CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5946|Reply: 5

Mandulkan Kucing-hukumnya

[Copy link]
Post time 2-7-2010 11:51 AM | Show all posts |Read mode
aku  nak tanya pendapat dari sudut hukum hakam agama...

apa hukumnya mengkasi kan kucing dgn matlamat tak nak bagi dia beranak.. sbb tak nak jaga banyak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 07:28 PM | Show all posts
arnab2 saya lepas beranak, sume kena kasi sbb takut banyak anak.kalau dah ada baby2 nanti sayang pulak nak bagi kat orang lain, rasa nak jaga semuanya tapi tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:21 PM | Show all posts
aku  nak tanya pendapat dari sudut hukum hakam agama...

apa hukumnya mengkasi kan kucing dgn matl ...
tuahayam Post at 2-7-2010 11:51



    hukumnya HARUS
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:23 PM | Show all posts
banyak info yang boleh refer pasal hukum kembiri ni  
juz paste dari satu blog:

http://dearcats.blogspot.com/200 ... l-kucing-dalam.html









[size=130%]Secara am, HARUS mengkasi apabila proses tersebut membawa kebaikan yang lebih  kepada haiwan tersebut.

Antaranya :-

1. Mengkasi dapat menghindarkan haiwan peliharaan daripada penyakit, garang,  kencing merata-rata. spray, buang air merata-rata dan stress apabila tiada haiwan  betina.

2. Mengkasi di HARUSkan apabila kita dapat mengelakkan masalah apabila haiwan  tersebut tidak di kasi. seperti, beranak-pinak sehingga kita tidak mampu  menjaganya dan terpaksa membuang haiwan tersebut, apabila kita tidak tahu  menjaga haiwan tersebut apabila ia melahirkan anak.

3. Menjual haiwan yang dikasi diHARUSkan apabila kita tidak dapat mempastikan  bahawa pembeli haiwan tersebut tahu akan masalah-masalah yang akan wujud apabila  haiwan tersebut tidak dikasi dan bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin  wujud sekiranya haiwan tersebut tidak dikasi.

4. Mengkasi dibolehkan apabila kita tidak mengetahui asal-usul dan tahap  kesihatan haiwan tersebut yang mana ia boleh memberi masalah apabila haiwan  tersebut dibiakkan.

5.Didalam peraturan pertandingan iaitu kucing tertentu mestilah di NEUTER atau  SPAY. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan kucing tersebut digunakan untuk  tujuan yang kurang baik seperti membiakkan secara terlampau tanpa mengira  kesihatan kucing tersebut dan keraguan keatas genetik kucing.Apabila timbul  keraguan, dan jika pilihan terbaik ialah meletakkan syarat tersebut maka ianya  dibolehkan.




  
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:24 PM | Show all posts
koleksi soal jawab agama:
http://soaljawab.wordpress.com/page/107/

Assalamu’alaikum wbt ,

Mak-ayah saya minat kepada membela kucing. saya juga minat gok kucing kucing nih, tapi masalahnye mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk ( InsyaAllah ada pemilik kucing paham) Soalan saya, adakah boleh ??kerana ada juga Ustaz saya kaki kucing gak, dia kata boleh tapi dengan syarat menjaganya sebaik baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.

terima kasih.

jawapan:

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم

{ بسم الله الرحمن الرحيم }

(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing .

Alhamdulillah – dengan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Ta’ala , maka inilah jawapannya :

Kasi = Kembiri = Castration = خصاء

SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi – tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya . Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten , khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ) . Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus , kecuali pada KUDA , kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

MASALAH MENGEMBIRI KUCING :

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .

Manakala menurut riwayat lain pula , ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan . Maka dengan perbuatan itu , melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.

Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang , supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin . Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan detail di hadapan Tuhan Yang Maha Adil , Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak .

Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut . Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.

Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan , jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita .

Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia , yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini .

Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni (rh)

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

al-ahkam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2010 09:44 AM | Show all posts
ok.. thanks.. barulah tak ragu-ragu lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.647461 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list