CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2115|Reply: 5

Skim cepat kaya-150,000 pelabur rugi lebih RM300juta !

[Copy link]
Post time 5-5-2010 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by derihje at 6-5-2010 13:33

ingatan untuk para usahawan semua...korang jangan duduk masuk la benda-benda yang tak berfaedah seperti ini.....






Orang ramai digesa hindari skim cepat kaya


KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' denganmenyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negarasejak tahun lalu.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan AlshariYahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan kertassiasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpalesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta PencegahanPengubahan Wang Haram.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yangdisyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah.

Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel &Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana FarmIndustries Sdn Bhd.

Mengenai sebahagian besar mangsa penipuan yang masih berharap mendapatsemula wang mereka, Abu Hassan menegaskan, ia sukar dan bergantungkepada keputusan mahkamah pada akhir perbicaraan.

“Berdasarkan rekod siasatan, lazimnya baki yang tinggal dalam akaunbank milik pengendali skim cepat kaya itu adalah kecil dan jumlahitulah yang dibekukan agensi penguatkuasaan.
“Sebahagian besar wang pelabur sama ada sudah habis dibelanjakan ataudipindahkan ke luar negara untuk kepentingan peribadi pengendali skimitu,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk mendapat balik wang pelaburan, Abu Hassan menyarankan mangsamenyaman individu atau syarikat berkenaan menerusi proses undang-undangsivil, tetapi proses perbicaraan kes penipuan kewangan selalunyamengambil masa agak lama.

“Ia perlukan siasatan rapi membabitkan pengumpulan dan penganalisaanbahan bukti, rakaman penyataan pelabur dan suspek serta bantuan agensiberkaitan yang kadangkala mengambil masa lama,” katanya.

Abu Hassan berkata, dalam proses siasatan, semua pihak berkuasa sepertiBank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis, SuruhanjayaSyarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

“Oleh kerana tempoh penyelesaian panjang dan tiada jaminan mangsamendapat semua modal, orang ramai disaran menghindari daripada terbabitdalam skim pelaburan meragukan, iaitu yang menjanjikan pulangan tinggidi luar jangkaan,” katanya.

Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang syarikatatau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama adamenerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau BNMTELELINKdi talian 1-300-88-5465.

Sementara itu, bagi maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuankewangan, orang ramai dinasihatkan melawat laman Amaran PenipuanKewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 09:09 AM | Show all posts
gud info..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:01 AM | Show all posts
skim cepat kaya untuk si'penipu' tu laaa...
yg lain2 tu yg tolong cepatkan.........
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:41 AM | Show all posts
Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang syarikatatau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama adamenerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau BNMTELELINKdi talian 1-300-88-5465.


melabur ni macam2 ada.... dr yg jenis ada barang, takde brg dan MLM pun ada gak...
jd sebelom bg duit tu kena selidik betul2...
jgn bila dengar org ckp mcm ni

' bang bisnes ni amat baik dan peluang sekali seumur hidup. susah nak dapat lagi. jadi x perlu nak fikir lama2 sebab orang kita ni cuma bersemangat untuk 2 hari je lepas tu x dah x semangat untuk buat bisnes lagi'   

terus terpedaya dengan kata2 tu tanpa berfikir lebih dari dua hari untuk melabur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 12:42 PM | Show all posts
Banyak skim cepat kaya guna nama MLM skrg nih..the best is kita smer kena paham what is TRUE MLM dan skim cepat kaya yg berselindung di sebalik nama MLM!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 03:38 PM | Show all posts
alhamdulillah walaupun zidlan berniaga dan sambil tu buat MLM...
tapi pilih MLM yang ada panel syariah MLM(S)
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058561 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list