CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7884|Reply: 15

sering di ganggu syaitan ketika tidur

[Copy link]
Post time 10-6-2010 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum forumer sekalian,

Seringkali kita mendengar ade org ketika tidur ditindih oleh sesuatu makhluk ghaib sehingga terasa lemas.
begitu juga yang terjadi pada saya beberapa kali (jarang2) terasa ditindih oleh makhluk ghaib tersebut..
perkara itu terjadi 3tahun lepas..Alhamdulilah saya tidak terkena lagi  sejak dari itu.
Namun baru2 ini saya telah terkena perkara yang sama sebanyak 2 kali. Kali pertama,bila saya tidur meniarap saya tidak ditindih oleh sesuatu
tetapi seluruh badan saya tidak boleh bergerak..tangan dan kaki terasa seperti diikat.nak menjerit tetapi terasa suara sperti tersekat tidak terkeluar kata-kata.yg ade cume laungan dalam hati..
Semalam berlaku hal yang serupa tangan dan kaki sperti diikat dalam hati menjerit 'aku tak nak mati lagi'
(terasa betul banyak dosa dan sedikit amalan)
saya terasa kejadian ni mmg terjadi apabila saya berkeadaan sedih...sebelum tidur sudah membaca Al Quran tetapi tetap di ganggu
buktinya syaitan mudah hampir kepada orang yang lemah
ajal di tangan Tuhan cume saya berdoa mudahan2 saya tidak mati dalam keadaan tidur(mati dalam sesat) tanpa sempat mengucap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 11:05 AM | Show all posts
Secara ringkas amalkan baca ayat Kursi sebelum tidur dan 3 Qul (atau 4 Qul): Surah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-falaq, An-Nas

Baca doa untuk tidur.

Ada lagi yang lebih, tapi yang penting cuba amalkan secara berterusan walaupun tak terlalu banyak.

Faktor tak boleh gerak semasa tidur boleh jadi gangguan Jin atau boleh jadi juga urat tertentu tertindih. Pernah tak kaki berasa kebas bila duduk? Sama juga masa tidur, dalam posisi tertentu badan boleh jadi kebas kerana darah tak sampai ke sesuatu tempat. Oleh itu disarankan tidur ikut Sunnah, yang merupakan cara terbaik untuk elak gangguan secara rohani mahupun secara fizikal.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:26 AM | Show all posts
dari segi perubatan juga, fenomena kena tindih ni dipanggil Sleep paralysis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 01:20 PM | Show all posts
Secara ringkas amalkan baca ayat Kursi sebelum tidur dan 3 Qul (atau 4 Qul): Surah Al-Kafirun, Al-Ik ...Faktor tak boleh gerak semasa tidur boleh jadi gangguan Jin atau boleh jadi juga urat tertentu tertindih. Pernah tak kaki berasa kebas bila duduk? Sama juga masa tidur, dalam posisi tertentu badan boleh jadi kebas kerana darah tak sampai ke sesuatu tempat
mnm77 Post at 10-6-2010 11:05


kebiasaanya jarang terjadi kebas.
allunya ble tjadi pkara mcm ni slpas baca ayat 4 qul @ ayat lain..akan pulih seperti biasa dan saya tersedar seperti biasa.

t,kasih atas nasihat dan saranan mnm77
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 02:36 PM | Show all posts
Surah Yunus:57
"Wahai manusia ! sesungguhnya sudah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu,dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu,dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,serta membawa rahmat bagi orang yang berIman".
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 03:27 PM | Show all posts
tapi kalau dalam dada & jiwa dah penuh setan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2010 09:34 AM | Show all posts
TT..sebelum tidur jangan lupa mengucap 2 kalimah syahadah..
at least kita dah prepare..
wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 12:40 PM | Show all posts
honey, sbb tu kalau tdo aqua cuba utk tak tdo meniarap...
sebaliknya aqua cuba tdo mengiring...
mungkin sbb aqua pernah kena 2thn lepas aqua jd fobia...
aqua pernah kena 3x, tp yg 1st time tu plg teruk...

tambahan bg saranan dari mnm...
my parents ajar amalkan 21x bismillah...
ni kira yg plg ringkas la, tp lg afdal mcm yg mnm bgtau: kursi+ 3 qul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2010 01:08 PM | Show all posts
wahai TT cuba yg nie
amik air sambayang
lepas tu amik sejadah pukul2 atas tilam dgn membaca auzubillah....& bismillah
zikir subhanallah , alhamdullah & allahuakbar 33x
baca 3x alfateha, 1x qursi & 3kul
bila abis tiupkan ditapak tangan sapu kepala,muka & keseluruh anggota badan
selawat 11x
tidur mengiring sebelah kanan - saranan nabi
jgn tidur mengiring sebelah kiri & jauhkan tidur meniarap
isnyallah amat berkesan
bangun pagi xrase penat utk berkerja & sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 03:31 PM | Show all posts
baca 3 qul sampai habis,jgn baca qul qul qul jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 03:36 PM | Show all posts
trima kasih wahai forumer sekalian
sebenarnya teringin juga nak dengar kisah2 forumer yg mengalami keadaan serupa mcm ni
memang terbukti la syaitan amat dekat pada yang lemah dan lalai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 03:37 PM | Show all posts
memang mengakui bile terjadi perkara semacam ni terlupa nak baca ayat2 3 qul dan sebagainya
t,kasih kerana mgingtkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 08:28 PM | Show all posts
hmm, is it really gangguan syaitan, or simply sleep paralysis? ade tak dalam hadith ke meriwayatkan pasal benda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 01:14 AM | Show all posts
salam,
TT saya pun pernah mengalami gangguan macam TT. Pernah sampai mcm kene cekik, Ya Allah waktu tu tuhan je tau, mmg rase ajal memang dh dekat sangat2...mase tu bace je ape yang terlintas..tp kalau dah kene tindih mmg nk keluar suare pn susa giler....padahal sy mmg dah bace ayat kursi & 3 kul tu..tp kn kadang2 makin kuat kene tindih....pastu april lepas, mase sy pergi dgr ceramah agama, ustaz tu ade jual madu, dan minyak kasturi yg khas utk mengelakkan gangguan. Alhamdulillah setakat ni mmg dh x diganggu lg...tp kadang2 ade jugak tp x sekerap dulu...dan gangguan tu pun cm x sekuat dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 09:14 AM | Show all posts
baca 3 qul sampai habis,jgn baca qul qul qul jer
permisi Post at 11-6-2010 15:31



   
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 09:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-6-2010 09:28

Baca 3 qul, doa di hati dengan sekusyuknya agar Allah jauhkan segala bentuk gangguan dari segala makhluknya, kemudian hembus ke tapak tangan lalu sapu ke seluruh badan.... hati kena betul-betul yakin dan khusyuk pada Allah ketika melakukannya ,kerana Allah sesekali takkan menghampakan harapan orang yang mengharap sepenuh-penuhnya pada pertolonganNya  .

Saya buat gitu sebelum nak tidur malam dan ketika lepas sembahyang subuh , Alhamdulillah  mimpi pun tidak ketika tidur , nyenyak dan damainya rasa .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.210096 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list