View: 3042|Reply: 12
|
Perancangan Ramadhan, Syawal CT & konsert Satu di Singapura
[Copy link]
|
|
Sebenarnya kalau nak bercerita mengenai bulan Ramadhan dan Syawal, mungkin masih terlalu awal. Namun oleh kerana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza bakal bercuti panjang, persoalan mengenai perkara tersebut segera diajukan. Maklumlah, peminat pastinya mahu mengetahui tentang perancangan menyambut bulan puasa dan lebaran penyanyi kesayangan ramai itu.
Menurut Siti, pada bulan Ramadhan tahun ini, dia sekali lagi akan melakukan ibadah umrah bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K. Siti memberitahu mereka akan ke Tanah Suci pada penghujung bulan Ramadhan sebelum pulang ke tanahair untuk menyambut kedatangan Syawal. Walau bagaimanapun, sehingga kini tarikhnya masih belum ditetapkan.
"Tahun lepas saya dan suami berhari raya di Kuala Lipis, Pahang. Jadi pada tahun ini saya akan berhari raya di Kedah pula. Selepas beberapa hari barulah saya akan pulang berhari raya di Kuala Lipis.
"Pada masa itu, barulah saya akan mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara ayah dan kaum keluarga. Seperti tahun-tahun yang lalu, sambutan hari raya akan disambut secara sederhana sahaja.
"Malah sehingga kini belum ada perancangan untuk mengadakan rumah terbuka atau sebagainya kerana terlalu awal. Cuma pada tahun ini, ulangtahun perkahwinan kami yang keempat jatuh pada bulan Ramadhan. Rasa macam terlalu pantas masa berlalu.
"Oleh sebab itu, mungkin kami akan mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan keluarga dan teman-teman. Namun belum ada sebarang perancangan lagi," ujar Siti yang kini sedang sibuk mempromosikan produk kecantikannya yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia, SimplySiti.
Untuk merealisasikan segala perancangannya, penyanyi yang popular dengan lagu "Purnama Merindu" dan "Nirmala" itu mengambil kesempatan untuk menyelesaikan kesemua program rakaman raya yang melibatkannya sebelum bulan Ramadhan lagi.
Katanya, pada bulan Ramadhan dia mahu berehat sambil mendekatkan diri dengan Allah. Apatah lagi sepanjang tahun ini dia sentiasa 'ligat' dengan pelbagai program dan kegiatan seni.
"Rasanya kalau siapkan semua rakaman program raya pastinya lebih mudah. Pada tahun ini saya sudah siapkan empat program raya iaitu untuk RTM, TV9, TV3 dan Astro. Kesemua program menampilkan konsep yang berbeza dan saya berharap peminat akan berpuas hati dan menyukainya," jelasnya.
Bawa konsert Satu ke Singapura
Selepas berjaya mengadakan konsert Satu di Istana Budaya, Siti kini merancang untuk membawa konsert tersebut ke Singapura. Katanya, pihaknya sedang membuat beberapa siri perbincangan agar perancangan tersebut berjaya direalisasikan.
"Ramai yang memuji konsert tersebut. Apatah lagi saya turut membabitkan penyanyi muda berbakat besar iaitu Faizal Tahir dan Aizat. Namun untuk membawa konsert Satu ke Singapura bukanlah satu kerja mudah.
"Banyak faktor yang perlu diambil kira termasuklah dari aspek penaja. Pada saya badan-badan korporat yang selama ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada penyanyi-penyanyi luar negara, apa salahnya memberikan sedikit perhatian kepada artis Malaysia.
"Tak dapat taja banyak, sikit pun jadilah. Sebelum ini pun saya pernah mengadakan beberapa konsert menggunakan duit sendiri serta duit penaja, dan saya rasa dengan menaja konsert artis-artis tempatan, ia juga memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada mereka," katanya yang agak kesal dengan situasi tersebut.
-gua |
|
|
|
|
|
|
|
best lah rakyat singapura!!.. huhu.. x sangka ct pun susah nak dpt tajaan.. teruk betul bdn2 korporat ni. taja org luar je. |
|
|
|
|
|
|
|
smua cenel tv dok berebut amik ct ekk...mau kasi itu rating tinggi melambung ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ct...ct...sekali misai berubah....sekali tu juga janggul ko berubah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni pun siti yg plg menyerlah... mmg thn ct.. |
|
|
|
|
|
|
|
konsert satu ke konsert satu suara?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# rotibusuk
satu suara kan? sejak dua tiga menjak ni, banyak konsert siti nombor-based, satu, seribu... hu3!! bilanya satu nak kuar dvd ni!!! |
|
|
|
|
|
|
|
yg klua dvd tuh konsert satu suara kalo x silap.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 tahun channel2 tv ada cita2 yg best tp tiap2 tahun jugak rasanya2 raya ke 3 baru dpt nengok programme raya kat tv |
|
|
|
|
|
|
|
kan??
maklumla...raya 1 n2 ni slalunya sedare mare berkerumun nak tgk mcm rancangan..melepas nak tgk ct.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya siti.... suka2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|