View: 1820|Reply: 1
|
ucapkan selamat Hari Wesak kpd penganut Budha. boleh ker?
[Copy link]
|
|
harap tidak bias dlm memberikan hujah2 anda. terimakasih.
http://anwaribrahimblog.com/2010/05/27/selamat-hari-wesak/
Selamat Hari Wesak
Kepada seluruh penganut agama Buddha saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak; hari kelahiran Siddharta Gautama, hari Siddharta memperoleh pencerahan dan hari Siddharta mangkat.
Ketiga-ketiga peristiwa tersebut memberi makna yang besar kepada kepercayaan serta amalan penganut Buddha. Sekitar 2500 tahun lalu, Siddharta yang menjalani permenungan serta keheningan memperoleh pencerahan dan seterusnya mula menyebarkan ajarannya.
Sehingga kini ajarannya merupakan di antara agama yang mempunyai ramai pengikut. Pesan keamanan serta kedamaian ajaran Buddha telah tersebar ke seluruh pelusuk dan telah bertapak sekian lama di negara kita.
Penganut dan ajarannya juga turut mewarnai Nusantara ini dan memberi kesan yang bukan sedikit kepada kebudayaan setempat. Makanya pandangan sempit yang mahu menjerut nafas nurani saling hormat menghormati yang kian lama wujud di negara ini ternyata tidak berjejak kepada kenyataan serta kekayaan sejarah rantau Asia Tenggara.
ANWAR IBRAHIM |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu aku peratikan pemimpin2 Msia ni, janggut mcm islamik. tapi lidah tak segan silu ucap deepavali, wesak, thaipusam bagai.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|