CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Pr|nCeSS^M|cKeY

Amalan diwaktu haid

[Copy link]
Post time 27-6-2010 05:39 PM | Show all posts
Reply 20# putris

kt Ust time period la kita mudah diganggu ikut sains pun ms period ni emosi x stabil etc etc smpi kan Lorena bobbit terlps Dari hukuman kerana memotong anu suamimya base on reason temporary insanity he he

jd Jin setan mudah menghasut ms ni seharusnya kita sentiasa Ada pendinding dari semua ni disetiap ketika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2010 05:42 PM | Show all posts
Reply 15# bintang
memang dlm buku zikir tu ada dua je tp akak jumpa kat YouTube sheikh masyari yg bc lg pendek. Ada byk yg dia skip
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 05:42 PM | Show all posts
Reply  sunsuria3


    tq sun, hari ni baru saya tahu time period bole baca surah mathurat. Mema ...
putris Post at 27-6-2010 16:59



Salam putris...

Boleh pegang, baca quran dalan haid... rasanya pernah ada tred yang bincang pasal ni...

Bintang pendekkan sebab tak larat nak menaip panjang...

Yang kotor hanya darah haid, bukan pompuan yang mengalami haid. So tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berzikir/berfikir/menghafal tidak terlibat dengan kotoran haid.

Ketika Nabi saw sedang beriktikaf, Baginda saw meminta daripada Aisyah kain sarungnya.  Aisyah keberatan untuk memberi, kerana dia sedang haid. Lalu Nabi saw berkata, "kamu tidak haid di tangan kamu".

Wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang terlarang ketika haid ialah solat, puasa dan tawaf.


Dr Qardawi dalam Fiqh Taharahnya turut menyebut bolehnya wanita haid membaca al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 05:46 PM | Show all posts
Reply  bintang
memang dlm buku zikir tu ada dua je tp akak jumpa kat YouTube sheikh masyari yg bc  ...
sunsuria3 Post at 27-6-2010 17:42



    Betul jek kak... kita leh jek pendekkan atau panjangkan lagi bacaan quran dalam tu... takde masalah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:13 PM | Show all posts
aku nk bgtau korang bahawe .. MASA HAID MEMG BULEH DAN BULEH BACE ALQURAN.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:17 PM | Show all posts
Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). [b]Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.


2.   Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]

Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2010 08:44 AM | Show all posts
BANTUAN...nak confirm sekali lg.Ada kata bole pegang n baca Al Quran. Ada pendpt kata x bole masa haid pegang n baca Al Quran. hanya zikir bole.. tolong yg arif..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:50 AM | Show all posts
Reply 23# bintang
kami buat kursus haji dlm masjid.

haritu pasal bab wanita...
kebetulan ustazah uzur.
so, lokasi kursus pindah ke surau.

err...kalau boleh berurusan dlmm masjid, kenapa ustazah tu pindah lokasi...?

dan ustazah  bgtau...ayat2 alquran yg dh jadi doa amalan bole baca taim period....cth ayat 3 qul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 04:52 PM | Show all posts
Reply  bintang
kami buat kursus haji dlm masjid.

haritu pasal bab wanita...
kebetulan ustazah  ...
Mas916 Post at 28-6-2010 10:50


Betul betul tak larat mas, untuk bintang menaip panjang menerangkan kekeliruan mas dalam hal ni... bintang sedar umumnya malaysia pengamal Syafieyyah.. padangan ustazah mas adalah satu qaul dari mazhad syafie (bukan pendapat Al Imam Syafie).

Bintang cuba goegle dan hasilnya link ni yang banyak dalil... jika mas masih belum faham dan ragu, insyaAllah pada kesempatan yang lain bintang akan jelaskan.

http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg22139.html
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 1.879974 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list