakan 'doa keinsafan/bala' kpd si pulan terse ...
niceghost2005 Post at 28-2-2010 15:03


segala urusan adalah di tangan-NYA..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2010 04:51 PM | Show all posts
maksud sy camni...biar dia trima dulu kesusahan untuk mengajarnya..pastu..lepas trima kesusahan...dia akan sedar n taubat.. ccamtu..leh ke?
fantaghero1818 Post at 27-2-2010 21:43


might as well doa kasi insaf trus, right?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 05:07 PM | Show all posts
better doakan yang baik2 saja untuk dia...
misalnya dia mencuri.....mohon ALLAH berikan dia rezeki..
harus diingat, tak semestinya manusia hanya akan sedar kesilapan dengan perkara2 buruk saja...
dengan izin ALLAH, dia pun boleh jadi baik dengan perkara baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 07:01 PM | Show all posts
jgn buat lagu tuuuu.....no..ini ujian untuk you dan juga org yg aniaya dia..balas yg opposite...satu hari nanti hijab itu tersingkap juga....the day will come but kalau nak menang dalam  ujian ni - doa yg elok elok...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 11:01 PM | Show all posts
komen akak..
lbh krg sama ngan benang lg satu..
<< bahaya fitnah >>
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2010 12:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by fantaghero1818 at 1-3-2010 12:38

t-Taubah:119
Sunday, January 3, 2010
Doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi

PANDANGAN AL-QURAN Allah swt telah berfirman:

&#1604;&#1575; &#1610;&#1581;&#1576; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1575;&#1604;&#1580;&#1607;&#1585; &#1576;&#1575;&#1604;&#1587;&#1608;&#1569; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1602;&#1608;&#1604; &#1573;&#1604;&#1575; &#1605;&#1606; &#1592;&#1604;&#1605; &#1608;&#1603;&#1575;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1587;&#1605;&#1610;&#1593;&#1575; &#1593;&#1604;&#1610;&#1605;&#1575;

" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH

Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:- 1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

&#1575;&#1578;&#1602; &#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1575;&#1604;&#1605;&#1592;&#1604;&#1608;&#1605; &#1608;&#1573;&#1606; &#1603;&#1575;&#1606; &#1603;&#1575;&#1601;&#1585;&#1575; &#1601;&#1573;&#1606;&#1607; &#1604;&#1610;&#1587; &#1583;&#1608;&#1606;&#1607;&#1575; &#1581;&#1580;&#1575;&#1576;

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

&#1575;&#1578;&#1602; &#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1575;&#1604;&#1605;&#1592;&#1604;&#1608;&#1605; &#1601;&#1573;&#1606;&#1607;&#1575; &#1578;&#1589;&#1593;&#1583; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1575;&#1569; &#1603;&#1571;&#1606;&#1607;&#1575; &#1588;&#1585;&#1575;&#1585;&#1577;

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

Hadis riwayat Hakim - sanad sahih

3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

&#1575;&#1578;&#1602;&#1608;&#1575; &#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1575;&#1604;&#1605;&#1592;&#1604;&#1608;&#1605; &#1601;&#1573;&#1606;&#1607;&#1575; &#1578;&#1581;&#1605;&#1604; &#1593;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1594;&#1605;&#1575;&#1605; &#1610;&#1602;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1586; &#1608;&#1580;&#1604; : &#1608;&#1593;&#1586;&#1578;&#1610; &#1608;&#1580;&#1604;&#1575;&#1604;&#1610; &#1604;&#1571;&#1606;&#1589;&#1585;&#1606;&#1603; &#1608;&#1604;&#1608; &#1576;&#1593;&#1583; &#1581;&#1610;&#1606;

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

&#1579;&#1604;&#1575;&#1579; &#1583;&#1593;&#1608;&#1575;&#1578; &#1605;&#1587;&#1578;&#1580;&#1575;&#1576;&#1575;&#1578; : &#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1575;&#1604;&#1589;&#1575;&#1574;&#1605; &#1608;&#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1575;&#1604;&#1605;&#1592;&#1604;&#1608;&#1605; &#1608;&#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1575;&#1604;&#1605;&#1587;&#1575;&#1601;&#1585;

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

&#1583;&#1593;&#1608;&#1577; &#1575;&#1604;&#1605;&#1592;&#1604;&#1608;&#1605; &#1605;&#1587;&#1578;&#1580;&#1575;&#1576;&#1577; &#1608;&#1573;&#1606; &#1603;&#1575;&#1606; &#1601;&#1575;&#1580;&#1585;&#1575; &#1601;&#1601;&#1580;&#1608;&#1585;&#1607; &#1593;&#1604;&#1609; &#1606;&#1601;&#1587;&#1607;

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI

Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:

"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2010 12:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by fantaghero1818 at 1-3-2010 12:39

Dalil pengharusan.
Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:

&#1571;&#1606;&#1607; &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#1583;&#1593;&#1575; &#1593;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1584;&#1610;&#1606; &#1602;&#1578;&#1604;&#1608;&#1575; &#1575;&#1604;&#1602;&#1585;&#1575;&#1569; &#1585;&#1590;&#1610; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1606;&#1607;&#1605; &#1608;&#1571;&#1583;&#1575;&#1605; &#1575;&#1604;&#1583;&#1593;&#1575;&#1569; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607;&#1605; &#1588;&#1607;&#1585;&#1575; &#1610;&#1602;&#1608;&#1604;: &#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1605; &#1575;&#1604;&#1593;&#1606; &#1585;&#1593;&#1604;&#1575; &#1608;&#1584;&#1603;&#1608;&#1575;&#1606; &#1608;&#1593;&#1589;&#1610;&#1577;

" Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:

&#1571;&#1605;&#1575; &#1573;&#1606; &#1606;&#1588;&#1583;&#1578;&#1606;&#1575; &#1601;&#1573;&#1606; &#1587;&#1593;&#1583;&#1575; &#1604;&#1575; &#1610;&#1587;&#1610;&#1585; &#1576;&#1575;&#1604;&#1587;&#1585;&#1610;&#1577; &#1608;&#1604;&#1575; &#1610;&#1602;&#1587;&#1605; &#1576;&#1575;&#1604;&#1587;&#1608;&#1610;&#1577; &#1608;&#1604;&#1575; &#1610;&#1593;&#1583;&#1604; &#1601;&#1610; &#1575;&#1604;&#1602;&#1590;&#1610;&#1577;

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."

Lalu Sa'ad berdoa:

&#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1605; &#1573;&#1606; &#1603;&#1575;&#1606; &#1593;&#1576;&#1583;&#1603; &#1607;&#1584;&#1575; &#1603;&#1575;&#1584;&#1576;&#1575; &#1602;&#1575;&#1605; &#1585;&#1610;&#1575;&#1569; &#1608;&#1587;&#1605;&#1593;&#1577; &#1601;&#1571;&#1591;&#1604; &#1593;&#1605;&#1585;&#1607; &#1608;&#1571;&#1591;&#1604; &#1601;&#1602;&#1585;&#1607; &#1608;&#1593;&#1585;&#1590;&#1607; &#1604;&#1604;&#1601;&#1578;&#1606;

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.

" Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

&#1605;&#1606; &#1571;&#1582;&#1584; &#1588;&#1576;&#1585;&#1575; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1571;&#1585;&#1590; &#1592;&#1604;&#1605;&#1575; &#1591;&#1608;&#1602;&#1607; &#1573;&#1604;&#1609; &#1587;&#1576;&#1593; &#1571;&#1585;&#1590;&#1610;&#1606;

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwa&#1609; berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

&#1575;&#1604;&#1604;&#1607;&#1605; &#1573;&#1606; &#1603;&#1575;&#1606;&#1578; &#1603;&#1575;&#1584;&#1576;&#1577; &#1601;&#1571;&#1593;&#1605; &#1576;&#1589;&#1585;&#1607;&#1575; &#1608;&#1575;&#1602;&#1578;&#1604;&#1607;&#1575; &#1601;&#1610; &#1571;&#1585;&#1590;&#1607;&#1575;

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati."

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:

&#1606;&#1575;&#1605;&#1578; &#1580;&#1601;&#1608;&#1606;&#1603; &#1608;&#1575;&#1604;&#1605;&#1592;&#1604;&#1608;&#1605; &#1605;&#1606;&#1578;&#1576;&#1607; &#1610;&#1583;&#1593;&#1608; &#1593;&#1604;&#1610;&#1603; &#1608;&#1593;&#1610;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1604;&#1605; &#1578;&#1606;&#1605;

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga

Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur

Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi.
Posted by akhisalman at 10:44 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.073955 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list