CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2732|Reply: 5

Ella, Faizal Menghiburkan [Harian Metro 8.5.2010]

[Copy link]
Post time 8-5-2010 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 8-5-2010 12:32

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

MANTAP dan cukup menghiburkan, itulah yang mampu digambarkan hampir 1,000 penonton apabila buat pertama kalinya gabungan penyanyi rock, Ella dan Faizal Tahir dalam Konsert 2 Zaman NR mendapat pujian ramai dan mendapat sambutan hangat.Kehangatan konsert jelajah di lokasi sulung di Autocity, Juru, Sabtu lalu bukan sahaja cukup strategik buat peminat yang merindui penampilan istimewa penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Rock, Ella di Pulau Mutiara sejak tahun lalu.

Lebih menarik, kehadiran Faizal Tahir atau lebih dikenali sebagai 'Superman Malaysia' di negeri yang digelar 'syurga' makanan ini bukannya yang pertama tetapi hampir empat atau lima kali kunjungannya untuk mengadakan persembahan sejak awal tahun ini.

Dalam konsert jelajah yang dianjurkan MISB Resources Sdn Bhd sempena penjenamaan semula Nona Roguy (NR), turut mempromosikan rangkaian produk NR serta penghargaan kepada pelanggan setia dan peminat kedua-dua bintang tersohor negara ini.

Konsert 2 zaman yang diadakan tepat jam 9 malam hingga 11.30 malam ini turut disertai Along Raja Lawak yang bertindak sebagai pengacara dan diikuti persembahan bakat baru, J Zellyn dan Zila Akademi Fantasia (AF) musim keempat serta penampilan finalis tiru gaya Faizal dan Ella, Farra Noradzlina Safwan, 10 tahun, Syaifaana Mohamed Subri, 24 tahun, dan Mohd Hafizuddin Ali, 22 tahun, yang kesemuanya berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Penampilan Along Raja Lawak sememangnya cukup menghiburkan bukan sahaja sebagai pengacara tetapi berjaya menambat hati penonton dengan persembahan beberapa rangkaian lagu serta lawak jenaka, malah sempat mengusik penonton sehingga tidak kering gusi dibuatnya.

Faizal bukan saja meluahkan kegembiraannya dapat menjayakan konsert ini kerana dapat bertemu lebih dekat lagi dengan peminatnya walaupun aktivitinya cukup sibuk akhir-akhir ini. Mac lalu, Faizal hadir bersama puluhan artis popular di Konsert Hotfm Big Jam di Padang Kota Lama diikuti Autocity, Juru dan Selasa ini di Hotel Hard Rock Penang untuk pelancaran album solo kedua terbarunya, Adrenalin.

Katanya, kolaborasinya bersama penyanyi yang cukup popular sehingga digelar Ratu Rock Malaysia sesuatu yang cukup membanggakan dan amat teruja kerana diberi perhormatan dan kepercayaan seumpama ini.

"Ini peluang keemasan dan rezeki Allah S.W.T yang perlu diambil dan digunakan mana-mana penyanyi bukan sahaja untuk membuat persembahan tetapi menghargai insan istimewa terutama peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama hampir tiga tahun dalam industri dunia hiburan.

"Saya gunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat mereka biarpun masih lagi merasai kepenatan selepas konsert Sabtu lalu diikuti Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) keesokan harinya," katanya.

Faizal berkata, jika dilihat pada minggu ini (lalu), banyak konsert besar diadakan di Kuala Lumpur termasuk Konsert Double Trouble dan lain-lain dan hanya ada satu sahaja konsert di Pulau Pinang dan inilah masanya untuk mereka hadir beramai-ramai menyaksikan konsert jelajah dirinya bersama Ella di sini.

Katanya, sebagai perhargaan terhadap NR dan peminat, rangkaian lagu popularnya, Bencinta, Mahakarya Cinta, Coba, Sampai Syurga dan Gemuruh dihadiahkan buat mereka.

"Saya sendiri tidak perlu membuat persembahan di pentas sahaja dan pastinya akan sama-sama peminat untuk menyanyi bersama-sama agar mereka merasa kelainan dan keunikan konsert 2 zaman ini berbeza daripada yang lain," katanya.

Bagi Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin, inilah kunjungan sulungnya ke pulau mutiara pada tahun ini untuk menjayakan Konsert 2 Zaman. Sebelum ini Ella hanya membuat persembahan sulung dan gabungan bersama Faizal Tahir cukup menghiburkan dan mantap.

"Gabungan seumpama ini cukup unik kerana setiap penonton bukan hanya menyaksikan persembahan artis di pentas tetapi dapat beramah mesra selain membawa pulang hadiah istimewa dari NR secara percuma.

"Saya terharu kerana diberi penghargaan berkongsi pentas dengan penyanyi kesayangan ramai ketika ini, Faizal Tahir. Bagi saya, tidak ada sebarang saingan atau desakan antara dirinya dan Faizal Tahir kerana masing-masing mempunyai kelompok peminat tersendiri dan mereka sendiri akan merasai kejiwaan yang penuh dalam satu pentas yang sama," katanya.

Ella memulakan persembahan dengan lagu Rama-Rama diikuti Dua Insan Bercinta, Kesal, Puisi Hamba dan Jujur dan sempat mengajak peminat menyaksikan persembahannya di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai depan.

Konsert ini cukup unik kerana setiap penonton tidak perlu membeli tiket sebaliknya mereka hanya perlu membeli pakej eksklusif barangan NR yang dijual di kedai NR seluruh Malaysia atau setiap gerai yang dibuka khas di lokasi konsert. Setiap pakej bernilai RM100 mengandungi barangan herba NR dan dua pas menyaksikan konsert.

Selain konsert di Pulau Pinang, peminat daerah Selatan pastikan tidak melepaskan peluang menyaksikan siri konsert yang berlangsung di Danga City Mall, Johor Bahru (8 Mei), Mesra Mall, Kemaman, Terengganu (28 Mei) dan Kota Kinabalu, Sabah (5 Jun).Bagi Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin, inilah kunjungan sulungnya ke pulau mutiara pada tahun ini untuk menjayakan Konsert 2 Zaman. Sebelum ini Ella hanya membuat persembahan sulung dan gabungan bersama Faizal Tahir cukup menghiburkan dan mantap.

"Gabungan seumpama ini cukup unik kerana setiap penonton bukan hanya menyaksikan persembahan artis di pentas tetapi dapat beramah mesra selain membawa pulang hadiah istimewa dari NR secara percuma.

"Saya terharu kerana diberi penghargaan berkongsi pentas dengan penyanyi kesayangan ramai ketika ini, Faizal Tahir. Bagi saya, tidak ada sebarang saingan atau desakan antara dirinya dan Faizal Tahir kerana masing-masing mempunyai kelompok peminat tersendiri dan mereka sendiri akan merasai kejiwaan yang penuh dalam satu pentas yang sama," katanya.

Ella memulakan persembahan dengan lagu Rama-Rama diikuti Dua Insan Bercinta, Kesal, Puisi Hamba dan Jujur dan sempat mengajak peminat menyaksikan persembahannya di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai depan.

Konsert ini cukup unik kerana setiap penonton tidak perlu membeli tiket sebaliknya mereka hanya perlu membeli pakej eksklusif barangan NR yang dijual di kedai NR seluruh Malaysia atau setiap gerai yang dibuka khas di lokasi konsert. Setiap pakej bernilai RM100 mengandungi barangan herba NR dan dua pas menyaksikan konsert.

Selain konsert di Pulau Pinang, peminat daerah Selatan pastikan tidak melepaskan peluang menyaksikan siri konsert yang berlangsung di Danga City Mall, Johor Bahru (8 Mei), Mesra Mall, Kemaman, Terengganu (28 Mei) dan Kota Kinabalu, Sabah (5 Jun).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2010 09:13 PM | Show all posts
wah.... penyanyi kesayangan ramai ketika ini, faizal tahir


dengar kat hot asik ulang dialog FT dengan mbak yuyi

yuyi : 'aku cinta ama faizal tahir'
FT : 'aku juga cinta sama kamu'
bak kata si kieran ...'aku pulak yang jeles ni'
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 03:12 PM | Show all posts
yeayyyy!!!! best nya FT.. tp sape mbak yuyi?..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 03:13 PM | Show all posts
F Tahir mmg the best
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 05:34 PM | Show all posts
yeayyyy!!!! best nya FT.. tp sape mbak yuyi?..
nurul_akmar Post at 10-5-2010 15:12


sorang caller kat hotfm, orang Indonesia, dia kata minat lagu2 FT
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 09:41 PM | Show all posts
saya pun love FT jugak... bkn mbak yuyi aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.092198 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list