CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2146|Reply: 1

Cadangan: Biah(perjanjian) bakal suami dan isteri

[Copy link]
Post time 11-6-2010 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh kerana zaman sekarang ini zaman internet tanpa sempadan, zaman yang penuh dugaan dan cobaan untuk alam rumah tangga. Kes cerai semakin menjadi-jadi. Banyak berlaku kes curang dalam rumahtangga. Ini disebabkan banyak faktor pendorong dan kemudahan untuk pergaulan sosial secara maya. Contohnya citchat, mysapace, facebook, yahoo chat, email group dan macam-macam lagi. Pendek kata zaman sekarang amat mencabar, baik dipihak lelaki maupun perempuan. Adakah patut jika diikat janji dahulu sebelum berkahwin, iaitu ikatan janji taat setia. Dengan maksud untuk meneguhkan ikatan perkahwinan serta mendatangkan ketenangan kepada pasangan. Ini sebenarnya cuma idea, jika salah silalah bagi pandangan.

Caranya, bakal suami menanyakan bakal isterinya beberapa soalan dan ikat janji.

Soalan lelaki: Adakah awak benar-benar sanggup menjadi isteri saya? jawabnya YA.
Jika sanggup awak kena janji taat-setia dalam beberapa perkara yang memang sedia ada dalam intitusi rumah tangga.

1. Taat setia kepada suami sampai akhir hayat selagi suami selagi tidak menyuruh kepada perkara yang mungkar.
2. Menjaga kehormatan dan kesucian diri  menjauhkan perkara yang boleh melanggar tatasusila pergaulan dari sudut agama. Contohnya pergaulan bebas dengan lelaki termasuk juga melalui Hand phone, email, internat, dan sebagainya.
3. Dan lain-lain lg ada dalam buku nikah kahwin rujuk sendiri...

Bakal isteri kata YA. Saya sanggup dan berjanji. Pas tu barulah boleh masuk meminang..
Bagi yang dah kahwin boleh juga buat, maklumlah zaman sekarang nie..zaman zina tersebar seperti yang tersebut dalam hadist Nabi tentang keadaan akhir zaman.

Apa pendapat anda semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2010 10:10 AM | Show all posts
Dalam sembahyang manusia bukan main lagi janji untuk taat pada Allah ( solatku, ibadatku,  hidupku dan mati ku hanya kerana Allah aje ) , tup - tup lepas sembahyang ada yang terus gedix sana sini , terang-terang laa hidup bukan kerana Allah tapi kerana nafsu syahwat ......


Lagikan janji pada Allah lima kali seharipun ada manusia buat enteng tak enteng aje, inikan pula suami isteri berjanji sesama sendiri .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.113832 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list