CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6104|Reply: 1

Ziana dedah rahsia

[Copy link]
Post time 2-8-2010 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Ziana dedah rahsia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
2010/08/02

      Buat kejutan apabila suami beri kucupan di depan orang ramai

TERSIPU-sipu wajah Ziana Zain, 42, apabila suaminya Armin Zaharin ,44, menaiki pentas bersama jambangan bunga ros berwarna biru. Wajahnyabertambah malu apabila sebuah kucupan mesra singgah di pipi pada majlispelantikannya sebagai duta produk penjagaan diri Antabax, baru-baruini.
Kehadiran Armin pada majlis itu menjadi perhatian media. Inikerana Ziana pernah beberapa kali memberitahu sebelum ini tidak mahumembabitkan pasangannya dengan sebarang aktiviti seninya. Memangpeluang seperti itu tidak datang selalu, menyebabkan saat keemasan itudigunakan sebaiknya oleh media untuk merakamkan sebanyak mungkin gambarpasangan ini.
Sejak mendirikan rumah tangga pada 1998, sukar sekali untuk melihatZiana muncul berdua bersama-sama suami. Kebanyakan gambar yang beradadalam arkib adalah daripada majlis perkahwinan mereka 12 tahun lalu.Tentunya selepas lebih sedekad, peminat Ziana mahu melihat bagaimanakahrupa terbaru penyanyi itu.

Sekian lama tidak terdedah kepada publisiti, Armin kelihatan agakkekok apabila diminta bergambar bersama isteri. Namun dia tetapmemberikan kerjasama baik dengan memberikan ‘pose’ menarik untuktatapan umum.

Armin turut hadir pada majlis pelantikan isterinya sebagai dutaproduk penjagaan diri itu kerana dia turut terbabit untuk iklankomersial produk berkenaan di samping dua puteranya Muhammad Aiman, 10,dan Muhammad Ammar, 7.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk penyanyi lagu Madah Berhelah ini memujuk suaminya terbabit dalam iklan komersial produk itu.
Kata Ziana yang anggun dengan persalinan berwarna biru firusdipadankan bersama celana rona putih, kira-kira sebulan memujuk barulahusahanya berjaya.

“Saya memang sudah jangka ramai terkejut apabila suami turut serta.Bukan mudah nak pujuk suami untuk turut serta dengan projek ini. Sayaterpaksa meyakinkan dia dan minta dia melakukannya demi anak-anak.Setelah hampir sebulan memujuk, barulah suami bersetuju.

“Anak sulung saya Aiman juga pada mulanya tak mahu buat komersialini, tetapi saya memaksanya kerana penganjur mahu memaparkan kamisekeluarga. Sementara Ammar pula, dia suka dengan kerja yang adaganjaran.

“Memang sejak dulu lagi saya mengajar dia, kalau mahukan sesuatu,dia perlu buat kerja dulu. Kemudian barulah dia akan dapat apa yangdiingini, apabila melatihnya begitu, Ammar menjadi seorang yang pandaimenghargai barang,” katanya yang sehingga kini sudah bergelar dutauntuk tujuh jenis produk.

Selesa, bahagia dan saling percaya

SEJAK mendirikan rumah tangga dan memiliki empat orang cahaya matatermasuk dua kembar berusia setahun iaitu Mohammad Ariel dan Siti NourKaseh, Ziana berasakan rezekinya bertambah murah.

Katanya rezekinya lebih murah selepas bergelar isteri dan ibuberbanding ketika masih solo dulu. Dia juga dapat merasakan rezekinyabertambah sejak kehadiran si kecil yang kini semakin banyak keletahnya.

Kata Ziana juga, hidupnya kini lengkap. Apa yang dimahukan selamaini seperti rumah tangga yang bahagia dan bayi perempuan semuanya sudahdimakbulkan Nya. Tambahnya lagi, permintaannya selama ini sepertididengari dan kini dia selesa dengan apa yang dimiliki.

“Tiada apa lagi yang saya mahukan kerana apa yang saya inginkansemuanya sudah mencukupi. Walaupun tidaklah kaya raya atau memilikiharta berjuta, tetapi saya selesa dengan kedudukan sekarang.

“Kehidupan saya kini sudah cukup lengkap dengan rumah tangga yangbahagia serta kehadiran empat cahaya mata yang banyak keletah.Merekalah yang menjadi pelengkap saya, jika tiada salah seorang darianak-anak terasa bagaikan ada kekurangan,” katanya.

Ditanya pula apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga sehingga mampubertahan selama 12 tahun memandangkan tidak ramai selebriti yang mampumempertahankan ikatan perkahwinan mereka seperti Ziana. Penyanyi itutiada formula khusus melainkan dua perkara, kepercayaan dan komunikasi.

“Amalan saya dan suami jika ada situasi atau topik yang kami kurangsenang, kami akan duduk berbincang mengenai perkara itu. Selain itu,dalam kehidupan rumah tangga perlulah ada rasa percaya antara pasangan.Jika rasa percaya tiada, rumah tangga akan diselubungi rasa curiga.

“Lebih-lebih lagi macam saya dan suami, kepercayaan memang perlukerana suami kerja di atas awan, sementara saya pula di bawah. Kalaukami tidak saling percaya mempercayai, susahlah rumah tangga kamijawabnya,” kata Ziana.

Kesibukan suaminya yang bertugas di awan biru ada kalanyamenyebabkan pasangan ini tidak berjumpa sehingga kira-kira dua minggulamanya. Namun kemudahan teknologi mendekatkan Ziana dan suaminya.Biasanya SMS dan MMS menjadi penghubung mereka, anak-anak juga sudahmemahami kesibukan ibu bapa mereka.

Memang kadang kala timbul rasa bersalah apabila tidak dapatmeluangkan masa bersama anak-anak tetapi Ziana sudah menjelaskan kepadamereka, bahawa dia dan suami keluar mencari duit demi masa depanmereka.

Justeru, tatkala ada masa terluang, dia dan suami akan menghabiskanmasa sebaik-baiknya bersama anak-anak. Jika tidak pada waktu makan,pasangan itu gemar membawa anak-anak mereka bermain basikal di padang.Sementara itu, setahun sekali atau dua kali, Ziana dan suami akanmembawa anak-anak mereka bercuti di dalam mahupun luar negara apabilaberkesempatan.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharia ... dedahrahsia/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 01:18 PM | Show all posts
Kepercayaan dan Komunikasi Penting Bina Keluarga Bahagia - Ziana Zain
Ditulis oleh Nonie    Khamis, 29 Julai 2010 12:20   

sumber...http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/2467-kepercayaan-dan-komunikasi-penting-bina-keluarga-bahagia-ziana-zain.html


12 tahun melayari bahtera perkahwinan dan Ziana masih kukuh di persada industri muzik Malaysia. Bukan mudah bergelar isteri, ibu kepada empat orang cahayamata dan penyanyi dalam satu masa. Mengakui hakikat itu, Ziana menekankan pentingnya keluarga untuk didahulukan dalam apa jua aspek kehidupan.

Lebih senang menggelarkan dirinya 'akak' di kalangan wartawan, kehadiran Ziana Zain di Majlis Pelancaran Rangkaian Produk Baru Antabax penuh anggun dan kekal langsing. Nampaknya satu lagi tugas sukar yang berjaya diharungi wanita bergelar ibu ini.

"Walau apa saja yang akak lakukan, keluarga akan menjadi keutamaan. Risau kalau terlalu sibuk sampai keluarga terabai dan mungkin nanti timbul masalah lain. Kalau terpaksa juga uruskan kerja macam program Mentor yang lepas, akak pastikan masa terluang yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Makan malam pun sudah cukup untuk bermesra dengan keluarga.

"Akak cukup beruntung kerana anak-anak faham dengan kerja dan kesibukan ibu dan ayah mereka. Dan pastikan tanam sifat percaya pada suami dan jika ada masalah, bincang kerana komunikasi yang baik penting dalam keharmonian rumahtangga. Kita makin lama makin tua, janganlah asyik hidup dalam keadaan curiga.

"Syukur kepada Allah kerana kurniakan keluarga yang bahagia. Akak selesa dengan kehidupan sekarang. Tak perlulah wang berjuta-juta, cukuplah dengan keluarga yang akak ada," ujarnya teruja bakal menyambut puasa dan raya bersama anak perempuan buat pertama kali.

Duta Antabax

Nampaknya saham pelantun suara Madah Berhelah ini makin mencanak naik. Pernah menjadi jurucakap kepada 13 jenis produk termasuk Omega, Head and Shoulders, Pewarna rambut L'Oreal, dan Vono, Ziana sekali lagi dilantik menjadi duta produk penjagaan diri, Antabax. Bukan hanya Ziana, malah kempen terbaru ini bakal melibatkan suami dan anak-anaknya. Pemilihan Ziana tepat sekali kerana wanita ini sememangnya seorang yang sangat mementingkan kebersihan.

"Sebenarnya akak dah gunakan Antabax sejak dua tahun lepas bila anak yang sulung mencecah usia enam tahun sebab dia begitu lasak. Risau kerana jangkitan boleh tersebar melalui udara dan ketika bermain di luar so akak cuba Antabax kerana ia mempunyai perlindungan antibakteria serta memiliki ramuan penjagaan kulit yang berkesan.

"Satunya yang benar-benar menarik adalah kerana ia diyakini halal kerana sebagai orang Islam, pengiktirafan halal sangat penting untuk menjamin kebersihan dalam setiap apa yang kita lakukan," katanya yang bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.

FOTO oleh MOHD AZIM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list