CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: washere2

FT@Konsert Inspirasi TV3 Dataran Merdeka 19 Jun

[Copy link]
Post time 20-6-2010 01:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 20-6-2010 01:37
Reply  santubung

dia kata pasal bad flu...nak miming mulanya (refer twitter)
maybe la flu pasal ...
washere2 Post at 19-6-2010 23:26


sah2 sbb bola
khenn petang tadi dia cakap
lepas rehearsal, ramai2 tgk bola smpai pagi ngan artis2 konsert inspirasi muzik2 & krew
tu yg sore serak!!!!!!

*esok2 buat lagi ya en. pejal tahir!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2010 04:39 PM | Show all posts
tak tgk konsert smlm...
hazab sgt ke???
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 04:41 PM | Show all posts
mana lg hazab?
gah 1 @ konsert smlm???
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 05:09 PM | Show all posts
mana lg hazab?
gah 1 @ konsert smlm???
kru_mania Post at 20-6-2010 16:41


perfomance kat konspirasi BEST dari GAH1
vokal hazab drp GAH1
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 05:23 PM | Show all posts
FT kena do something la. mudah bebeno jatuh sakit. pegi la wat medical check up ke apa ke. check la apa yg kurang, apa yg tak kena. wat detox then ambik supplement yg boleh boost sistem imun. penting tu!!! sibuk show sana sini masa x menentu tido lewat slalu so kena la cari alternatif. at least dpt la kurangkan sedikit sebyk kebarangkalian kekerapan jatuh sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 05:26 PM | Show all posts
Reply 24# santubung

teruk ft kena kutuk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2010 07:08 PM | Show all posts
Reply 25# sicomel

masalahnya mamat tu DEGIL
DEGIL teramat ... susah!!!!!
kan dah kena kutuk (termasuklah aku sbb cakap hazabedah )
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 07:29 PM | Show all posts
Reply 27# santubung

aiyooo.... degil x bertempat!!
ckp sape yg dia dgr? audi? AIO? ayah dia? klu ye, soh dorg pi kasi 'ceramah' skit kt dia!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2010 08:00 PM | Show all posts
Reply 28# sicomel

cakap saper yg dia dengar?
Tok Ti kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 08:11 PM | Show all posts
Reply 29# santubung


tokti lembut sgt la... boleh ke? tp x tau la mungkin dgn kelembutan itu sekeras2 hati boleh cair gitu....
ooppsss.... kang si anim jeles plak kang!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2010 09:46 PM | Show all posts
Reply  santubung


tokti lembut sgt la... boleh ke? tp x tau la mungkin dgn kelembutan itu seker ...
sicomel Post at 20-6-2010 20:11


why not?
setengah orang kalau dengar nasihat dari orang yang dia idolize atau hormat dia rasa segan walau tiada pertalian rapat
orang2 yang dia rapat, sayang kadang2 dia lagi tak heran, tak takut (bukan tak hormat) dia degil macam mana pun orang disayang tetap sayang dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 10:32 PM | Show all posts
sape2 je la janji dia berubah jgn degil teramat sgt dan perubahan tu jgn la hanya sementara saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 10:35 PM | Show all posts
audi, AIO, anim, pak belalang, mak belalang ... semua dia dah tak heran
dorang bagi la 40 bakul nasihat pun
sbb tu aku cakap tok ti ... dia kan hormat giler kat tok ti
tapi msa kat IB tak makan saman gak (tu kata siti la )
adehhhh!!!!! tak tahu la aku saper nak nasihatkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 11:01 PM | Show all posts
nk panggil idola pejal, MJ dgn freddie mercury tp dorg dh takde. panggil steven tyler je la. tak pun johnny depp. tp johnny bkn penyanyi. panggil idola dia yg kt msia ni je la, mnasir & amy search. boleh???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2010 05:07 PM | Show all posts
Pentas gemilang muzik TV3

Oleh Esme Johari Wahab
2010/06/24
mymetro

DEMAM bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010 tidak menghalang 15,000 penonton membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu lalu, menyaksikan Konsert Inspirasi Muzik-Muzik.
Konsert sempena Ulang Tahun ke-26 stesen TV3 itu diserikan persembahan pelbagai artis baru serta lama daripada genre pop rock hingga Irama Malaysia.


Untuk julung kali, konsert menggabungkan Aizat, Adibah Noor, Noraniza, Faizal Tahir serta artis berkumpulan, Hujan dan Bunkface. Lebih menarik, Gersang membuat penampilan semula selepas 20 tahun menyepi. Reunion Gersang membariskan empat anggota asal kecuali gitaris, Kid, digantikan sementara Sham Slam. Penampilan menyemarakkan memori lama sejak kali terakhir tampil di konsert Johor Bahru 1990. Apa yang nyata, aura mereka masih mendapat tempat di hati peminat apabila medley Suara Hati, Sunyi dan Masih Aku Terasa mendapat sorakan gemuruh.


Persembahan yang bersiaran langsung dari jam 9 hingga 10.30 malam turut ditayangkan melalui dua skrin pacak bersaiz besar di padang itu. Suasana diselang seli dengan celoteh spontan trio pengacara, Ally Iskandar serta Cheryl Samad bersama deejay popular Hot FM, Faizal Ismail.


Aizat pantas bermain gitar sambil berdiri membuka persembahan melalui tiga lagu, Kau Aku, Susun Silang Kata, diiringi tayangan video lagu ciptaan Pete Teo, Pergi yang menjulangnya selaku juara Anugerah Juara Lagu (AJL24).


Kata Aizat, konsert Inspirasi Muzik-Muzik tahun 2010 begitu istimewa kerana kali pertama membuat persembahan solo.


“Tahun lalu, saya berduet bersama Faizal Tahir. Apapun, saya gembira dan ucap terima kasih kepada peminat dan TV3 yang banyak memberi perangsang kepada saya untuk terus berkarya.


“Sambutan hebat dan harap konsert diadakan setiap tahun bagi membolehkan lebih ramai artis lama dan baru bergabung,” katanya. Pemenang Anugerah Kembara AIM, Bunkface menghangatkan suasana melalui Revolusi, Extravaganza dan Through My Window. Tribute Francisca Peter serta Search kedengaran melalui lontaran vokal Adibah Noor. Dia menyampaikan Sekadar Di Pinggiran, Menaruh Harapan, Isabella dan Terlalu Istimewa. Tirai persembahan diserikan persembahan beramai-ramai lagu Inspirasi TV3 diberi nafas baru oleh barisan personaliti TV3, antaranya Azwaliza Azman, Yasir Mansor, Karam Singh Walia, Zakiah Anas, Teh Syuhada, Azlee Senario, dan Tabah Syazwan Noraniza tampil berpakaian tradisional mendendangkan Awallah Dondang, Dikir Puteri, Hati Kama, Hatinya Tak Tahan dan Enjut.


Sebaik kumpulan Hujan menyampaikan Kotak Hati, Empayarmu dan Mencari Konklusi, detik ditunggu tiba apabila Man Bai tampil dengan imej berkepala botak pada jam 10.10 malam bersama Sham, Jojet (dram), Acis (Keyboards) dan Man Greng (bass).


Acis berkata, reunion sudah dirancang beberapa tahun lalu.


“Antara sebab kami bergabung semula atas permintaan peminat. Ini konsert pertama Gersang sejak 1990. Banyak kenangan manis bersama peminat apatah lagi terharu lagu kami masih popular hingga sekarang. “Kami akan menghasilkan album baru tidak lama lagi dengan barisan asal,” kata suami kepada Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata, Inspirasi Muzik-Muzik adalah rakaman terima kasih terhadap sokongan orang ramai terhadap stesen itu selama ini.

“Kami hargai penonton yang masih memberikan sokongan kepada TV3 sejak 1 Jun 1984 hingga sekarang. Kami mahu adakan konsert menampilkan artis berkualiti dan diminati ramai, jika boleh setiap tahun,” katanya.


Duta Bebaskan Bumi Palestin (BBP) Faizal Tahir, menutup persembahan dengan menyanyi atas platform khas menyampaikan Adrenalin, Selamat Malam. Selain itu, dia menyanyikan dua lagu keamanan Raja Pop, Michael Jackson, We Are The World dan Heal The World diiringi nyanyian beramai-ramai artis malam itu.


Kemuncak konsert diserikan percikan bunga api serta dentuman mercun menerangi bangunan Sultan Abdul Samad.



p/s: berita harian kata lebih 20,000
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.138341 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list