CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2391|Reply: 10

Saling Mengagumi

[Copy link]
Post time 20-5-2010 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Saling mengagumi!
Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad

2010/05/20

Datuk Siti Nurhaliza, Yuna dan Remy Ishak berkongsi cerita sambil disaksikan pembaca bertuah ABPBH2009, Nurasyikin Samsudin

JIKA diukur dari segi pengalaman, ternyata ia bagai langit dengan bumi. Seorang sudah jauh berlari manakala yang seorang lagi, masih bertatih dalam dunia seni. Namun persamaan yang dimiliki mereka adalah, kedua-duanya berjaya mengumpul peminat mereka sendiri melalui bakat yang mereka ada. Rasanya bukan lagi satu rahsia bahawa penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza mengagumi bakat baru yang bintangnya semakin menyinar iaitu Yuna.

Sebagaimana Siti meminati dua penyanyi muda yang berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir sehingga sanggup menganjurkan konsert Satu Suara yang menampilkan mereka berdua berkongsi satu pentas di Istana Budaya, begitulah juga minatnya Siti terhadap penyanyi yang memenangi anugerah kategori Artis Wanita Baru Popular sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 yang lalu. Bagi Siti, Yuna adalah bakat baru yang harus diberi perhatian yang sewajarnya kerana dia hadir dengan pakej yang lengkap sebagai seorang artis.“Sekarang ini kalau kita lihat, Yuna bagaikan satu trend masa kini. Dia bukan bukan saja boleh menyanyi tetapi juga mencipta lagu dan lirik sendiri. Walaupun mungkin sebelum ini muziknya pernah dimainkan orang lain tetapi gayanya tetap tersendiri. Dia memberikan nafas baru dalam dunia nyanyian. Bagi Siti Yuna memang unik. Walaupun ramai penyanyi baru muncul, namun Siti lihat dia yang begitu menyerlah.
“Malah, dia juga mempunyai wawasan dalam kerjaya seninya apabila turut memperkembangkan bakatnya hingga ke luar negara. Bukan saja Siti yang mengagumi Yuna tetapi juga suami Siti dan mak mentua Siti. Siti memang suka lagu nyanyiannya yang berjudul Dan Sebenarnya,” ujar Siti ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah ABPBH2009 untuk kategori artis dan pembaca yang berlangsung di Royal Ballroom, Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, petang kelmarin.

Hadir sama untuk memeriahkan acara itu ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, merangkap penaung ABPBH2009, Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH2009, Datuk Dr Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd serta wakil penaja lain seperti Habib Jewels, NazaBikes, Genting Highlands, Slimming Sanctuary, Hotel Palace Of The Golden Horses, Empire Classic Furniture, Nano White, Jakel, Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd, POTO Travel & Tours serta Cosmopolitan.

Dan disebabkan rasa kagum dan minat terhadap Yuna, Siti tidak kisah jika satu hari nanti penyanyi itu mengungguli kategori vokal terbaik dalam mana-mana pertandingan selepas ini.
“Siti tak kisah, tak rasa kecewa atau ralat pun jika Siti tewas dengan Yuna memandangkan dia sememangnya memiliki mutu vokal yang hebat,” katanya.
Siti turut mengundang penyanyi tinggi lampai dan bertudung ini untuk turut sama berkolaborasi dengannya untuk satu program Hari Raya terbitan RTM. Rakaman itu akan dijalankan di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka pada hari Selasa depan.

“Untuk program ini nanti, Siti akan menyanyikan lagu popular Siti serta sebuah lagu raya. Terdapat juga segmen di mana Siti akan menyanyi secara akustik. Selain persembahan solo, Siti juga akan berduet dengan Yuna untuk lagu Dan Sebenarnya. Jadi Siti harap kepada semua peminat yang ingin menyaksikan kolaborasi kami, jangan lupa untuk menyaksikan program ini apabila disiarkan kelak,” kata pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian sebanyak tujuh kali ini.

Pernah nyanyi lagu Siti masa kecil

TIDAK pernah dia membayangkan bahawa dia bakal bertentang mata dengan idola pujaannya selama ini. Jika sebelum ini dia hanya memandang Siti dari jauh, kini penyanyi yang diminatinya sejak kecil itu berada di depan mata. Lebih menggembirakan serta membuat penyanyi ini seolah-olah dalam mimpi adalah apabila Siti turut melamarnya untuk mengadakan persembahan bersamanya.

“Apabila saya menerima lamaran daripada pihak Siti yang mengundang saya untuk bekerjasama dengannya dalam sebuah program Hari Raya, memang saya terkejut sangat. Iyalah, berduet dengan Siti, siapa yang tak terkejut.Ada ramai yang menanti peluang seperti ini dan saya yang terpilih,”kata Yuna yang akan menyampaikan lagu terbarunya dalam program itu nanti.

Pertemuan dengan Siti petang itu turut membongkar rahsia yang membuatkan ramai tidak percaya dengan apa yang diluahkan penyanyi ini.

“Saya memang minat Siti sejak kecil lagi dan saya pernah menyanyikan lagu Siti berjudul Jerat Percintaan ketika usia saya 12 tahun,” cerita Yuna mengimbas kenangan lalu.

Mengenai pembikinan albumnya di luar negara, Yuna berkata dia akan kembali ke Amerika Syarikat pada penghujung Julai depan. Namun sebelum dia bertolak ke negara Uncle Sam itu, Yuna akan menghadiahkan peminatnya dengan sebuah album solo.

“Sebelum ini Yuna hanya mengeluarkan EP. Jadi sebelum Yuna bertolak ke Amerika Syarikat, Yuna mahu meninggalkan sesuatu untuk peminat Yuna. Tak mahulah meninggalkan mereka begitu saja tanpa sebarang album. Buat masa ini, Yuna sedang sibuk di studio untuk rakaman album baru. Mungkin akan ada beberapa lagu sebelum ini yang akan dimuatkan dalam album ini nanti,” kata Yuna yang baru-baru ini meraih empat anugerah sewaktu Anugerah Industri Muzik ke-17, awal bulan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 02:19 PM | Show all posts
Yuna patut buat lagu jazzy sedap2 tuk tok ti
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 02:47 PM | Show all posts
tasaba nak dengar dan sebenarnya versi tokti
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 03:55 PM | Show all posts
bagusla, jgn saling berdengki plak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 04:04 PM | Show all posts
per kata daus watkan umah br utk prog2 raya tokti...ari tu tv9, pastu tv3...rtm pn ada gak..coming soon astro plak...kalo ltk 1 umah kn senang...hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 05:08 PM | Show all posts
program raya ct 4 chanel sekali thn ni..
meriah meriah..
apapun x sabar nak tgk duet ct dgn Yuna, noh hujan, nora n jeffry din..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2010 05:15 PM | Show all posts
x sabar nak dengar yuna untuk tok ti..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 05:32 PM | Show all posts
kita gumbira..org seberang kuar air mata darah tgk tokti...ahahhhaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 01:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 21-5-2010 01:19

Reply 5# graxier06


tak pelah..sekali sekala
dah lame bod kt snih tak meriah tnp thread baru
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 12:08 PM | Show all posts
xsbar nak tunggu raye
stiap channel ader program raye CT...
rumah BBC tuh dah jdik tpak warisan unesco agknyer...berkurun terbiar
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 11:01 PM | Show all posts
Reply 1# nabs

Akhirnya!! Thread yg menarik. Btw, cuba korang check Siti punya wiki, jenuh I rombak, tambah gambar, betul grammar and tambah link2 yg patut. Ok tak, kalau tak ok, bagilah tahum boleh I adjust balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.282393 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list