|
Gah 1 Berkonsep Fiesta Mymetro & Utusan Malaysia [13/5 - 18/5.2010]
[Copy link]
|
|
Reply 18# santubung
agree with u...kalo nak menang anugerah popular mmg tak dapatlah...at least juri iktiraf bakat ft(cam ajl&aim) |
|
|
|
|
|
|
|
Persembahan Hebat Peserta Selamatkan 'Gah 1'
by Ashraf Abd Manaf | 2 Jun 2010
gua.com
Kalau mahu bercerita tentang kelemahan atau kekurangan program 'Gah 1', memang terlalu banyak yang mahu diperkatakan. Namun apabila melihat usaha serta kerja keras para artis yang mengambil bahagian pada malam tersebut, tidak dinafikan persembahan bertenaga yang disampaikan oleh mereka sedikit sebanyak berjaya menutup 'kecacatan' program tersebut.
Mengimbau persembahan artis yang mengambil bahagian, Faizal Tahir membuka tirai persembahan dengan lagu kegemaran ramai, "Bencinta". Walaupun terpaksa bergegas ke sebuah lagi lokasi selepas itu, ternyata komitmen yang diberikan oleh Faizal wajar dipuji. |
|
|
|
|
|
|
|
suara serak, overimprovised, tapi tetap hebat di mata dan best di telingaku, fanatikkah aku??
washere2 Post at 1-6-2010 22:00
pada aku ... mlm tu FT ok wat mlm tu!!!!
cuma disebabkan audio kt sana yg mencacatkan sikit! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sicomel at 4-6-2010 12:44
Memartabatkan GAH 1
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo
FINAL program pertandingan muzik GAH 1yang diadakan Ahad lepas sudah berakhir dengan lancarnya di Taman Tema Sunway Lagoon.Wajar dipuji usaha RTM kerana berani menyuntik elemen baru dalam program yang selama ini hanya disiarkan di tempat tertutup sejak tujuh musim program itu berlangsung.
Bagaimanapun, umpama rumah sudah siap pahatnya masih berbunyi. Itulah yang berlaku pada pertandingan GAH 1 yang indah khabar dari rupa.
Barisan artis yang menyanyi boleh dikatakan hebat-hebat belaka, namun menilai persembahan mereka malam itu jelas kelihatan mereka tidak memberi persembahan tahap maksimum berbanding persembahan sebelum ini.
Bahkan, Kosmo! difahamkan tidak semua penyanyi dapat melakukan sesi latihan beberapa hari sebelum program yang disiarkan di TV2 itu berlangsung walaupun mereka hadir pada tarikh latihan yang ditetapkan selama dua hari berturut-turut.
Alasan yang diberikan oleh penerbitnya, Sarena Mohd Salleh yang ditemui sejurus program itu berakhir, faktor cuaca menjadi punca utama sesi latihan tidak dapat dijalankan memandangkan pentas program tersebut tidak berbumbung.
"Saya akui untuk program yang disiarkan secara langsung, GAH 1 tidak mempunyai latihan yang cukup kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
"Tentang hal pentas tidak berbumbung itu memang kami telah rancang daripada awal dan mengambil risiko kerana pemandangan persekitaran cantik untuk disiarkan di kaca televisyen.
"Kami juga telah menyediakan beberapa opsyen jika malam final hujan, kami akan memasang bumbung di pentas tetapi Alhamdulillah, cuaca okey jadi kami terus dengan rancangan tanpa meletakkan bumbung di pentas," terangnya.
Selain itu, dua orang pengacaranya E'One dan Eyeja dilihat masih tidak bersedia untuk mengacarakan program berprestij seperti GAH 1.
Skrip dirasakan sangat longgar dan banyak kesalahan bahasa yang terjadi selain pertuturan mereka sungguh membingitkan.
"Pengacara, kami telah memberi mereka garis panduan. E'One merupakan pengacara untuk program mingguan tiga musim berturut-turut, manakala Eyeja pula masih baru. Mungkin mereka dilihat tidak bersedia disebabkan tidak ada sesi latihan yang dibuat untuk mereka," ujar Sarena lagi.
Tidak berakhir di situ, tiadanya penyanyi asal lagu seperti Misha Omar yang digantikan oleh juara Bintang RTM 2009, Erni dan Adam yang digantikan oleh kumpulan Evoke juga mengundang tanda tanya sedangkan dalam promosi yang dijalankan pihak produksi menggunakan penyanyi asal.
Tidakkah itu akan membuatkan penonton yang ingin menyaksikan penyanyi asal kecewa? Malah seolah-olah menunjukkan program GAH 1 tidak dipandang serius oleh penyanyi tempatan.
Balas Serena: "Tentang Misha dan Adam itu pihak kami telah umumkan ketiadaan mereka ketika majlis sidang media sebelum ini.
"Bukan mereka tidak mahu beri komitmen tetapi tarikh final GAH 1 yang sepatutnya diadakan pada bulan Mac telah ditunda kepada bulan Mei menyebabkan Misha dan Adam tidak dapat ikut serta kerana sudah ada komitmen lain. Mereka juga telah memaklumkan hal itu sejak awal lagi.
"Faizal Tahir juga ada showcase di Hard Rock Kuala Lumpur pada malam pertandingan, tetapi disebabkan lokasinya di Kuala Lumpur jadi dia telah minta untuk menjadi penyanyi pertama yang membuat persembahan. Itu sudah menunjukkan komitmennya."
Tambahnya lagi, secara peribadi meskipun banyak kesilapan yang tidak dapat dielakkan berlaku, namun GAH 1 masih boleh dikira antara program yang berjaya.
"Saya mengaku kami perlu banyak belajar lagi, tetapi saya rasa kami sudah cuba yang terbaik dan program ini pun dapat disiarkan secara langsung mengikut waktu yang ditetapkan," tuturnya.
p/s ambik part mana yg berkenaan je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|