CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3229|Reply: 16

Kemuncak Adrenalin Faizal,Utusan 1 Mei

[Copy link]
Post time 1-5-2010 06:48 AM | Show all posts |Read mode
Kemuncak Adrenalin  Faizal

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar FATAH SULAIMAN

HEBAT... Faizal Tahir merangkul empat anugerah pada Anugerah Industri Muzik Ke-15  pada tahun 2008.




BIMBANG bercampur gembira. Itulah yang digambarkan Faizal Tahir saat diajak berbicara tentang album keduanya, Adrenalin yang sudah pun berada di pasaran sejak 11 Mac lalu.
Faizal mempunyai seribu satu sebab untuk berasa teruja dengan Adrenalin kerana selepas dua tahun tanpa album baru, akhirnya album itu muncul juga dan mengubat kerinduan peminatnya.
Penghasilan album Adrenalin sememangnya cukup mencabar dan menguji kredibilitinya sebagai seorang penyanyi serta komposer.
Manakan tidak. Sepanjang tempoh penghasilan album Adrenalin, dia berdepan dengan kesulitan yang membabitkan kesihatan dirinya.
Semuanya gara-gara penyakit trombosis pembuluh darah (DVT) yangdihidapinya sehingga album yang sepatutnya dilancarkan tahun lalu itutergendala seketika.
Dalam masa yang sama, Faizal juga tidak mampu menyembunyikankebimbangannya terhadap penerimaan peminat pada album terbarunya itu.
Ini kerana jelas penyanyi dan komposer berusia 31 tahun itu lagi, Adrenalin merupakan sebuah album yang jauh berbeza dengan apa yang telah dilakukannya menerusi album pertamanya, Aku.Muzik.Kamu.
"Untuk album ini, saya memberi nuansa yang baru serta muzik yang begitu jauh ke hadapan dan ternyata telahan saya tidak silap.
"Saya telah menerima reaksi yang pelbagai daripada peminat tentang album Adrenalin di mana ada yang mengatakan album ini agak berat dari segi muzik dan lagunya.
"Kata mereka juga, album ini tidak memiliki lagu-lagu yang mudah menangkap telinga seperti Mahakarya Cinta, Sampai Syurga, Cuba dan Gemuruh.
"Namun, sebagai seorang pengkarya, saya tidak boleh berterusanmenghasilkan muzik dan menerapkan formula yang sama seperti yang telahsaya lakukan," jelasnya memberikan pandangan peribadinya terhadap albumAdrenalin.
Biarpun menerima reaksi yang berbeza terhadap Adrenalin, Faizal kini mampu menarik nafas lega dan tersenyum bangga apabila penjualan albumnya kini mencecah 7,000 salinan.
Manakala, rangkuman penjualan album Aku.Muzik.Kamu secara fizikal dan digital pula mencatatkan jumlah sebanyak 15,000 unit.
Album Adrenalin terbitan Monkey Bone itu memuatkan sembilan buah lagu iaitu Adrenalin, Superhero, Selamat Malam, Karma, Hanyut, Bencinta, Muzik, Semesta serta lagu Hanyut dalam versi akustik.
Masih lagi mengekalkan penerbit dan komposer terkenal, Audi Mokmengepalai penerbitan album terbarunya, Faizal percaya album berkenaanmampu melekat di hati peminat dan pencinta muzik secara amnya.
Untuk itu, dia harus berterima kasih kepada Audi yang menyakinkan dirinya terhadap Adrenalin biarpun dia berasa bimbang dengan kelahiran album keduanya itu.
Sudah menjadi resmi untuk setiap penyanyi yang melahirkan album,bukan mudah untuk sesebuah album itu diterima dengan baik dan meluasdalam tempoh yang singkat.
Kerana itu, baginya apa yang penting adalah untuk setiap album itu diberikan pendedahan yang sewajarnya.
Dalam masa yang sama, Faizal tidak faham dengan segelintir pihak yang cuba mempertikaikan album Adrenalin apabila berjaya dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang akan berlangsung pada 2 Mei (esok).
Jelasnya, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana sebelum Adrenalin diterbitkan dalam bentuk fizikal, ia terlebih dahulu sudah dijual secara digital.
Dan, syarat baru kelayakan menyertai AIM juga membenarkan album yang dipasarkan secara digital menyertai anugerah itu asalkan ia mengandungi lima buah lagu.
"Adrenalin sepatutnya dilancarkan tahun lepas tetapi keranakeadaan kesihatan saya tidak mengizinkan, maka ia terpaksa dianjakkanke tahun ini.
"Selepas berbincang dengan syarikat rakaman, kami memutuskan untuk menjualnya secara digital terlebih dahulu agar Adrenalin dapat menyertai AIM.
"Bohong kalau saya kata kami tidak mengejar tempoh kelayakan AIM kerana saya mahu melihat album ini menyertai AIM selepas dua tahun tidak berbuat demikian," jelasnya yang meminta agar isu kelayakan albumnya itu tidak lagi dipanjangkan.
Untuk itu, Adrenalin berjaya mendapat tiga pencalonan dalam AIM17 iaitu Album Rock Terbaik dan juga Lagu Rock Terbaik untuk lagu Bencinta.
Faizal turut menerima pencalonan menerusi lagu yang sama bagikategori Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu dan bersainghebat bersama Hazami, Jamal Abdillah, Riz dan Vince Chong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2010 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 1-5-2010 10:02

shazryn lagi... yeah.. aku suka... last minute nyer promo album adrenalin.... dgn tajuk 'kemuncak adrenalin faizal' lagi... jez one day b4 AIM..... adakah..........??
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 11:11 AM | Show all posts
banyak lakyg SHAZRYN MOHD. FAIZAL tulis sal FT sejak 2 mejak ni
suke2
elok la ... buang yg keruh, ambil yg jernih ~
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 11:48 AM | Show all posts
aku rasa dlm utusan dia the only one wartawan la kot yg ditugaskan utk cover sal AIM. tgk la lps AIM ni mesti ada lagi article dia , nak2 lagi klu pejal menang 1 award atau menang besar. hehehe... x sabar la plak nk tunggu next article dia dgn gambar2 pejal yg terbaiikkk pnya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 03:29 PM | Show all posts
Aku kagum dengan usaha Faizal Tahir biarpun ramai peminat2 rock kat luar sana cakap lagu dia bukan rock.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 03:56 PM | Show all posts
tumpang happy dgn kejayaan FT.. baru kuar dua album, kedua2nya diangkat album terbaik sepanjang tahun... xder artis penah dpt camni rasanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2010 04:06 PM | Show all posts
aku suke smlm pejal nyayi.. rasa nak suh nyanyi lagi terleka seketika, anyway congratulation!! FT
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 04:07 PM | Show all posts
Aku kagum dengan usaha Faizal Tahir biarpun ramai peminat2 rock kat luar sana cakap lagu dia bukan r ...
roblucci Post at 3-5-2010 15:29


dia more to ballad rock kan tapi best laaaa!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 05:22 PM | Show all posts
yeay suka pejal menang
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 05:52 PM | Show all posts
Tok ti hanya menang Vokal.. hehee
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 07:41 PM | Show all posts
biase2 je~ not really a die hard fan~ hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 08:18 PM | Show all posts
i loike FT.. haha.. ske dgr album dia.. besh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:22 PM | Show all posts
congrats FT..............ada 2 album, dua-dua menang Best Album kat AIM

kalo next album menang lagi...harus ler hatrick
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:36 PM | Show all posts
lagu slmt malam tu besh apa....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:56 PM | Show all posts
Reply 5# roblucci

dude, aku pun kagum ngan usaha ko yg asyik ckp benda yg sama je everytime masuk bod ni..
byk la band2 rock US/europe yg lagu2 diorang ala pejal ni.. please rujuk creed, daughtry, 3 doors down, etc..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 11:02 PM | Show all posts
Reply 15# snowey_dey


    yes, rock can be any kind of rock...modern rock !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 08:59 AM | Show all posts
Like him!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.313726 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list