CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2233|Reply: 4

TEMPE

[Copy link]
Post time 27-5-2010 03:51 PM | Show all posts |Read mode
nice short story from portal ukhwah.com

Doa yg termakbul

Makcik Minah tinggal di sebuah desa di Batu Pahat.
Pekerjaan nya ialah
membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap
hari.Pekerjaannya menjual
tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber
pendapatannya utk menyara
hidup.

Pada satu pagi, seperti biasa, ketika Makcik Minah
sedang bersiap2 untuk
pergi menjual tempenya,tiba tiba Makcik Minah tersedar
yg tempenya yg
dibuat drpd kacang soya hari tu masih belum menjadi,
separuh jadi.

Makcik Minah merasa amat sedih sebab tempe yg masih
belum menjadi pastinya
tidak
akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Sedang
Makcik Minah dalam
kesedihan,tiba-tiba Makcik Minah teringat akan firman
Allah
bermaksud;Allah mampu melakukan perkara2 ajaib, kerana
tiada yg mustahil
bg Allah.

Maka Mak cik Minah pun mengangkat kedua tangannya
sambil berdoa Ya Allah,
aku mohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe.
Amin&.Begitulah doa
rengkas yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Makcik
Minah sangat yakin yg
Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang Makcik
Minah menekan-nekan
bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan Makcik
Minah pun membuka
sikit bungkusan tu untuk menyaksikan keajaiban kacang
soya itu menjadi
tempe.Makcik Minah termenung seketika sebab kacang tu
masih tetap kacang
soya.

Namun Makcik Minah tidak putus asa, sebaliknya Makcik
Minah berfikir
mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah.
Makcik Minah pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya, Allah, aku tahu
bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya
hari ini aku dapat
menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku
mohon agar jadikan lah
kacang soya ku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh
harapan dan debaran
Makcik Minah pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan
tu. Apakah
yang terjadi?...Makcik Minah menjadi hairan apabila
kacang kacang soya????....masih tetap begitu!!.

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu
pasar sudah mula
didatangi ramai orang. Makcik Minah tetap tidak kecewa
atas doanya yang
belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi
Makcik Minah
bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Makcik
Minah berpikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi
semasa perjalanannya
ke pasar. Lalu Makcik Minah pun berangkat ke pasar.
Semua keperluannya
untuk menjual tempe seperti biasanya dibawa
bersama.Sebelum keluar dari
rumah, Makcik Minah sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya
Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan
menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini
buatku, jadikanlah
tempe ini. Amin". Lalu Makcik Minah pun berangkat. Di
sepanjang perjalanan
Makcik Minah tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, cepat cepat Makcik Minah
meletakkan
barang-barangnya. Makcik Minah betul-betul yakin yg
tempenya sekarang
mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar
Makcik Minah pun
membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya
setiap bungkusan yg ada.
Perlahan-lahan Makcik Minah membuka sedikit daun
pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi???......tempenya
benar-benar?...belum menjadi!!!!!

Makcik Minah pun terkesima seketika. Makcik Minah
menarik nafas
dalam-dalam.Makcik Minah sudah mula merasa sedikit
kecewa kepada Allah
kerana doanya tidak dikabulkan. Makcik Minah merasa
Allah tidak adil.
Allah tidak kesihan padanya, inilah satu satunya punca
rezkinya, hasil
jualan tempe.Makcik Minah cuma duduk sahaja tanpa
mempamerkan barang
jualannya sebab Makcik Minah merasakan bahawa tiada
orang yang akan
membeli tempe yg baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin
petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula menipis.

Makcik Minah meninjau-ninjau kawan kawan sesama
penjual tempe, tempe
mereka
sudah hampir habis. Makcik Minah tertunduk lesu
seperti tidak sanggup
menghadapi kenyataan tanpa membawa balik hasil
jualannya hari itu. Namun
jauh di sudut hatinya, Makcik Minah masih menaruh
harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun Makcik
Minah tahu bahawa
pada hari tu Makcik Minah tidak akan dapat pendapatan
langsung, namun
Makcik Minah berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah
berikanlah penyelesaian
terbaik terhadap tempe ku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba Makcik Minah dikejutkan dengan teguran
seorang wanita.

"Makcik Minah!, maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik
ada tak menjual tempe
yang
belum jadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar
ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.Makcik Minah
termenung dan
terpinga-pinga seketika. Makcik Minah terkejut sebab
sejak berpuluh tahun
menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang
belum menjadi. Sebelum Makcik Minah menjawab sapaan
wanita di depannya
itu, cepat-cepat Makcik Minah berdoa di dsalam hatinya
"Ya Allah, saat ini
aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah kacang
soya ini tetap
seperti semula, Amin".
Sebelum Makcik Minah menjawab wanita itu, Makcik Minah
pun membuka sikit
daun penutupnya.Alangkah seronoknya Makcik Minah,
ternyata memang benar
tempenya belum menjadi!. Makcik Minah pun bersorak
riang gumbira dalam
hatinya. "Alhamdulillah", ucapnya.

Wanita itu pun memborong habis semua tempenya yg belum
menjadi itu.
Sebelum
wanita tu pergi, Makcik Minah sempat bertanya wanita
itu, mengapa dia
hendak membeli tempe yang belum jadi. Wanita itu
menerangkan bahwa
anaknya yang kini berada di England teringin makan
tempe dari desa.
Memandangkan tempe itu akan
dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli
tempe yang belum jadi
lagi supaya apabila sampai di England nanti akan
menjadi tempe yang
sempurna. Kalau dikirimkan
tempe yang sudah jadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan
rasanya pun dah kurang sedap.


Iktibar dari cerita ini:

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah
sewaktu berdoa,
padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang
kita perlukan dan apa
yang terbaik utk kita.

Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian
kita sbg hambaNya
yg lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa
yg dipinta.
Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan
rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita.

Marilah kita memperbanyakkan makan tempe utk kesihatan
dan kecergasan.
Banyak kajian menunjukkan anak anak yang sering makan
tempe sejak kecil
mempunyai kecerdasan akal dan kecerdikan minda yang
tinggi. Contohnya
anak si ibu yang sedang belajar di england ni.

Oleh kerana tempe dibuat dari kacang soya, jika tidak
ada tempe,
amalkan
meminum air kacang soya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 06:06 PM | Show all posts
perlu ke resort to fiction to prove Allah knows best?....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 03:22 PM | Show all posts
bace sampai sini ok lagi.

Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian
kita sbg hambaNya
yg lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa
yg dipinta.
Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan
rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita.



masuk part ni aku bantai gelak.
Marilah kita memperbanyakkan makan tempe utk kesihatan
dan kecergasan.
Banyak kajian menunjukkan anak anak yang sering makan
tempe sejak kecil
mempunyai kecerdasan akal dan kecerdikan minda yang
tinggi. Contohnya
anak si ibu yang sedang belajar di england ni.

Oleh kerana tempe dibuat dari kacang soya, jika tidak
ada tempe,
amalkan
meminum air kacang soya.


tetiba pasal khasiat tempeh plak. cite makcik ni kat atas pasal doa & keyakinan pada Allah. last last moral dia pasal khasiat tempeh plak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 06:21 PM | Show all posts
Banyak kajian menunjukkan anak anak yang sering makan
tempe sejak kecil
mempunyai kecerdasan akal dan kecerdikan minda yang
tinggi. Contohnya
anak si ibu yang sedang belajar di england ni.


Lagi satu, cite ni takde pon cakap anak yg belajar di England tu sejak kecil lagi suka makan tempe.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 06:54 PM | Show all posts
mcm lawak la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.052113 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list