CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 1

Tanggungjawab sosial Faizal Tahir,Utusan

[Copy link]
Post time 22-6-2010 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 22-6-2010 19:39

Tanggungjawab sosial Faizal TahirOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar RASHID MAHFOF

AHMAD Shabery Chik (tengah)dan Farid Ridzuan (empat dari kanan) bersama barisan artis sempenasambutan ke-26 tahun TV3 dan pelancaran kempen Bebaskan Bumi Palestinpada program Wanita Hari Ini yang berlangsung di Sri Pentas, Damansarabaru-baru ini.

PENYANYI terkenal ini memang cukup gah namanya di arena hiburan tempatan. Jika diukur dari sudut populariti, tidak dinafikan Faizal Tahir mempunyai pengikut yang tidak kurang ramainya.
Mungkin atas alasan itu pelantun lagu Sampai Syurga itu diberikepercayaan oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) denganmelantiknya sebagai duta bagi kempen kemanusiaan, Bebaskan BumiPalestin baru-baru ini.
Pelancaran kempen yang dianjurkan bersempena ulang tahun penubuhanke-26 stesen swasta itu disiarkan secara langsung menerusi program bualbicara, Wanita Hari Ini (WHI) baru-baru ini dan dihadiri oleh MenteriBelia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chik.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.
Kempen Bebaskan Bumi Palestin tercetus berikutan isu kekejaman rejimIsrael ke atas kru dan penumpang sukarelawan kapal Mavi Marmara yangmendapat perhatian ramai pihak pada penghujung Mei lalu.
Menurut Farid, pergolakan yang berlaku di Palestin dan Gaza yangsemakin meruncing membangkitkan rasa prihatin TV3 untuk melaksanakantanggungjawab sosial dengan menganjurkan kempen tersebut.Sepanjang kempen tersebut, klip video dua versi berdurasi 30 saatdan 1 minit dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bakal dihasilkan.Bagi Faizal, pelantikan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat di samping menyuarakan pendapat serta memupuk nilai keprihatinan di kalangan masyarakat.
Tidak menyangka terpilih sebagai individu yang dipertanggungjawabkandalam menyampaikan misi keamanan, jelas Faizal, berkemungkinan inimerupakan salah satu usaha terbaik dalam meringankan bebanan masyarakat Palestin - Gaza dalam bentuk motivasi.
Sedih mengenangkan nasib yang menimpa penduduk Palestin - Gaza, kataFaizal, kebanyakan bentuk bantuan yang cuba diberikan menemui jalanbuntu untuk disalurkan kepada mereka.
“Saya agak terkejut kerana diberi peranan yang saya kira agak beratjuga. Sebelum ini, saya memang mengikuti perkembangan tentang Palestindan Gaza serta banyak berbincang dengan peminat di laman sosialFacebook.
“Bila diberi peluang sebegini saya rasa ini salah satu medan terbaikbuat saya menyampaikan mesej-mesej kepada seluruh rakyat di negara ini.
“Sebagai public figure, selagi orang kenal saya selagi itulah sayaakan cuba menyempurnakan tanggungjawab untuk membantu dan saya berharapseluruh rakyat Malaysia menyokong kempen ini,” kata Faizal.
Tersentuh
Sebagai orang seni, akui Faizal, dia mempunyai jiwa yang halus malah ada ketikanya dia cukup mudah tersentuh.
Oleh itu, setiap kali membaca laporan mengenai keganasan yangberlaku di Palestin - Gaza hatinya meruntun sehingga ada ketika airmata lelakinya tidak mampu ditahan.
“Saya menangis kerana saya memang sentiasa mengikuti perkembangantentang rakyat di Palestin dan Gaza dan daripada berita-berita yangsaya baca boleh dikatakan kesemuanya begitu menyedihkan.
“Setiap hari memang saya melayari Internet untuk mengetahui tentang berita-berita terkini yang berlaku.
“Saya ingin memberi apa saja bantuan yang boleh. Kalau bukan dari segi wang ringgit mungkin dari segi suara,” kata Faizal.
Menurut Farid, dalam menjayakan misi tersebut tentu sahaja pihaknya memerlukan seorang ikon atau personaliti yang boleh diangkat sebagai simbol keamanan.Oleh itu mereka telah sebulat suara mencadangkan Faizal Tahir sebagai duta bagi kempen tersebut.Tambah Farid, pihaknya yakin dengan pemilihan Faizal sebagai tunggakkempen tersebut memandangkan beliau mempunyai kelebihan serta aura tersendiri terutamanya dalam menyampaikan mesej-mesej penting kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kempen ini tidak melibatkan apa-apa sumbangan ataupun kutipan dermadaripada orang ramai kerana ia dijalankan semata-mata inginmenyampaikan mesej murni serta menimbulkan kesedaran kepada masyarakatterutamanya dalam mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa rakyatPalestin.
“Oleh yang demikian, setiap kali penonton menonton klip yangdihasilkan secara tidak langsung akan memberi peringatan kepada merekaterhadap kesengsaraan dan kesusahan yang dilalui oleh umat Islam yangtertindas,” kata Farid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 09:22 PM | Show all posts
FT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.818111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list