View: 4159|Reply: 17
|
buruk sangka - ustaz zaharuddin
[Copy link]
|
|
Mengapa Perlu Sangka Buruk?
Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-
كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)
Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.
Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis
ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)
Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-
ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق
Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)
Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya
SANGKA BURUK YANG HARUS
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.
Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.
Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.
SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.
Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.
JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK
Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.
Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.
Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.
Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian mereka.
Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas berkata :-
"Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu"
Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak, sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa (kononnya).
Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi, mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik, tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental.
Tobby,
I just want to ask - ini satu bentuk diskriminasi ker tak?
sebab rasional saya - seseorg itu perlu dinilai atas kapasiti kerjanya
masalah ini yg Saudara buat - boleh memberi implikasi yg serious
a) terhadap individu with mental health illness - you need to be more aware of issues like stigma or social labelling
b) dalam usaha kementrian kesihatan meningkatkan kesedaran ttg penyakit mental dan isu isu penting seperti konotasi, stigma dan social labelling ini pada hemat saya amatlah tidak adil dan
satu diskriminasi , perhaps berlaku kat sini?
ni kena rujuk pakar pskiatri kalau nak u know dapatkan gambaran jelas...
jadi common dalam masyarakat malaysia ni dgn segala bentuk kekangan minda, ilmu dan suber pembacaan yg kurang saya rasa perbuatan ini pada hemat saya lah tidak begitu wajar.
saya bukan apa , once you into health sciences discipline, isu isu stigma social labelling sering dibincangkan dan perlu dihadapai oleh profesional kesihatan jadi hal hal sebegini really "ticked me off" seriously.
sebab?
kita judge basd on perception yes Saudara bagis sebab tak terima sesuatu benda at "face value" tapi u in a way DAH ADA prejudice - is it permissible in Islam
what you should do is to interview and talk about thsi matter TACTFULLY and openly one to one or what ... tapi maungkin pihak Saudara ada rasional lain barangkali may be ada situasi yyg demanding yg si "pesakit ini" tak mungkin boleh nak handle baranbgkali ..anyway itu lain cerita sebab itu mungkin saudara mempunyai sebab profesional lain tapi tak nak ambil sebab mental illness adalah pada saya "lame"
maaf. tapi takkan itu kot?
ada implikasi ker in Malaysia ...
kalau UK ada jer org pi jumpa GP or pakar sebab depa mmg literate sikit psal mental illnes ni like depression etc etc so sapa yg biasa dgn budaya sana tak berapa kisah sangat ...
well i dunno i think that person should be given a second chance tengok and analyse get a psychiatrist report...
dalam pada kerajan di UK nak promote de-instituionalisation of people with metal illness kemabali back to society kita pulak dok stigmatised memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
kalu sangka buruk kt hubby camne...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu sangka buruk kt hubby camne...... |
|
|
|
|
|
|
|
penh tgk rancangan Tanyalah Ustaz.....pekara yg aku igt sekali kata ustaz tu..
"jangan sangka2, sangka2 tu dosa" |
|
|
|
|
|
|
|
kalu sangka buruk kt hubby camne...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sangka buruk kt hb tu sebab x percaya hb ekkk |
|
|
|
|
|
|
|
kalu sangka buruk kt hubby camne......
bukanomi Post at 8-3-2010 17:34
klu yr hubby asyik sangka buruk dgn u camne.... hepi tak hidup? |
|
|
|
|
|
|
|
saya jwb eh...
kalo saya x hepi lgsg, tp akan sedaya upaya buat die xde alasan and bukti pn utk bersangka buruk. die soal jwb cm CSI pn saya akan cuba bg jwpn dan bukti sdr utk gain his trust. lgpn wanita rsnya utk tunjukkn taat kena camnikn. and ikut hukum Islam sdr byk yg kite kena mnta izin dr suami.
jadi suami yg xperlu taat, eh bukan xperlu, xwajib taat pd isteri cmne pula?die lgsg xperlu mnta izin, bg alasan, atau ape2 pun.tp ada ustaz ckp, hormatkn istri dan gembirakan hati isteri, nescaya idup di dunia dan akhirat terang sgt.
jd nk sgka buruk pd suami baik tukar pd kwn kite ckp tu, 'hazar' dgn cr elok. smart thinking utk lyn suami, sbb laki kan ada 9 akal
Pray we survive this life ya ladies..Amin... |
|
|
|
|
|
|
|
sangka buruk demi keselamtan tak apa kan
contoh:
lelaki bukan muhrim ajak naik kereta , nak tolong hantar kekdahnya. mungkin niat dia baik
tapi aku mesti nak sangka buruk sikit, rasa taku2 juga kot2 dia ni ada niat jahat ke apa ke kan?
kan ada lak yg buat pitnah ke nanti bila nampak aku berdua2an dalam kereta dgn lelaki,
haaaaaaaaaaaa...
boleh kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sangka buruk demi keselamtan tak apa kan
contoh:
lelaki bukan muhrim ajak naik kereta , nak tolo ...
sitihawa Post at 9-7-2010 11:08
keadaan yang asalnya dah tak ikut sunnah.... iaitu, wanita kalau keluar mesti dangan mahram. sekurang-kurangnya dengan kumpulan wanita yang dipercayai. |
|
|
|
|
|
|
|
sangka buruk demi keselamtan tak apa kan
contoh:
lelaki bukan muhrim ajak naik kereta , nak tolo ...
sitihawa Post at 9-7-2010 11:08
Tak bleh sebab itu sudah berdua-duaan dalam satu suasana yang boleh menimbulkan fitnah. Kalau setakat keluar rumah nak pi kerja ka atau pi mana-mana ka sorang-sorang takpa. Minta izin atau beritahu dahulu kepada suami asalkan jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
dah aku memang single. duduk sorang. adik beradik jauh. tentu lah aku keluar sorang2. nasib aku ada kereta. tak lah bergantung pada org lain sangat .
ada juga masa aku kesusahan spt kereta rosak ke, org yg aku mintak tolong adalah kawan2 lelaki opis. mmg kalau boleh aku akan ajak kawan perempuan teman kan , tapi ada masa aku pun malas nak susahkan ramai lagi orang. so ada juga keadaan aku akan berdua2an dlm kereta dgn lelaki yg bagi aku boleh tolong prob aku masa tuh.
dalam masa itu aku jaga batasan2 dan aku pun benci berada didalam keadaan itu. cuma aku berdoa pada allah maafkan aku dan selamatkan aku.
aku insan yg lemah |
|
|
|
|
|
|
|
salam
dah aku memang single. duduk sorang. adik beradik jauh. tentu lah aku keluar sorang2. nasib ...
sitihawa Post at 10-7-2010 12:51
jangan buat kalau dinegara wahabi Arab saudi sebab kalau u kena rogol nanti bukan perogol yang akan dihukum tapi wanita yang kena rogol itulah yang kena hukum mengikut hukum lurus bendul mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
dah aku memang single. duduk sorang. adik beradik jauh. tentu lah aku keluar sorang2. nasib ...
sitihawa Post at 10-7-2010 12:51
sitihawa, tak apalah nyusahkan kawan sekalipun...terdesak kan...sebab berdua-an dlm kereta ni bukan perkara kecik...boleh timbul mcm2 isu...bahaya2...no...noo..
kalau mmg x nak minta pertolongan kawan, mungkin ada alternatif lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu bersangka buruk itu dosa....kite kena always positivelh.... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan buat kalau dinegara wahabi Arab saudi sebab kalau u kena rogol nanti bukan perogol yang akan dihukum tapi wanita yang kena rogol itulah yang kena hukum mengikut hukum lurus bendul mereka.
Gravedigger Post at 10-7-2010 20:40
WALLAHI
betul ke ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|