|
Ada satu negeri di selatan tanah air yg potong elaun mengajar guru agama bertauliah dari RM 50 kepada RM 10 sekali mengajar, limit 3 kali seminggu, lebih tanggung sendiri, alasan ada mcm2.............kesiannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri mana |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu negeri di selatan tanah air yg potong elaun mengajar guru agama bertauliah dari RM 50 kepada RM 10 sekali mengajar, limit 3 kali seminggu, lebih tanggung sendiri, alasan ada mcm2............. ...
orangxkenal Post at 4-4-2010 10:31
Sila berikan fakta dan bukti kenyataan. Buat masa ni, apa yang awak katakan sama macam dengar-dengar sahaja. Di mana, siapa, apa, sekolah apa.... semua tak ada. Saya beri tempoh 1 hari sebelum thread ni di masuk ke peti alam flora. |
|
|
|
|
|
|
|
BUKIT KATIL: Ketua Dewan Pemuda Negeri, Ustaz Kamaruddin kesal dengan sikap kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam yang memotong elaun guru takmir dari RM50 kepada RM10 sahaja bermula minggu ini.
Katanya, jelas sekali kerajaan negeri tidak mengiktiraf peranan guru takmir yang berusaha mendidik masyarakat ke arah kebaikan.
"Tindakan ini merupakan pengkhianatan kepada Islam di negeri ini dan ini merupakan suatu penghinaan kepada guru-guru tahmir tersebut, apa yang boleh mereka beli dengan RM10, minyak kereta pun tak lepas" katanya.
“Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit hanya untuk program 'Gegau 1Melaka' baru-baru ini, tak kanlah kerajaan tak mampu nak bayar elaun guru tahmir?" soal beliau pada ceramah Pemuda Kawasan Bukit Katil di perkarangan Pejabat kawasan, di sini malam tadi.
Isu pemotongan elaun itu dinyatakan oleh Majlis Agama Islam melalui surat yang diedarkan kepada semua guru takmir yang terlibat mengajar di surau dan masjid di seluruh negeri.
Langkah itu sebagai langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam menangani krisis kegawatan ekonomi.
Sehubungan itu, Kamaruddin mendesak kerajaan negeri membatalkan surat tersebut dan menaikkan elaun guru-guru takmir bagi memberikan galakan kepada mereka untuk lebih berdedikasi mendidik umat Islam khususnya anak-anak muda yang semakin melupai agama.
Beliau berkata, di saat maksiat dan gejala sosial yang semakin membarah, kerajaan negeri sanggup memotong elaun guru-guru takmir yang seolah-olah peranan mereka diabaikan dan tidak memberikan keuntungan kepada masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tambahan :
Bermula minggu ini semua elaun guru tahmir di negeri ini dipotong daripada RM 50 tinggal Rm 10 je.
Perkara ini dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Negeri melalui surat yang diedarkan kepada semua guru tahmir yang terlibat mengajar di surau dan masjid di seluruh negeri.
Langkah itu sebagai langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam menangani krisis kegawatan ekonomi.
Saya mencadangkan, cek yang dipulangkan oleh kerajaan Negeri Selangor yang 'didermakan' oleh kerajaan negeri untuk membayar tunggakan cukai tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan digunakan untuk menampung kos membayar elaun guru tahmir di surau dan masjid.
Saya rasa itu lebih besar pahalanya jika dilakukan oleh Ketua Menteri kerana mengutamakan keperluan dalam negeri daripada menjaga kepentingan negeri lain.
Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit hanya untuk program 'Gegau 1 Melaka' baru-baru ini tak kanlah kerajaan negeri tak mampu nak bayar elaun guru tahmir?
Ada baiknya Ketua Menteri belajar daripada Ketua Menteri PP bagaimana kaedah menaikan elaun guru tahmir dan para penghafal Al Quran di PP seperti yang dilakukan kerajaan negeri.
*** untuk makluman shj. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ahli2 agama.... |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana la pendidikan Islam nak berkembang maju... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu ahli agama?
redzha Post at 5-4-2010 12:22
ahli agma tu sy tujukan kpd guru2 tahmir tu ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mane nak buat ni ?
orangxkenal Post at 6-4-2010 09:12
Macamana nak buat apa? Buat la apa-apa yang patut agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh ke buat petisyen ke, memorendem ke, apa2 ke....... |
|
|
|
|
|
|
|
ayah saya adalah salah seorang guru tahmir di selangor. apa yg berlaku di selangor adalah sebaliknya...bayaran guru tahmir di selangor dinaikkan. jumlahnye sy tak pasti sbb saya tak tanya, tp saya tau dia dpt kenaikan. alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
ayah saya adalah salah seorang guru tahmir di selangor. apa yg berlaku di selangor adalah sebaliknya...bayaran guru tahmir di selangor dinaikkan. jumlahnye sy tak pasti sbb saya tak tanya, tp saya tau ...
apa2jelah Post at 7-4-2010 13:01
alhamdulillah........syukur. polis, doktor dan terbaru perkerja pos pun dapat naik.....alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya ceramah mereka tidak berkesan kepada masyarakat ? |
|
|
|
|
|
|
|
maklumat terbaru : masih tiada perubahan pasal elaun guru tahmir........ |
|
|
|
|
|
|
| |
|