CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3553|Reply: 19

Sejarah European Union

[Copy link]
Post time 21-7-2010 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Aku dok tengah belajaq menatang ni dalam bagian sosial sains. Bagi membalas jasa stengah foromer2 yang bek ati ajaq secara tak langsung kat aku stengah bidang-bidang depa. Aku pong kongsi la skit untuk pengetahuan bersama n senang aku nak bukak balik wat nota preksa pasai ada simpanan kat postings cari. hahaha...

Idea mula nak menyatukan Europa ni tercetus drpd impian ahli falsafah n orang-orang yang ada wawasan. Salah seorangd aripada depa adalah Victor Hugo, selalu dok imiginasi ada "Negeri-negeri bersatu Europa" yang diinspirasikan oleh ciri-ciri kemanusiaan. Sebab apa adanya impian laguni? Sebabnya terpecah dua perang yang dasat di rantau tersebut yang menyebabkan kerosakan teruk kepada benua tu dalam suku pertama abad ke-20 M.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2010 04:07 PM | Show all posts
Kesan drpd Perang Dunia Ke-II, orang-orang yang dok berfahaman Totalitarian masa zaman perang mula jadi terbukak skit n berhenti musuh n perlumbaan di Europa untuk bagi peluang kat keamanan wujud antara negara-negara bekas musoh.

Antara tahon 1945 sampai 1950, ramai jugak ketua-ketua negara yang cuba nak pujuk orang-orang depa bagi masuk ke zaman baru. Antara depa yang dok pujuk orang ramai adalah macam Konrad Adenauer, Alcide de Gasperi, Robert Schuman, n Winston Churchill. Jadi lepas tu akan wujud la satu aturan dunia baru di Europa sebelah Barat yang berdasarkan pada kebajikan rakyat, n negara-negara yang dikongsi bersama. Benda ni pada masa-masa lagi ke depan lak akan membawa kepada perjanjian bersama yang ditandatangani bagi menjamin kesaksamaan antara negara n penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan mengikut secara patutnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 04:27 PM | Show all posts
Perjanjian Besi n Arang Batu Europa

Benda ni sebenarnya rentetan yang akan bawak benua Europa kepada EU. Ikot bahasa Inggeris, benda ni dipanggil sebagai European Coal and Steel Community atau ECSC. Benda ni mari dr idea Robert Schuman n Jean Monnet. 9 hb Mei 1950, Robert Schuman bawak idea asal dr Jean Monnet ni bagi mewujudkan ECSC. Dalam negara-negara macam Jerman n Perancis yang selalu dok perang sama sniri sebab dok berebut sumber arang batu n besi, benda ni sangat la penting.

Negara-negara yang tandatangan perjanjian ni akan kongsi sumber arang batu n besi bawah satu kuasa yang mengawasi depa secara bersama. Pengawasan ni dibuat oleh Pihak Berkuasa Tertinggi. Jadi, secara praktikal n simbolik dia, bahan-bahan mentah ni diubah menjadi alat yang membawa kepada keamanan dan perdamaian.

Usaha yang dijalankan ni sebenarnya berjaya. Benda ni menjadi satu permulaan pulak kepada kerjasama baik lebih daripada setengah abad antara negara-negara yang menjadi ahli dalam Masyarakat Europa (EC).

Melalui Perjanjian Maastricht, tahun 1992, institusi Masyarakat ni diperkukuh n ada lebih banyak tanggungjawab dalam masyarakat Europa. Lepas tu baru tertubuhnya European Union, atau Kesatuan Europa.

Kesatuan Europa bekerja keras cuba nak menyatukan negara Jerman lepas keruntuhan tembok Berlin sekitar tahon 1989. Bila empayar Soviet jatoh tahon 1991, negara-negara Europe Tengah n Timur yang duduk selama beberapa dekad bawah tekanan perintah kuku besi akibat Perjanjian Warsaw mula jugak buat keputusan bahawa masa depan negara depa terletak kepada penyertaan depa dalam keluarga negara-negara demokrati Europa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 05:52 PM | Show all posts
Jean Monnet




Robert Schuman


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 06:10 PM | Show all posts
Isu Keselamatan Kesatuan Europa

Selingan skit pasai isu dalam EU, dalam kurun ke-21, penduduk dan negara-negara Europa kena berdepan dengan isu keselamatan. Benda cam ni bagi depa tak buleh diambik mudah. Tiap-tiap langkah baru bagi memajukan dunia bukan saja mai dengan peluang-peluang tapi jugak risiko. Makanya Kesatuan Europa pong kena amik langkah yang berkesan bagi menjamin keselamatan n kemanan 15 negara anggota depa (waktu awalnya).

Selain daripada tu Kesatuan Europa pon kena kerjasama erat dengan rantau lain di luar sempadan kawasan depa macam Afrika Utara, negara2 Balkan, Timur Tengah, n rantau Kaukasus. Tragedi tragik 11 September 2001 kat NY n Washington pon menyebabkan ramai orang sedaq bahawa betapa lemahnya semua orang apabila kefanatikan n semangat nak membalas dendam dok membara-bara bermaharajalela.

Institusi EU sebenarnya merupakan jantung kepada kejayaan rantau Europa dalam membangun dan menjalankan sistem yang direalisasikan terus serta membawa keamanan yang berpanjang di sebahagian besaq rantau dalam bumi ni. Walau genapong, EU kena jugak melindungi kepentingan strategik serta ketenteraan depa dengan kerjasama bersama dengan sekutu-sekutu terutamanya sekutu-sekutu NATO. Depa jugak ada membuat dasar keselamatan n pertahanan Europa, depa panggil European security and defence policy (ESDP).

Keselamatan dalam n luaq depa merupakan dua bahagian yang sebenaqnya berkaitan rapat. Lain kata, EU kena lawan dengan keganasan serta jenayah terancang. Makna dia semua polis-polis kat dalam negara ahli EU kena kerjasama.

Cabaran utama depa adalah nak menjadikan EU sebagai satu rantau yang bebas, selamat, n berkeadilan yang mana tiap2 warga dalam EU akan dapat keadilan yang saksama dilindungi undang-undang. Untuk mencapai benda ni, kerajaan-kerajaan dalam EU akan bagi kerjasama rapat dengan badan macam Europol (Jabatan Polis Europa). Europol lak kena mainkan peranan yang aktif n telus la sama kerajaan-kerajaan depa.

bab keadilan ni, brainstorming skit kat kes pompuan Mesir kat Jerman tu aku dok pening lagi, adakah sebab orang tu bukan warga dia maka depa pon tak prosecute menatang anak haram yang tikam pompuan mengandung tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 08:53 PM | Show all posts
Kesatuan Masyarakat n Ekonomi Europa

Kesatuan Europa dibina memang diwujudkan untuk mencapai tujuan politaik, tapi kemandirian n kejayaan dia ni mari dari asas ekonomi depa sniri. Negara-negara anggota Kesatuan Europa membentuk "pasaran tunggal" dan jugak mewujudkan matawang iaitu Euro yang digunakan bersama oleh 12 anggota dia.

Negara2 EU mempunyai jumlah populasi penduduk yang terendah di dunia. Oleh itu, depa kena sentiasa dok sama-sama bagi memastikan pertumbuhan ekonomi depa terus berjalan serta buleh bersaing di pentas donia dengan kuasa-kuasa ekonomi len. Dalam pasaran dunia, tarak satu pon negara EU yang leh tahan dengan diri sniri saja. Depa nak cari pelanggan baru semua, depa kena buat dalam pasaran yang lagi besaq selain drpd dok bergantung kat negara depa jah untuk pasaran. EU usaha kuat la untuk membuang semua halangan lama dalam perdagangan n benda-benda birokrasi yang menyusahkan perjalanan ekonomi.

Persaingan bebas Europa ni kena ada keseimbangan lak dr segi kesatuan Europa yg meluas ditonjolkan dengan bantuan cara praktik kepada orang-orang awam. Contoh, kalu ada rakyat Kesatuan Europa yang jadi mangsa banjir, atau kena landa dengan bencana alam len, depa akan dapat bantuan dari bajet Kesatuan Europa.

Lagi, pasaran meluas benua tu dengan 380 million pembeli dan pengguna kena bagi balik pekdah kepada seramai mungkin orang. Depa pong ada 'dana berkala' diuruskan oleh Suruhanjaya Europa (European Comission). Benda ni menggalakkan n menyokong usaha-usaha rakyat Kesatuan Europa n pihak berkuasa negara-negara untuk mendekatkan lagi jurang perbezaan pembangunan antara negara-negara di benua Europa.

Dua-dua, bajet n det yang dikutip oleh Bank Pelaburan Europa diguna untuk memperbaik infrastruktur pengangkutan negara-negara Europa. Contoh macam sambungkan lebuhraya n landasan qeyta api laju antara negara-negara. Benda ni buleh bagi lancar perhubungan ke negara-negara yang tercorok di Europa n menjana lagi aktiviti perdagangan antara sempadan kat Europa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-7-2010 10:40 PM | Show all posts
Kerjasama erat memperkenal masyarakat model Europa

Masyarakt Europa lepas zaman industri jadi makin lama makin kompleks. Taraf kehidupan pon steady naik saja tapi wujud pulak jurang antara puak kaya ngan puak miskin. Benda ni ditakuti akan meluas apabila negara-negara bekas komunis menyertai Kesatuan Europa. Makanya ni lah penting depa kerjasama erat bagi mengatasi masalah sosial yang akan wujud.

Jangkamasa panjang, negara-negara Kesatuan Europa dapat kebaikan daripada kerjasama erat. Stengah abad integrasi negara-negara Europa ni menunjukkan bahawa bersatu teguh bercerai roboh. EU dalam satu unit bersama akan menyebabkan depa ada lebih banyak pengaruh dalam bidang ekonomi, sosial, teknologi, perdagangan n politaik. Benda ni lagi baik drpd satu negara anggota yang dok terhegeh-hegeh sniri saja. Jadi bagi masyarakat Europa lani, lagi baik depa suarakan pendapat dan tindakan dalam satu kesatuan saja.

Pasaipa?

Pasai Kesatuan Europa katanya jadi antara kuasa utama dalam perdagangan n memain peranan penting gak dalam urusan bisnes antarabngsa. Kesatuan Europa ni bawak semua kekuatan depa dalam bidang pertanian n perdagangan untuk ada dalam Masyarakat Perdagangan Dunia (WTO). Dalam menguatkuasakan Protokol Kyoto, ni untuk usaha mengawal pencemaran udara n halang perubahan cuaca tak menentu depa pon melibat diri.

Dalam Sidang Kemuncak kat Johannesburg bulan Ogos 2002, depa ada suarakan inisiatif untuk pembangunan lestari alam sekitar. Depa menyatakan keprihatinan depa dalam isu-isu sensitif berkaitan orang-orang awam, isu alam sekitar, sumber punca kuasa yang leh diperbaharui, prinsip2 keselamatan dalam penyediaan makanan, aspek etika dalam bioteknologi, n keperluan melindungi spesis haiwan terancam.

Depa punya keputusan n tindakan pon diambik atas persetujuan bersama belaka melalui institusi demokrati depa macam Majelis Masyarakat Europa (European Council), Parlimen Europa, Majelis Jemaah Menteri, Suruhanjaya Europa, Mahkamah Keadilan, n Mahkamah Audit.

Kesatuan Europa jugak cuba nak mempromosi nilai-nilai kemanusiaan n perkembangan sosial. Depa tengok globalisasi n perubahan teknologi merevolusikan dunia. Depa nak tengok orang sekeliling jadi tuan belaka, tak mo jadi mangsa kepada proses perubahan dunia ni. Keperluan manusia bagi depa tak cukup dengan kuasa pasaran saja, atau tak semestinya dengan tindakan unilateral oleh sesebuah negara.

Depa sokong pandangan dr segi kemanusiaan n jadi model kepada masyarakat yang mana majoriti rakyat depa sokong depa. Depa meraikan warisan yang kaya dengan nilai termasuklah kepada hak-hak asasi manusia, kesatuan sosial, perusahaan bebas, perkongsian hasil ekonomi yang adil, hak bagi perlindungan alam sekitar, hormat pada kepelbagaian kebudayaan, bahasa, n keagamaan serta tradisi yang berjalan selari dengan perkembangan masyarakat.

Pada 7 Desember 2000, Lembaga Hak Asasi Kesatuan Europa diisytihar di Nice, menggariskan semua hak-hak yang disahkan harini oleh 15 negara ahli Kesatuan Europa serta rakyat depa. Orang Europa kaya dengan budaya depa sniri yang membezakan depa antara satu sama lain, tapi dalam masa sama depa disatukan oleh warisan yang sama dari segi nilai. Ini yang membezakan depa daripada dunia ke-III.

Perjanjian Maastricht untuk pertama kalinya mengetengahkan "prinsip2 kepentingan." Ini penting bagi fungsi Kesatuan Europa. Ia bawa maksud yang Kesatuan Europa serta institusi2 dia hanya bertindak kalu tindakan depa lebih berkesan pada peringkat kesatuan berbanding dengan peringkat tempatan atau peringkat peribadi negara tu saja.

Prinsip ni memastikan Kesatuan Europa tak sewenang2nya masuk campoq dalam harian rakyat negara kesatuan. Identiti Europa merupakan aset penting yang mesti dipelihara. Benda ni tak patut disalah anggap sebagai keseragaman sebab orang Europa menolak keseragaman. Depa bersatu dalam kepelbagaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 10:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2010 03:38 PM | Show all posts
Langkah Bersejarah

Hari ni Kesatuan Europa jadi satu hasil kepada kerja keras rakyat dia yang cuba menyatukan Europa. Kesatuan Europa ni dibina atas pencapaian yang kukuh. Dalam donia ni, mana ada negara donia yang berdaulat yang sanggup lepaskan kedaulatan sempadan negara depa sampai ke tahap yang dilakukan oleh negara-negara Kesatuan Europa bagi memenuhi kepentingan rakyat-rakyat dalam negara ahli.

Kesatuan Europa juga stuju menggunakan matawang bersama yakni Euro serta pasaran tunggal yang sentiasa dinamik. Dalam pasaran tunggal tu modal, perkhidmatan, tenaga manusia, dan barangan bergerak tanpa ada sekatan antara negara. Kesatuan Europa berusaha bagi memastikan seramai mungkin orang dapat menikmati faedah dari pasaran tunggal melalui perkembangan sosial serta persaingan yang adil.

Undang-undang asas Kesatuan Europa disusun dalam beberapa siri perjanjian:

1. Perjanjian Paris, melahirkan European Coal n Steel Community (ECSC) tahon 1951.

2. Perjanjian Roma, yang ni melahirkan European Economic Community (EEC) n European Atomic Energy Community (Euratom) tahon dia 1957.

Perjanjian2 di atas ni kemudian dipinda pulak oleh:

1. Single European Act (Akta Europa Tunggal) 1986.

2. Treaty on European Union (Perjanjian Berkaitan Kesatuan Europa) di Maastricht, 1992.

3. Treaty of Amsterdam, 1997.

4. Treaty of Nice, 2001.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 05:28 PM | Show all posts
Bravo genot, aku baca tak habih lagi ni, balik umah sambung balik nanti. Baru kutahu sejarah EU dari lepas perang sampai leh kehari ini. kira kuat jugak la kesatuan depa nih saampai sekarang dah ada matawang sundirik. ASEAN tah bila lagi tah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 05:31 PM | Show all posts
Hi winamp... itu lar, aku asalnye xnah amik tahu pon hal EU ni tapi kebelakangan ni jer baru terdedah. Dolu2 ade la membaca paper pasal isu-isu EU tapi aku tak sangka pula harini kena belajar pasal dorang. Jadi lepas ni tiap2 benda, walaupun kita rasa tak ada kaitan dengan kita, terpaksa juga kita ambil nota. mana tahu di masa hadapan berguna pula kan.

ASEAN tak nampak pula akan jadi mcam EU dalam jangkamasa terdekat. Kita lihat negara-negara dalam ASEAN ni pon smua macam jenis tak sama kepala sahaja. Isu-isu remeh macam kunyit pun kadang-kadang menjadi masalah macam masalah yang penting sangat jika nak dibandingkan dengan masalah sosio-ekonomi rakyat-rakyat dalam ASEAN. Selain tu pendedahan antara satu sama lain di ASEAN ni sangat lah rendah. Kita di M'sia ni mungkin terdedah la dengan negara-negara lain dalam ASEAN, tapi bagaimana pula dengan negara-negara lain? Mereka ada sebarang program macam Berita ASEAN dsbgnya? Orang-orang di ASEAN pon masih tak paham sebenarnya makna diversity in unity secara falsafah dan nilai walaupun banyak sudah slogan-slogan semacam ini diguna di negara-negara dalam ASEAN yang ada macam-macam etnik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 06:01 PM | Show all posts
Kesan daripada Perjanjian2?

Daripada 3 perjanjian yang dibuat dalam post kita sblom ni, Kesatuan Europa ada menguatkuasakan jaringan undang-undang yang kukuh antara sesama negara ahli dalam kesatuan depa. Undang-undang Kesatuan Europa terus saja dikuatkuasakan dan beri kesan kepada rakyat negara-negara EU. Rakyat-rakyat pon mendapat hak-hak depa yang disebut dalam perjanjian-perjanjian.

Integrasi Europa melalui EEC

Langkah pertama diambil bila 6 negara Europa yakni Belgium, Republik Persekutuan Jerman, Perancis, Italia, Luxembourg n Belanda mengasaskan pasaran am antara depa bagi arang batu n bijih besi. Tujuan depa buat macam ini? Pasainya kesan daripa perang dunia ke-II, depa kena pastikan keamanan antara negara-negara Europa yang berjaya dalam perang serta negara-negara yang telah hancuq tak bagi serang menyerang lagi. Integrasi ni membawa depa kepada kesamarataan, serta kerjasama dalam institusi.

Lantaran daripada pengasasan pasaran am antara depa, enam negara kesatuan ambil keputusan mewujudkan Masyarakat Ekonomi Europa, atau bahasa Inglish dia, European Economic Community (EEC) berdasarkan kepada pasaran am dengan barangan yang pelbagai jenis dan perkhidmatan yang lebih meluas. Cukai kastam antara 6 negara ni dihapuskan sepenuhnya pada 1 Julai 1968. Depa pon ada mewujudkan dasar umum berkaitan dengan pertanian n perdagangan sekitar tahon 60-an.

Pasca-Integrasi

Pasai berjayanya kerja yang sukar ni, yakni nak mengintegrasikan negara-negara ni, negara-negara lain macam UK, Ireland, n Denmark pon teringin la nak masuk dalam EEC tu. Perluasan yang pertama ni dari 6 ke 9 ahli berlaku tahun 1973. Masa yang sama, ahli-ahli komuniti ni tanggung tugas baru pulak iaitu nak perkenalkan dasar alam sekitar, kemasyarakatan, dan kebenuaan. Bagi melaksanakan dasar kebenuaan, depa wujudkan pulak European Regional Development Fund (ERDF), tahon 1975.   

Awai tahun 70-an, para pemimpin komuniti sedar bahawa depa kena satukan unit ekonomi depa antara satu sama lain. Jadi pada akhirnya depa sepakat, kena wujudkan satu sistem matawang yang berkesatuan. Waktu-waktu tu jugak, US amik keputusan nak gantung pertukaran det dollar depa dengan emas. Benda ni menyebabkan ketidakstabilan besaq dalam pasaran matawang dunia. Tambah terok lagi, krisis minyak pulak pada 1973-1979.

Pengenalan Sistem Matawang Europa

Tahon 1979, sistem matawang Europa atau European Monetary System diperkenalkan. Hal ni membantu menstabilkan kadar pertukaran matawang masa tu serta menggalakkan ahli-ahli Komuniti melaksanakan dasar yang tegas yang mendapat kebenaran Komuniti bagi mengekalkan kesatuan bersama depa serta mendisiplinkan ekonomi negara-negara depa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:10 PM | Show all posts
Kasi Up Ini Thread. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:15 AM | Show all posts
rantau kaukasus???area mane tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:05 AM | Show all posts
Kaukasus kat belah2 Russia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 10:56 PM | Show all posts
Penyertaan negara2 miskin kat Europa Barat

Tahun 1981, negara Greece menyertai Komuniti Europa ni diikuti oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun 1986. Jadi sangat mustahak untuk memperkenalkan program2 berstruktur macam Program Integrasi Mediteranea (IMP) bagi tujuan mengurangkan jurang pembangunan ekonomi antara 12 negara2 ahli Komuniti Europa ini. Sebabnya Sepanyol, Portugal, dan Greece miskin dan mereka dibantu dari segi kewangan oleh negara2 lain yang kaya dalam komuniti.

Masa yang sama Komuniti Ekonomi Europa (EEC) mula memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa. Komuniti menandatangani satu siri konvensyen dengan negara2 Afrika, Carribean, dan Pasifik (negara2 ACP). Tujuan tandantangan konvensyen adalah untuk beri bantuan dan perdagangan dengan negara2 itu (Lome I, II, III, IV, 1975-1989).

Ini semua membawa kepada persetujuan Conotou pada Jun 2000. Pemangkin2 macam benda2 ni lah membolehkan Europa menjadi kuasa perdagangan utama dunia serta dilihat sebagai bertindak di arena antarabangsa demi kebaikan mereka. Kesatuan Europa bertujuan untuk melaksanakan dasar2 yang sama dari segi hubungan luar dan keselamatan bagi semua ahli2nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 03:03 PM | Show all posts
Bila negara-negara dlm Kesatuan Eropah tu nak minta maaf kat negara-negara asia yg pernah mereka jajah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 04:18 PM | Show all posts
yang tu kena p tanya depa sniri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 05:16 PM | Show all posts
dan jgn lupa.. mintak dorng pulang blik rete2 dan menuscipt yg dorang curi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 01:06 AM | Show all posts
Yang tu cakap kat ahli2 macam UK, Belanda, n France.... hantar memorandum kat embassy dan telefon kat embassy Malaysia kat sana suruh tolong negotiate ambil balik. Skarang ada dekat 27 ahli dalam Kesatuan Europa bukan stakat UK, Blanda, n France yang pernah jajah kawasan Asia Tengara, dan kawasan2 lain...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.072762 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list