CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 17

Tokoh2 Dunia Barat

[Copy link]
Post time 2-8-2010 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Thomas Aquinas




Tasath aku sedang mengarang2 sambil buat rujukan ke buku undang2. Ternampak pulak nama Thomas Aquinas. Mari idea la, nak masukkan artikel2 pasal tokoh2 dari dunia Barat x kira dalam apa bidang pun.

Thomas Aquinas merupakan paderi igreja katolik dari sayap sebaran Dominican. Selain tu dia merupakan seorang ahli falsafah n ahli agama yang agak berpengaruh dalam tradisi cendekiawan sana. Dia digelar dengan gelaran Doctor Angelicus, Doctor Communis, n Doctor Universalis.

Selalu orang rujuk tokoh ni dengan nama Thomas saja sebab Aquinas tu merujuk tempat tinggal dia. Dia merupakan antara penyokong utama bagi ilmu agama yang berasaskan pengalaman biasa dan sebab selain menjadi bapa kepada aliran falsafah Thomistic dan agama.

Pengaruh dia terhadap pemikiran Barat agak besar gak n banyak drpd falsafah moden bertalian dengan reaksi atau tentangan terhadap buah-buah fikiran dia utamanya dalam bidang etika, undang2 buatan, dan teori2 politaik.

Thomas dianggap oleh igreja katulik sebagai guru contoh kepada orang2 yang belajar di seminari dan dalam bidang agama. Antara hasil karya dia seperti Summa Theologica n Summa Contra Gentiles. Sebagai salah seorang daripada 33 orang sarjana igreja, dia dianggap sebagai ahli falsafah n ahli agama yang hebat. Paus Benedictus XV bagi perisytiharan bahawa igreja mengisytihar doktrin diajar Thomas menjadi doktrin bagi igreja sendiri.

Summa Theologica dia tu sebut pasal ketuhanan Jesus menurut pandangan igreja katulik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2010 10:42 PM | Show all posts
Francis Xavier




Nama masa baptis dia adalah Francisco de Jaso y Azpilicueta. Tempat lahir di Spanyol, Javier dalam negeri navarre. Lahir pada 7 April 1506, dan ninggal di Shangchuan, China tahun 1552.

Masa kecil dia tinggal dalam kerajaan Navarre di Spanyol. Navarre adalah kerajaan orang etnik Basque. Francis merintis penyebaran ajaran injil ke luar bagi gereja katulik serta menjadi pembangun bersama masyarakat Jesus. Dia banyak jugak mengetuai misi ke kawasan Asia terutamanya dalam kawasan empayar Portugis.

Di India pun banyak jasa dibuat dia untuk gereja katulik, begitu juga di Borneo, Jepong, dan Maluku. Selain itu dia juga masuk dalam kawasan2 yang tak pernah dimasuki orang2 mission serta berusaha belajar bahasa2 tempatan orang asli dan mengelakkan salah faham.

25 Oktober 1619, dia diangkat jadi wali gereja katulik oleh Paus Paul ke-V n dikanunkan jadi wali oleh Paus Gregorius XV pd 12 Mac 1622 sama waktu dengan tuk guru dia Ignacius Loyola. Francis Xavier dianggap sbg santo padre bagi penyebaran injil bagi gereja katulik di tanah asing. tarikh perayaan kewalian dia pada tiap2 3 Desember.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 11:00 AM | Show all posts
diorg ni ahli kitab ke??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 07:46 PM | Show all posts
2 saja ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2010 08:23 PM | Show all posts
tulong la sama tepet ka karang cerita pasal tokoh dunia barat... x kisah la raja2 ka, paderi2 ka, tokoh sejarah, sapa2 sajah la.... dari zaman medieval pon ok...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 09:49 PM | Show all posts


Francis Xavier ni adalah Jesuits Dajal laknatullah.. Pernah datang ke Melaka pada bulan Disember 1547!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2010 11:41 PM | Show all posts
baik ko bukak thread pasal tokoh islam. besh jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2010 11:52 PM | Show all posts
Enrique el Navigador




Nama Inggeris dia, Henry. Lahir tahon 1394 di Porto serta anak ketiga kepada raja John I dari Portugal dan adik perempuan raja Henry I dari England. Masa berusia 21 tahun, bapa Enrique dan abang2 dia berjaya tawan bandar orang Islam keturunan Arab peranakan Spanyol iaitu pelabuhan Ceuta di Utara Morocco.

Kawasan pelabuhan Ceuta tu dah lama jadi pusat kegiatan pelanun-pelanun keturunan Berber yang selalu kacau kawasan pantai orang Portugis. Mangsa-mangsa serangan di pantai Portugal selalu kampung mereka dikosongkan dan penduduk dijual di pasar-pasar hamba di Afrika macam cerita P Ramlee yang tajuk 3 Abdul tu.

Lepas berjaya serangan mereka di Utara Afrika tu, Enrique mula dapat ilham untuk belayar dan menjelajahi lagi kawasan di bawah benua Afrika tu sebab tak banyak diketahui oleh orang2 Europa tentang kawasan2 selepas itu. Selain tu ada keinginan untuk cari sumber dagangan emas di Afrika Barat serta cari kerajaan lagenda Prestor Juang (John) serta hentikan serangan lanun-lanun Afrika.

Kapal di Portugal masa tu berat sangat lembap, n berat untuk lalui perjalanan jauh. Bawah arahan Enrique, dorang berjaya membangunkan kapal yang lebih ringan n cepat belayar. Tahun 1419, bapak dia John I lantik dia jadi Vizeroi kat wilayah Algarve.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2010 11:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 5-8-2010 00:02

Aku dah pernah bukak thrid pasal Islam n Sejarah Purba Asia Barat. Tgk kat laman 10,11, etc. Letak sahaja lah pasal tokoh islam Europa skalik kalau ada, lagipong third ni memang pasal dunia Barat... Europa atau Barat zaman pertengahan memang sinonim dengan Kristiang. Kalo sinonim dengan Islam letak sekali tokoh Islam takda masalah kan ada banyak jugak tokoh Islam dari Europa masa zmaan midieval utamanya Spanyol Bosan dengan cerita-cerita dari Asia Tenggara saja, terutamanya bab-bab Nusantara.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 02:10 AM | Show all posts
Aku letak gambar jer, info suruh genot cari hehehe

Moses Maimonides
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 02:14 AM | Show all posts
Averroes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 02:44 AM | Show all posts
LOL.... Musa Maimun...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 01:06 PM | Show all posts
LOL.... Musa Maimun...
genot Post at 5-8-2010 02:44

Dari pagi tadi aku dok fikir, awat hang gelak? hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 01:08 PM | Show all posts
Gambar lagi:
Avicenna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 03:48 PM | Show all posts
John Wycliffe




Dia merupakan seorang ahli agama, penceramah bebas, penterjemah, dan tokoh pembaharu di England dan dikenali jugak sbg antara penentang awal bagi greja katulik roma dalam abad ke-14 M. Dia punya pengikut dipanggil sebagai Lollard, dan pergerakan depa ni adalah pergerakan menentang agamawan-agamawan serta mempromosikan pembaharuan berdasarkan Bible. Awal-awal sekali dia yang menggerakkan pembaharuan golongan Penentang (Protestant), jadi dalam golongan Pembaharu, dia ni dipanggil juga sebagai Bintang Pagi. Dia jugak menentang kekuasaan Paus Roma cuba nak pengaruhi pemerintahan sekular.

Dia ni ada jugak membuat terjemahan bahasa Inggeris bagi Bible ke bahasa biasa. Terjemahan dia ke bahasa Inggeris tempatan diambil dari terjemahan Bible Vulgata dan terjemahan ke bahasa Inggeris nya siap tahun 1382. Ada kemungkinan juga dia terjemahkan empat injil yang kanun dan lain-lain surat kiriman dalam Perjanjian Baru, tetapi kitab Perjanjian Lama dalam Bible tu kawan-kawan dia pun ada terjemahkan.

Bible Wycliffe siap sepenuhnya pada tahun 1384 dengan versi yang diperbaharui oleh pembantu dia, John Purvey dan lain-lain antara tahun 1388 sampai tahun 1395.  

Pengajian

Wycliff adalah seorang tuk guru dari Kolej Balliol, Oxford tahun 1360-1361. Tahun 1361, dia siap dari kolej sama-sama dengan itu dapat tanggungjawab dari kariah Fylingham di Lincolnshire. Jadi dia kena tinggalkan Kolej Balliol walaupon dia bleh trus duduk di Oxford. Katanya dia ada bilik-bilik sniri dalam bangunan di Kolej Queen's kat Oxford. Sebagai siswazah dalam bidang Sains Semulajadi dan Matematik, serta seorang tuk guru, dia bleh la baca buku-buku falsafah.

Kemudian dia dapat lagi ijazah bidang agama, dan meneruskan minat dia mengaji pengajian Bible. Tengok kesungguhan dia, Simon Islip yang jadi ketua biskop di Canterbury letakkan Wycliff jadi ketua di Dewan Canterbury tahun 1365. Kat situ ada 12 orang yang bersedia nak jadi paderi. Ketua biskop Islip mengarahkan supaya dibangunkan yayasan bagi agamawan yang sekular. Tapi tak sempat, Islip pon ninggal tahun 1366. Pengganti Islip nama Simon Langham pula merupakan seorang yang cenderung kepada kebiaraan. Dia ubah kepimpinan kolej tu jadi kepada biarawan.

Wycliff kemudian mintak nak ke Roma, tapi hasilnya tak berapa menyukakan dia. Sebab macam jugak William Woodford n Reverend Robert Parker I, latarbelakang Wycliff yang suka berontak kat Roma n kebiaraan tu menyebabkan orang di Roma sana tak suka.

Antara 1372 sampai 1384, Wycliff dapat kedoktoran bidang ketuhanan, serta gunakan hak dia sebagai pensyarah untuk ajar ketuhanan secara lebih sistematik, tapi syarahan-syarahan dia bukan datang dari Summa dia. Tahun 1368, dia berenti dari kariah Fylingham dan jadi rektor di Ludgershall, dekat Buckinghamshire, tak jauh dari Oxford. Oleh itu dia masih ada hubungan lagi dengan U. 6 tahun kemudian, sekitar 1374, dia dapat darjah mahkota dari Lutterworth di Leicestershire. darjah tu tahan lah sampai dia mati pun.

Dengar cerita ada konflik antara orang Protestant di England dengan orang Katulik jugak pasal terjemahan Bible dia ni sampai terjemahan Bible dia kena bakar dan tulang dia dalam kubur pun kena gali n dibakar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 03:49 PM | Show all posts
Ibnu Sina bukan warga Europa.... dia warga Asia Tengah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2010 04:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 6-8-2010 16:23

Ibnur-Rushd



Hurmm, aku memang suka negara Sepanyol walaupun sekarang ni Sepanyol antara negara Europa miskin. Nasib bek ada Kesatuan Europa jadi merasa la jugak Sepanyol dok dalam golongan negara-negara high class macam Jerman, UK n France. Seorang classmate aku datang dari Salamanca dekat Sepanyol. Dia jadi wakil universiti Mursiyya (Murcia) kat dalam wilayan Andalucia. Aku dok harap agar umat Islam dapat masuk semula ke Sepanyol dan pentingnya ilmu-ilmu dulu dipelajari balik dan diperkembang semula dalam kalangan umat Islam benua lain melalui bentuk perkongsian ilmu dan pengamalan.

Ibnu Rushd adalah salah seorang tokoh Barat yang terkenal sebab menguasai pelbagai bidang ilmu sekitar abad ke-11 M. Dah tentu la dia orang Islam, mazhab Fekah dia mazhab Maliki dan dia dari etnik Arab peranakan Sepanyol yang lahir di Qurtuba (Cordova). Keluarga Ibnur Rushd memang dihormati sebab terlibat dalam bahagian perundangan dan perkhidmatan awam. Datuk kepada Ibnur Rushd, Abul Walid Muhammad jadi ketua Qadhi di dalam dinasti Murabitun. Abah dia nama Abul Qasem Ahmad pon jadi ketua Qadhi di Qurtubah bawah perintah dinasti Murabitun (almoravid), begitu jugak abah dia.

Dinasti Murabitun ni bukan dinasti orang Arab, dorang orang bangsa Berber dari Maroc (Morocco). Lepas dinasti Murabitun, diganti pulak dengan dinasti Almuwahhidun (almohad).

Pendidikan awal Ibnu Rushd mula dengan cara tradisi sahaja. Mengaji hadis, bahasa Arab, shariah, dan disiplin ilmu agama lain-lain cabang. Dia banyak tulis buku pasal falsafah dan agama, nama-nama Tuhan, asal-usul alam, hal-hal bawah jangkauan manusia macam hal metafizik serta psikologi. Ada juga orang kata dia pernah berguru dengan Ibnu Bajjah (Avempace) dan belajar perubatan dengan Abu Ja'afar Ibn Harun dari Trujillo kat Isbiliyya (Sevilla).

Ok, ringkas sahaja. Tak mo berjela-jela... Ada ramai lagi tokoh beragama selain agama Kristus zaman medieval. Bagi cadangan lagi atau nak senaraikan hasil-hasil kerja tokoh2 ni tak kira lah yang Kristus ke x Kristus. Mana tahu boleh cari ka untuk baca, atau boleh bagi ringkasan sikit pasal hasil kerja mereka kalau ada


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:57 PM | Show all posts
yang nie boleh masuk dalam list hang ker genot:
Ibnu Arabi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.084787 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list