|
Post Last Edit by washere2 at 17-7-2010 22:54
Impian besar Faizal Oleh Esme Johari Wahab
[email protected]
2010/07/17
JIKA ditanya kepada Faizal Tahir,artis adalah tumpuan masyarakat yang akan sentiasa dinilai sampaibila-bila. Baginya, berbuat baik tahap mana pun, masih ada yang tidakberpuas hati. Penyanyi lagu Selamat Malam, Bencinta dan Sampai Syurga itu antaraartis kerap menjadi bahan kritikan dan dari situ, banyak belajarkesilapan lalu.
"pada tahap sekarang, saya lebih matang dan tahu apa perlu dan tidak. Bagisaya, cabaran menjadi artis besar. Jika tidak pandai membawa diri ataumenimbangkan teguran orang lain, sukar maju.
"Sepanjangbergelar artis sejak empat tahun lalu, bermacam-macam cerita kurangsedap didengar dilemparkan. Antaranya menunjukkan contoh kurang baikterhadap golongan muda dengan imej negatif. Ada yang kata menyalak ataspentas. "paling teruk, ada pihak mengatakan rumah tangga saya goyah,membuatkan saya seperti terkena satu tamparan walaupun tahu ia tidakbenar. "Sejak membuat kerja amal serta menerima hukuman pengharamangara-gara membuka baju dan tali pinggang sewaktu konsert 2008, sayarasa mesej disampaikan jelas iaitu ramai pihak memberi perhatian.
"Sejakitu, saya hanya terfikir ia berlaku akibat pengaruh membesarmenyaksikan konsert rock. Semua tinggal sejarah dan sekarang lebihmatang dan bersedia dengan sepak terajang industri bagi meningkatkankarier nyanyian," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Faizalyang berada dalam aliran rock dan balada melalui dua album,Aku.Kamu.Muzik dan Adrenalin di bawah naungan Monkey Bone Records,boleh bermain gitar dan juga menulis lagu serta mengacara melaluiprogram MyStarz LG (? ) musim pertama dan kedua. Malah, bapa kepada tigaanak ini turut menyanyi lagu tema Satu Malaysia Kita (1Malaysia). Bulanlalu, penyanyi berusia 31 tahun ini dilantik selaku Duta Bebaskan BumiPalestin (BBP) oleh rangkaian televisyen TV3.
Semangat tinggidan tidak pernah mahu mengalah, membolehkan penyanyi kelahiran Selangorini merangkul pelbagai anugerah muzik industri tempatan.
Tahunlalu, lagu Sampai Syurga membolehkannya meraih tiga kategori padaAnugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) untuk Persembahan Terbaik, VokalTerbaik dan Balada Terbaik. Pencapaian terbesarnya adalah meraih empatkategori pada Anugerah Industri Muzik (AIM) dalam kategori PersembahanVokal Terbaik (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik(Aku.Muzik.Kamu) dan Album Terbaik (Aku.Muzik.Kamu) Faizal berkata,pencapaian diraih membuatnya lebih waspada terhadap definisi artispopular dimiliki.
"Saya tidak pernah anggap diri saya terbaikdan paling popular. Apa yang saya mahukan adalah kepuasan dicapaisebagai penghibur. Impian terbesar saya selepas ini menjayakan konsertsolo dan rasa masanya sudah tiba menjayakannya. "Saya sebelum ini tidakmenyuarakannya kerana kurang yakin untuk melakukannya. Masalahsekarang, apakah orang sanggup bayar atau tidak? Ini kerana merekasering disajikan dengan konsert percuma yang kadangkala membuatkan sayaterfikir apakah nilai sebenar seseorang artis.
"Apapun, sayamahukan konsert sebagai simbolik membalas jasa peminat yang setiamenyokong hingga ke tahap sekarang. Cerita perjalanan kejayaan setakatini boleh dibanggakan. Saya harap pencapaian sekarang diperbaiki padamasa depan. Paling penting, saya harap peminat gembira dengan karyasaya," katanya.
|
|