CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1978|Reply: 0

Populariti Ziana belum pudar-Berita Harian (9.03.2010)

[Copy link]
Post time 9-3-2010 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Populariti Ziana belum pudar
Oleh Zaidi Mohamad

Lebih 300 peserta berebut menjadi protegenya untuk program Mentor

POPULARITIZiana Zain ternyata belum pudar apabila kira-kira 300 orang mengambilpeluang untuk menjadi anak didik atau protege kepada penyanyi itu dalamsesi uji bakat program Mentor musim akan datang yang dijalankan di SriPentas, TV3, Sabtu lalu.

Kehadiran mereka amat dialu-alukan olehZiana kerana penyanyi itu sendiri mahu melihat ada bakat pelapis.Pelbagai ragam dan gaya dapat disaksikan dalam sesi ujian ini sehinggaZiana tidak dapat mengelak untuk tersenyum dan ketawa.

Namun,penyanyi itu menegaskan dia mahu mencari mereka yang berani tampildengan identiti tersendiri berserta penampilan yang menarik.

“Aspeksuara serta nada suara perlu bagus selain mempunyai ‘attitude’ yangbaik. Tidak perlu meniru atau nak jadi macam Ziana Zain.

“Kebanyakanyang datang tidak memilih lagu nyanyian saya. Mungkin takut. Tapi adayang nampak seperti mat rock tetapi menyanyi lagu Madah Berhelah. Sayamenyarankan mencuba uji bakat bersama Mus vokalis kumpulan May,”katanya.

Menurut Ziana yang pertama kali membabitkan dirisebagai mentor dalam program itu, dia sendiri mengharapkan kehadiranbakat pelapis untuk terus memastikan kesinambungan dunia seniberpanjangan.

“Saya seronok melihat gelagat mereka yang datangdiuji bakat. Apabila dikritik, wajah mereka seperti nak marah, kecewa,tidak pasti dan ada juga menerima teguran dengan senyuman. Ada yangmerayu diberi peluang kedua.

“Senario itu sering terjadi dalamsesi uji bakat. Kalau nak difikirkan soal kasihan, memang misi untukmencari protege saya akan menjadi sukar. Tapi saya sudah tahu apa yangnak dicari. Selalunya kalau yang datang itu buka suara saja, kita dapattahu sama ada dia boleh diketengahkan atau tidak.

“Kalau tak adabakat, kita tak boleh berbuat apa-apa. Tugas saya di sini mencari bakatbaru yang istimewa dan boleh digilap,” katanya.

Hanya menjadi diri sendiri

DITANYAmengenai karakter sebenarnya bergelar mentor, Ziana atau Siti RozianaZain ini menjelaskan dia hanya menjadi diri sendiri tanpa dibayangiorang lain.

“Apa yang anda lihat, ialah diri saya. Saya lebihsuka wujudkan situasi yang membuatkan sesiapa yang bekerjasama dengansaya termasuk protege nanti, selesa. Apabila selesa, senang nakjalankan kerja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kakak kepadaAnuar Zain ini sibuk menjalani latihan teater muzikal sulung Gamat 2.Teater arahan Zaifri Husin menyaksikan Ziana memegang peranan sebagaiKetua Obor-Obor. Gamat 2 dipentaskan pada 12 hingga 22 Mac ini diAuditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang di ibunegara.

“Bukan senang berlakon teater. Saya pula tak pandaimenari. Apapun, saya seronok dapat berlakon teater ini. Watak pun takperlu serius sangat. Lebih santai,” katanya.

Credit to: Berita Harian :http://www.bharian.com.my/Curren ... 0309070401/Article/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.044906 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list