CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2439|Reply: 9

Faizal: Saya Tak Sengaja Patahkan Gitar 12.3 2010

[Copy link]
Post time 13-3-2010 10:18 AM | Show all posts |Read mode


Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 12 MAC 2010:
  Sebaik saja mendapat tahu bahawa Faizal Tahir telah ditimpa kemalangan kecil di dalam rumahnya sendiri, murai.com.my terus menghubungi penyanyi yang hits dengan lagu Sampai Syurga, Coba dan Bencinta ini untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut tentang berita tersebut.

"Ya, saya memang terjatuh dan menghadapi kemalangan kecil di rumah. Disebabkan itu, saya kini agak susah nak bergerak. Saya akan terasa sakit setiap kali bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan undangan persembahan di konsert yang akan dijalankan pada Sabtu ini di Kluang, Johor,"  kata Faizal yang ketika itu  dalam perjalanan  ke satu mesyuarat penting menjelaskan keadaan sebenar tentang kemalangan berkenaan.

Dalam pada itu, Faizal yang baru saja melancarkan album digitalnya yang bertajulk Adrenalin mengakui agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa insiden gitar patahnya  sudah diketahui ramai.

"Saya bukan sengaja mematahkan gitar tersebut. Terus-terang saya cakap, saya menangis bila melihat semula keadaan gitar itu. Paling menyedihkan, saya baru saja menggunakan gitar tersebut sebanyak 3 kali.

"Ketika ini, saya sedang mencari orang yang boleh membaik pulih keadaan gitar saya itu. Tapi..agak sukar sebab gitar itu sudah terbelah dua," jelasnya.

Tambahnya lagi, insiden ini berlaku bukanlah disebabkan dia naik berang atau bengang dengan sesiapa tetapi ia telah berlaku secara tidak disengajakan.

"Sebenarnya, sewaktu saya sedang menyanyi, penyangkut gitar tersebut asyik terbuka dan menganggu persembahan saya. Jadi, untuk menyelamatkan persembahan, saya cuba membuka dan membalingnya ke belakang pentas dengan harapan krew yang ada sempat untuk  menyambutnya.

"Namun, selepas persembahan, saya terkedu melihat gitar itu dalam keadaan terbelah dua," katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2010 10:35 AM | Show all posts
dengn harapn krew mnymbutnyeeeee,.??!~
ko ingt krew sume superman keeee,. ntah2 kene pale dorng gknyee
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 10:35 AM | Show all posts
leks bro..ko kaya..beli baru..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 10:37 AM | Show all posts
yang die pegi baling kenapa abang faizal oi{:3_83:}
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 10:38 AM | Show all posts
dh...sblm nk baling tu dia x bg hint dulu...mesti kru silap fhm
igtkan dia mengamuk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 11:00 AM | Show all posts
padan muke ko faizal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2010 11:11 AM | Show all posts
nasib baik aku bukan FT yang dihubungi reporter yang nak tahu tentang satu kemalangan kecil di rumah dan sebuah gitar yang patah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 11:12 AM | Show all posts
2# CahayaAina

ko dh sihat dh? dh x muntah2 lagi dh ekk? bagus!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2010 11:15 AM | Show all posts
pasal lah baling plak....org kalau sayang barang...jatuh sikit pon dah cuak gler
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 02:25 PM | Show all posts
FT bnyk guitar, xkesah 1 pecah.hehe

tu pn jdik isu ek? tnda2 populariti sdang menggila skang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.260545 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list