View: 3337|Reply: 13
|
Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir,Utusan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by washere2 at 17-6-2010 16:43
Emeer mahu duet dengan Faizal TahirOleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
[email protected]
MUNGKIN ada yang masih ingat wajah comel anak muda bernama Emeer yang juga juara rancangan realiti Oo La La.
Walaupun baru berusia 15 tahun, Emeer atau nama sebenarnya Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri telah mengutip banyak pengalaman. Semua itu sebagai bekalan untuk dia bergelar penyanyi terkenal suatu hari nanti.
Bukan setakat Oo La La, Emeer juga pernah menyertai MyStarz LG musim pertama dan pernah tersenarai ke peringkat akhir pertandingan Road To Hollywood untuk menyertai pertandingan World Championship Of Performing Art (WCOPA).
Penyanyi yang masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang ini menyimpan cita-cita menggunung untuk merakamkan lagu duet bersama penyanyi idolanya, Faizal Tahir. Menurut Emeer, kemantapan vokal milik Faizal serta persembahan memukau yang sering dipamerkan oleh ‘Superman’ Melayu itu cukup memikat hatinya.“Semangat yang ditunjukkan oleh abang Faizal sering dijadikan contoh ketika saya menjayakan mana-mana persembahan.“Aura yang dimiliki abang Faizal memang hebat dan dia memang penyanyi lelaki terbaik setakat ini,” jelas Emeer mengenai penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Sampai Syurga itu.
Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Emeer kini muncul dengan album mini terbarunya yang memuatkan dua buah lagu iaitu, Aku Tak Bisa Lagi dan Indah Pelangi Cinta.
Kata Emeer, kedua-dua buah lagu itu cukup sesuai dengan suaranya dan mampu untuk membina jenama Emeer agar dikenali ramai.
Lagu Indah Pelangi merupakan sebuah lagu balada yang dicipta sepenuhnya oleh Adnan Abu Hassan sementara Aku Tak Bisa Lagi oleh Faris Zailani.
Dalam pada itu, Emeer memberitahu, dia bakal muncul dengan album sulungnya yang akan memuatkan lima buah lagu terbitan FG Music & Film Sdn. Bhd. pada penghujung Julai ini.
“Saya mahu buktikan saya bukanlah penyanyi tempelan sebaliknya saya serius ingin bergelar penyanyi,” katanya penuh yakin.
Menurutnya, dia sanggup mengorbankan usia mudanya untuk bergelar artis rakaman dan album tersebut akan diedarkan oleh Sony Music.
saja letak pasal nama FT dlm tajuk |
|
|
|
|
|
|
|
artikel ini bermungkinan dibaca hanya kerana tajuknya |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak tanya, Emeer who? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# cik.panda
yela..bru nk nanya..who's emeer act?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cik.panda
yela..bru nk nanya..who's emeer act??
miss_melrose Post at 17-6-2010 22:51
cuma nak tumpang glemer FT je |
|
|
|
|
|
|
|
..emeer tue masa my starz lg, peserta paling muda, if xsilap aku lah umur 12 tahun,
masa tue jugak dia tersenarai dalm finalist idola kecik, last2 dia pilih masuk my starz lg..
..masa tue dia suka nyanyi lagu tiada lagi tangisan... |
|
|
|
|
|
|
|
comey budak ni. kt tom tom bak pun dia ada dijemput nyanyi. |
|
|
|
|
|
|
|
datuk siti suka kat budak tu
(masa tu dia jadi juri ... peserta fav datuk siti ialah eemer & badri) |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni nk pmr tahun ni kan...rajin masuk pertandingan nyanyi2...
udah2 la tuh...concentrate duluk pd studi..lepas abes studi nyanyi ler sampai lebam |
|
|
|
|
|
|
| |
|