View: 2710|Reply: 19
|
Kempen kami Perihatin utusan: Berkesan ke?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Kali ni nak cerita pasal isu semasa. Utusan malaysia - Kempen Perihatin - "Kami Prihatin merupakan jambatan bagi menggerakkan usaha swasta-umum untuk menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi. "
utusan sendiri ada tulis ..."Dera kanak-kanak dan buang bayi berkait dengan banyak hal. Antaranya pengetahuan seks, kerukunan rumah tangga, maksiat dan pergaulan bebas. Semuanya berbaur dan perlu ditangani secara holistik serta bijaksana."
Persoalannya.... Utusan malaysia ni betul ke boleh kempen dengan berkesan... cuba kita tengok antara kandungan-kandungan berita Utusan termasuk gambar-gambarnya. Dengan ruangan gosipnya. terutama sekali Mingguan malaysia.
Jadi.... adakah Utusan ni lebih layak kita katakan hanya nak cari untung?
Saya dah berzaman tak beli utusan....... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya.. kempen gini x datangkan hasil.. pastu.. siap ada lagu bagai.. pastu dok temuramah artis bagai pasal kes dera, buang bayi ni..mmg mcm angin lalu je.. lepas seminggu dua ni lenyap la kisah ni. Yg keluar balik kat paper... mayat bayi ditemui..bla..bla..bla..
Selagi manusia terdedah ngan segala gejala sosial, berani melanggar ajaran agama maka mustahil gejala zina, ngandung anak luar nikah, buang anak, penderaan ni nak pupus dari alam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
statistik alun 'anak luar nikah' 2004-2009 = 74,000 +-
tahun 2009 sahaja = 14,000 +-
ini yg dikesan... yg tak dikesan? yg buang? yg bunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku kempen ni poyo jek. and artis-artis menyanyi tu aku rasa nak tiru We Are The World, except our version is not really helping.
I mean, really. Perihatin? Masyarakat tak cukup perihatin ke?
Aku tak oppose kalo nak tingkatkan ajaran agama. I'm really sorry, but I think, if those people wanna have pre-marital sex, they'll do it anyway. Pada aku selain aja agama, kena aja pendidikan sex gak. They need to have a good understanding of the repercussion of having unprotected sex. And, I'm sorry, but they need to know about condoms too.
Kalo dah bagi ajaran agama ngan baik, dah jaga bebaik, and those kids still want to have sex, well at least if they use condoms they can reduce the chance of unwanted pregnancy.
p/s: Sex education is NOT about teaching Kama Sutra to kids. |
|
|
|
|
|
|
|
saya fikir jalan terbaik dan drastic sekarang is to reach out to them. pegilah masuk among them, be near them. cari .. cari..cari.. depangkan tangan anda utk menyambut mereka. ni kes2 yg tgh bunting menanti masa.
yg lain2 tang pendidikan boleh lah teruskan, tapi buat dulu yg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah hukuman hudud lebih berkesan. Maksudnya, undang-undang hudud itu boleh membuat manusia mengelak dari nak buat maksiat dan kemungkaran.
Sebabnya, aku tengok kempen-kempen ni lebih banyak nilai perniagaan dari nilai keperihatinan. Faham sajalah kehidupan artis. Seolah-olah macam ada message 'berjati-hatilah' bila buat maksiat. Jangan sampai mengandung. |
|
|
|
|
|
|
|
Insya-Allah hukum hudud akan memberi kesan yg baik tapi al maklum la negara kita ni.. baru sebut hudud je dah terbayang kengerian, kekejaman dan buta hati buta mata pada keindahan yg tersirat disebalik perlaksanaan hukum ni. Maka.. iklan2 tin kosong ni je la yg selalu dicanang kehulu ke hilir. |
|
|
|
|
|
|
|
baru sebut hudud je dah terbayang kengerian, kekejaman dan buta hati buta mata pada keindahan yg tersirat disebalik perlaksanaan hukum ni.
itula yang dikatakan mukjizat agaknya. baru sebut jer orang dah takut. hari tu, lelaki perempuan kena sebat tak sampai 10 kali dah kecoh. Belum sebat 100 kali.
Dia orang tu buat-buat tak faham atau memang tak cukup IQ nak faham. |
|
|
|
|
|
|
|
majalah mangga & URTV utusan punya kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Seolah-olah macam ada message 'berjati-hatilah' bila buat maksiat. Jangan sampai mengandung.
ibnur Post at 13-4-2010 00:59
although it's not a perfect advice, it's better than wat tak tau jek.
sebabnye pada aku lebih baik buat maksiat tak mengandung dari buat maksiat and mengandung. At least baby tu tak jadi mangsa. of course tak buat maksiat in the first place is better. |
|
|
|
|
|
|
|
YTD my wife handle 1 case ni... 16 yr old girl, abortion... baby dalam kandungan die usia 6 bulan. berat 1.2 kilos. dah cukup sifat...
bila ditanya ngape wat abortion? dia jawap slumber... my boipren suruh... |
|
|
|
|
|
|
|
statistik alun 'anak luar nikah' 2004-2009 = 74,000 +-
tahun 2009 sahaja = 14,000 +-
ini yg dikesan... yg tak dikesan? yg buang? yg bunuh?
mejik Post at 13-4-2010 08:42
yg ditunjukkan adalah yg didaftarkan
ramai lagi sebenarnya yang x dpt dikesan sbb:
1. ada yg lahir, tapi x dftar
2. ada yg lahir tapi buang atau dibunuh
3. ada yg x sempat lahir, dah digugurkan
bagi aku tindakan kena menyeluruh
gomen ramai PTD yg berakal superb
diorg mampu kuarkan idea yg bernas dan berkesan
cuma aku x pasti samada diorg ni digunakan sebaik mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
artis, ptd, media massa, urtv, mangga, kempen, lagu - bukan ubat kpd masaalah, tambah masaalah ada lah........ |
|
|
|
|
|
|
|
11# mejik
My brother.. dulu sebulan sekali bagi kuliah kat salah sebuah pusat pemulihan akhlak. Ada sekali sy pegi.. waktu petang.. masa tu x nmpk sgt para penghuni.. tapi petang tu hujan turun.. nampak derang keluar angkat kain di jemuran..
Masa tu saya lak yg terkedu..muda2 lagi perut memboyot. ada yg baru 15 thn.
my brother kata.. ada yg offer anak derang tuk dijadikan anak angkat.. tapi my brother tolak secara lembut. Yg masih x sedar diri pun ada.. terlalu byk kes lari dari pusat tu. Tak taula kawalan longgar ke atau mmg derang ni nekad habis x kira onak duri, kawat duri ke.. mesti blah dari situ.
Bkn sng nk masuk kat kawasan tu.. tapi sbb my brother.. jadi sy dpt la masuk. Apa yg saya lihat cukup menginsafkan. Betapa sng anak2 gadis terpedaya dgn pujukan kekasih.. malah ada yg jadi 'makanan' golongan berada. Ada yg ditangkap sbb berada menari dgn pakaian menjolok mata di kelab mlm.. tambah bawah umur pulak tu.
Untuk mengelak perkara gini berlaku semua lapisan masyarakat kena bertindak. Bukan setakat iklan tunjuk prihatin yang hanya bertahan seminggu dua.
Ketua negara, ketua kaum, ketua kampung, ketua rumah, pengetua sekolah.. semua harus bekerjasama.. banteras apa yg patut, terapkan nilai murni yg patut diamalkan. Kita x bolehla menghalang sesuatu perkara tapi pada masa yg sama memberi kelonggaran pada sesuatu yg berkaitan dgn apa yg kita halang tersebut.
Contoh.... contoh yg paling mudah je la.. kita x nak remaja terjebak dgn minuman keras (malah ada yg kena hukum sebat kerana minum minuman keras ni).. tapi pada masa yg sama kita benarkan minuman tu dijual kat tmpt yg cukup mudah didapati (contoh 7 11). Pekerja kat situ mana kesah sapa yg beli benda tu.. janji sales masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
sebabnye pada aku lebih baik buat maksiat tak mengandung dari buat maksiat and mengandung. At least baby tu tak jadi mangsa. of course tak buat maksiat in the first place is better.
Ini suatu pandangan yang sangat liberal. Siap diletakan disclaimer di penghujung untuk cover up.
Ini seolah kata-kata orang yang tak ada solution, ikut ajer la rentak, janji tak teruk sangat.
Allah terus melarang menghampiri zina. Yang ada manusia kata buat maksiat yang ni lebih baik dari buat maksiat yang tu !!! Kat mana sempadannya? Bila penghabisannya nanti? Nanti satu masa, dan sebenarnya memang dah ada, kata macam ni "baik ler beri anak tu pada orang dari ditinggal-tinggalkan kat sampah". Last sekali, mungkin, tinggalkan depan masjid lebih baik dari buang kat sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah terus melarang menghampiri zina. Yang ada manusia kata buat maksiat yang ni lebih baik dari buat maksiat yang tu !!! Kat mana sempadannya? Bila penghabisannya nanti? Nanti satu masa, dan sebenarnya memang dah ada, kata macam ni "baik ler beri anak tu pada orang dari ditinggal-tinggalkan kat sampah". Last sekali, mungkin, tinggalkan depan masjid lebih baik dari buang kat sungai.
ibnur Post at 14-4-2010 05:32
of course Allah melarang menghampiri zina. we can have the strictest hudud law and I think there will still be a few people who'll do it. for that few, I hope they use protection. I'm not arguing that we shouldn't have hudud.
Bagi anak kat orang vs. tinggalkan kat tempat sampah? Definitely bagi kat orang lagi baik.
Tinggalkan kat masjid vs. buang kat sungai? Both are very unsafe for the live baby. But my guess is there's a better chance the baby will survive tinggal kan kat masjid dari kat sungai. But both should definitely be considered crimes. |
|
|
|
|
|
|
|
asal prihatin je mesti nyanyi. mcm filem hindustan pulak. apalah dapat buat dgn menyanyi? |
|
|
|
|
|
|
|
although it's not a perfect advice, it's better than wat tak tau jek.
sebabnye pada aku lebih ...
kucingblue Post at 14-4-2010 07:42
Hampir sama dengan pendapat teman bintang... nak buat, buat la.. pakailah pelindung, kelak tak termengandung, takde pembuangan bayi atau anak tak sah taraf.. it's better bla bla bla... kalo larang buat gak, so buat la tapi berjaga jaga jangan termengandungkan anak orang... yes, nampak pompuan yang teruk kena menanggung segala beban selepas itu...
Itu sebab Allah menegaskan, la takhrabuzzina... jangan menghampiri zina, belum buat lagi.. hampiri pun jangan... tiada pengecualian.
''Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). '' - maksud surah Al Isra:32.
Jangan sesekali buat.. nak buat jugak? Allah sudah menegaskan ; ''.....zina adalah setu perbuatan yang keci dan satu jalan yang jahat..'' Tapi nak bua jugak, maka tanggunglah akibat dari murka Allah...
Sebab tak guna pencegah kehamilan terlahirnya anak luar nikah? NOPE!!... Jika Allah menghendaki, maka ia terjadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kempen yang paling berkesan; sedari mereka tentang agama yang mereka tidak kenali, tidak kasihi... sayangi Tuhan, sayangi Quran, sayangi Rasulullah.. ahh.. susahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kempen yang paling berkesan; sedari mereka tentang agama yang mereka tidak kenali, tidak kasihi... s ...
bintang Post at 16-4-2010 15:38
setuju..........lagi susah kalau ada ketua yg x mahu agama |
|
|
|
|
|
|
| |
|