|
hari nie terbaca iklan kat HARAKAH, ada ditawarkan perkhidmatan UPAH HAJI.......
err.... kawan bagitau, nie merupakan satu amalan menunaikan haji bagi pihak yg sudah meninggal dunia.....
camne tu? bukankah amalan org tu dikira semasa masih hidup? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
upah haji ni ada nasnya. tapi hari ni upah haji dah jadi business yg sgt lumayan. zmn nabi dulu ada tak business semcm ni? ada tak garis panduannya? |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg sudi mengurangkan kemuskyilan aku nie tak? ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Riwayat hadith berkenaan haji untuk orang yang uzur atau arwah ni sebenarnya tak ada sebut pasal upah orang lain. Tetapi berkenaan seseorang waris mengupah orang lain melakukan haji untuk arwah (samada wang pusaka dari arwah atau wang dari waris sendiri) itu juga rujuk pada hadith yang sama:
Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah yang berbunyi: Bahawa Rasulullah saw mendengar seorang lelaki mengucapkan: "Labbaika daripada Syabrumah", maka bertanya Nabi, "Siapakah Syabrumah itu?" Lalu dijawab: "Dia adalah saudaraku atau seorang kerabat kepadaku." Maka bertanya lagi, "Apakah anda telah menunaikan Haji buat anda sendiri?" Jawabnya belum, maka sabda Nabi, "Lakukanlah Haji untuk diri anda dahulu, kemudian barulah untuk Syabrumah."
hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." |
|
|
|
|
|
|
|
adakah dibenarkan konteks " upah " sbgmn yg diamalkan skrg? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
adakah dibenarkan konteks " upah " sbgmn yg diamalkan skrg?
Acong Post at 20-4-2010 00:47 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
acong, hang dah masuk islam ka belum ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kawan Muhammad Acong jawab mcm tu![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
belum...........
aku siap tanya kawan, blh upah org lain tolong sembahyang.......
kawa ...
Acong Post at 20-4-2010 13:47 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
itu sembahyang mayat acong. memang ada sesetengah negeri kasi upah kpd sapa2 hadir solat jenazah. ada ulama yg tak suka budaya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kawan Muhammad Acong jawab mcm tu
permisi Post at 20-4-2010 13:55 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif) rujuk signage kat surau2 & masjid......
Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan........ ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
itu sembahyang mayat acong. memang ada sesetengah negeri kasi upah kpd sapa2 hadir solat jenazah ...
tobby Post at 20-4-2010 16:34 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif) tau arr..... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
upah haji nih kalo dgn tabung haji mahal rm2500 itupun berebut org nak tp kena tunggu siapa cepat dia dapat.. kalao pakai travel biasa murah dlm rm1200-rm1800 pun ada... lepas balik dari buat upah haji tu selalunya ustaz akan bagi lah tasbih, zam2, sijil2 yg patut utk org yg kita buat upah haji tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zai_arhus at 24-4-2010 10:45
Salam...
Saya pun ada buat perkhidmatan upah haji ni... berkenaan mengambil upah haji, sabit dalam hadis yg sohih arahan nabi supaya mereka yg tidak sempat menunaikan haji semasa hidup, waris perlu menunaikan haji bagi pihak si mati... keran Haji itu adalah RUKUN ISLAM, dan menjadi hutang kepada sesiapa yg tidak menunaikan haji (bagi yg mampu)...
Saya ada petik penjelasan dari kitab Fiqh Manhaji & Fiqh Sunnah berkaitan upah haji ini :
petikan asal : http://shoutussunnah.com/upah-haji/hukum-upah-haji/
Pengenalan
Haji dari sudut bahasa bermaksud menuju (ke suatu tempat). Al-Khalil berkata; Maksud haji ialah menuju kepada orang yang diagungkan. Dari sudut syarak pula ia bermaksud pergi menuju ke Baitullah al-Haram untuk menunaikan ibadah yang khusus dengan syarat-syarat yang khusus.
Umat Islam bersepakat mengatakan hukum menunaikan haji adalah fardhu dan merupakan salah satu rukun Islam. Tidak ada seorangpun yang menyangkalnya. Dalilnya ialah al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak.
Dalil Al-Quran :
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk bagi umat manusia. Padanya ada tanda-tanda yang nyata (di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk di dalamnya, aman dan tenteramlah dia. Dan mengerjakan Haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi mereka yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah. Dan sesiapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun) dari sekalian makhluk” (Surah Ali Imran : 96-97)
Dalil As-Sunnah :
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda : “Islam dibina atas lima perkara : mengakui bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu melakukannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil Al-Ijmak :
Para ulama’ telah sepakat tentang kefardhuannya dengan tiada seorangpun dari kalangan mereka yang membantah. Oleh itu mereka menghukum orang yang mengingkarinya sebagai murtad, kerana dia telah mengingkari apa yang sabit dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijmak.
Hukum Orang Mati yang Belum Sempat Menunaikan Haji
Apabila haji telah wajib kepada seseorang (kerena sudah mampu) tetapi dia melewatkan perlaksanaannya dan tidak menunaikannya sehingga dia mati, maka dia mati dalam keadaan berdosa dan wajib memerintahkan orang melakukan haji bagi pihaknya. Perbelanjaan hendaklah diambil daripada harta si mati. Ia dianggap sebagai hutang dan harta pusaka tidak boleh dibahagikan kecuali selepas hutang dilunaskan.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a :
Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata : “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan”.
Hadith di atas menunjukkan bahawa menggantikan haji bagi orang yang telah meninggal dunia hukumnya adalah wajib, sama ada telah diwasiatkan oleh si mati atau tidak. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Syafie.
Hukum Orang yang Sakit Tidak Mampu Menunaikan Haji
Orang yang tidak mampu menunaikan sendiri hajinya (iaitu orang yang sakit yang tiada harapan sembuh) dia wajib mengupah orang lain melakukan haji bagi pihaknya dengan upah yang setimpal. Sekiranya dia tidak mendapati orang yang dapat melakukan haji bagi pihaknya kecuali upahnya lebih daripada upah setimpal, dia tidak wajib melakukannya.
Diriwayatkan daripada Fadhal bin ‘Abbas :
Bahawa seorang wanita dari Khan’am bertanya : “Ya Rasulullah, kewajipan haji yang difardhukan Allah atas hamba-hamba-Nya, kebetulan datangnya dengan keadaan bapaku yang telah berusia lanjut (sangat tua) hingga dia tidak mampu lagi berkenderaan. Apakah boleh saya hajikan atas namanya?”. Jawab Baginda : ”Boleh”, dan peristiwa ini terjadi di waktu haji Wada’. (Muttafaqqun ‘Alaih : Sohih)
Rujukan :
Al-Quran Al-Karim.
Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil Asy-Syafie / Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 2.
Fiqus Sunnah. Sayyid Sabiq. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas pemberitahuan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# zai_arhus
Apabila haji telah wajib kepada seseorang (kerena sudah mampu) tetapi dia melewatkan perlaksanaannya dan tidak menunaikannya sehingga dia mati, maka dia mati dalam keadaan berdosa dan wajib memerintahkan orang melakukan haji bagi pihaknya
boleh huraikan maksud mampu ni tak..
contoh : si polan ni perempuan bujang, bebas dari segala hutang kecuali hutang pinjaman rumah, tiada tanggungan, ada simpanan yg cukup utk kerjakan haji, maka di kira WAJIB tunaikan haji ke? kegagalan si polan ni menunaikan haji/menangguh2 kan rukun kelima ni sehingga dia meninggal maka hukumnyer berdosa..
itukah maksudnya...? betulkan kalau saya silap..
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke single yg lady tak wajib buat haji kalau tiada muhrim? |
|
|
|
|
|
|
|
upah haji kalao utk org meninggal wajib buat sekali je kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# glump
smlm baca buku... jatuh hukum harus, kalau pompuan tu yakin perjalanan dia selamat.....
ada hadis...tp aku x bw buku tuh...kalau tk ble taip kt sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# zamnie
YA....wajib haji tu sekali ja...
lepas tu dh jadi sunat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|