View: 4538|Reply: 0
|
Hikmah makan makanan halal
[Copy link]
|
|
PEDOMAN
Persoalsn yg mungkin timbul kepada manusia ialahmengapa Allah SWT & Nabi Muhammad SAW menyeru umat Islam memilih makanan yg halaldalam kehidupan seharian. Sudah tentu ada hikmah & kelebihan yg dapat membantumanusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut :-
- Supaya doa dimakbulkan Allah SWT
SabdaRasulullah SAW: "Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjdi kusut &mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya & berdoa kepada Allah sedangkan makanannyaharam, pakaiannya haram & mulutnya disuap dengan sesuatu yg haram, bagaimana akandiperkenankan permohonnnya."(hadis riwayat Muslim, Ahmad & Tarmizi)
- Selamat daripada seksaan api neraka
Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah,pintalah kepada Allah SWT supaya Dia menjadikan doaku mustajab."
Jawabbaginda: "Wahai Saad, jagalah soal makanmu, nescaya kau menjadi orang yg makbuldoanya. Demi Allah yg nyawa Muhammad dlm tangan-Nya, jikalau seseorang lelaki memasukkansesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari. "Sesiapahamba yg dagingnya tumbuh daripada makanan haram & riba, maka neraka lebih layakbaginya." (hadis riwayat Ibnu Abbas)
- Amal ibadat diterima Allah SWT
SabdaRasulullah SAW: "Barang siapa bersembahyang dengan mengenakan pakaian yg dibeli dengan 10dirham & 1 dirham daripadanya sumber yg haram, Allah SWT tidak akan menerimasolatnya."(hadis riwayat Muslim)
- Membentuk darah daging yg baik dalam badan
SabdaRasulullah SAW: "Ingatlah bahawa didalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging ygapabila daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya & apabila ia rosak makarosaklah seluruh tubuh itu, ingtlah bahawa yg dimaksudkan itu ialah hati." (hadisriwayat Bukhari & Muslim)
Olehitu, menjadi kewajiban & tanggungjawab umat Islam hari ini untuk lebih berhati-hati & mengambilberat berkaitan pemakanan halal. Hendaklahkita sentiasa memastikan setiap makanan yg diprolehi & dimakan itu adalah halal menurutsyariat Allah SWT. Sesungguhnyasuruhan Allah SWT adalah untuk tujuan kebaikan manusia bersama.
Sumber : METRO Ahad, 21/3/2010
![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/1.gif) ![](static/image/smiley/default/victory.gif) ![](static/image/smiley/default/handshake.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|