Post Last Edit by Bill at 11-6-2010 17:46
Perlu ke kita ada sikit perasaan berkeras dan confident dgn diri sendiri/geng2/group kita, sebab saya perhatikan bila kita terlalu baik, berakhlak baik macam orang Muslim yg sejati, mukhlisin ni ada pulak orang yg nak pijak kepala kita. Ni situasi saya yg pernah berada dalam bidang pendidikan, perniagaan, profesional dan sukan, tetap akan ada orang yg nak pijak kepala kita lagi2 dalam bidang yg penuh competitive dan persaingan macam bidang perniagaan/bisnes. Kena ada geng2/group2 sendiri sendiri yg boleh bantu kita kalau ada orang cuba nak pijak kepala hingga sampai tahap sanggup nak buat khianat/mandremkan bisnes kita semata2 sebab persaingan merebut clients, customers, rebut contract, kabel etc...
Ni sedikit situasi dari blog kenalan saya....
Kisah di UM 90-96Rabu, 21 Oktober 2009 20:18 | Ditulis Oleh admin |
banyak kenangan manis dan pahit untuk diceritakan mengenai kisah di UM. Pelbagai karenah dan ragam kawan-kawan jika diingati balik memang melucukan dan memalukan. Tapi itu kisah lama. Kisah anak-anak muda meniti detik manis bergelar pelajar sebuah universiti tersohor di Malaysia. Marzuki (bukan nama sebenar) atau digelar Juki Besi merupakan seorang pelajar yang bijak. Namun dia sukar mengawal kemarahan. Ada saja peristiwa yang melibatkan pergaduhan tercetus. Yang bestnya, kawan-kawan tak peduli apa kes sebenarnya dimana sapa betul atau sapa salah terus je support Juki.Walaupun Juki kepala pada geng ni tapi dia punya study steady. Sekarang dia bergelar IR (engineer) dan bekerja di Timur Tengah. Jemi Puchong, Denan Mamat, Mat Lan, Meji, Tok, Nik Pa, Ashlemy, Idan, Jeli, Fayzak,Sedi Black,Mat Ju Sodok, Sidi, Jai, Epul, Najib dan ramai lagi mempunyai perwatakan tersendiri dan ada kes masing-masing. Mereka semua ni gedebe belaka dan menjadi gedebe seperti mereka berbaloi kerana mereka semua berjaya dalam hidup masing-masing kini. Rasanya seperti baru semalam bersama dengan mereka, ke hulu hilir bersama, belajar bersama-sama dan melalui suka duka bersama. catatan: BCA7184
Mengenai GedebeRabu, 21 Oktober 2009 19:20 | Ditulis Oleh admin |
Perkataan 'Gedebe' adalah dari loghat bahasa Kelantan yang bermaksud berani tanpa rasa gentar. Mungkin dari segi sebutan ianya menjelmakan satu perwatakan ganas. Sebenarnya gedebe bukanlah bermaksud kepada keganasan tetapi lebih kepada jati diri dalam mempertahankan prinsip, tidak takut pada apa halangan dan bersedia untuk berbincang atau bertarung atau bertanding. Namun maksud gedebe ini seringkali digunakan dalam bentuk negatif. Kejahatan, keganasan, samseng adalah imej bagi orang yang gedebe ini. Dalam web ini kawe ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua mengenai pengalaman kawe bersama orang-orang gedebe. |