CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3087|Reply: 0

EMPAYAR: DENDAM TAMING SARI

[Copy link]
Post time 16-5-2010 02:27 AM | Show all posts |Read mode
Empayar, adalah tajuk kepada sebuah trilogi yang mana sebenarnya adalah Hikayat Hang Tuah yang ditulis semula. Kemungkinan konteks penceritaan dan penghikayatan Hikayat Hang Tuah oleh penulisnya yang sebenar (juga tidak diketahui siapa) adalah penelusan kegusaran dan kekecewaannya terhadap bangsa Melayu. Hikayat Hang Tuah dipenuhi dengan kisah dengki, tamak, penipuan, dendam, korupsi dan ketiadaan maruah diri, seperti membodek dan sebagainya, serta kehilangan jati diri. Ini secara terus menempelak bangsa Melayu itu sendiri, lantas dengan mengorbankan karekter Hang Tuah sebagai mangsa perihal orang Melayu ini, penulisnya cuba untuk menulis dan mewujudkan seorang hero untuk orang Melayu secara tersurat, tetapi yang tersiratnya pula adalah sindiran serta peringatan kepada bangsa Melayu inin sendiri. Namun, kedengkelan bangsa Melayu yang tidak mahu menerima kelemahan dan kebenaran, menjauhkan diri mereka daripada mengakuinya lantas menyembunyikan segala kebenaran dan kelemahan sehinggalah bangsa Melayu ini terus-terusan berperihal sebegitu sehinggalah ke hari ini.

Persoalannya:
1)Siapa penulis skrip yang sebenar filem itu?

2)Kenapa cerita Tun Teja diubah?

Dengan penuh menghormati titik sejarah yang digunapakai, penulisnya   menyelami psikologi karekter-karekter yang terdapat di dalamnya dan seterusnya menelusuri persimpangan yang menemukan karekter-karekter ini lantas terbentuklah titik sejarah yang digunapakai hari ini. Persembahan di luar kotak ini, melihat kepada patriotisme, manipulasi, adat tertib, egalitarian dan actus reus karekter-karekter ini yang memanifestasikan kesetiaan dalam terjemahan, kefahaman dan iktibar masing-masing. Tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh Cinequip atau mana-mana pihak yang cuba untuk menerbitkannya dalam bentuk filem, naskhah ini cenderung kepada sifat manusia yang hakiki dan ego yang tiada mengenal batasan. Ianya bukan kisah Tun Teja yang terpaksa memilih antara Megat Panji Alam atau Hang Tuah, tetapi sebenarnya adalah penceritaan tentang perjalanan Hang Tuah dalam mengenali dirinya sendiri dan penghayatannya tentang keluhuran dalam kesetiaannya untuk siapa, adakah kepada Raja, seorang individu, kepada Melaka, negaranya, kepada Tun Perak,yang dianggap sebagi bapanya atau sebenarnya kepada dirinya sendiri.

Sesiapa yang menulis dan mengubah penceritaan skrip ini, sila tampil ke hadapan untuk tidak mewujudkan kekeliruan terhadap siapa penulis sebenar Empayar: Dendam Taming Sari.
Jangan terlalu taksub dengan penghasilan filem epic dan grandeur dan mempunyai angan-angan yang tiada usaha mencari kefahaman hakiki penceritaan trilogi Empayar, lantas hanya menambah 'afterthought' dan 'penempelan grandeur' yang tidak langsung mengenali dan tidak menghormati erti keseimbangan penceritaan, pembinaan dan juga pembidaan patriotisme yang sememangnya kaya dalam naskhah ini. Lantas terhasillah filem yang standardnya sama dengan filem-filem yang dilabelkan epik sebelum ini.

Fikirkanlah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.047062 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list