CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: redseven

Bulan puasa : setan takde..tapi perlakuan jahat & negatif x banyak berubah

[Copy link]
Post time 22-8-2010 07:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 22-8-2010 19:53

Salaamun 'alaikum...


Adakah Tuhan ALLAH kamu semua benar-benar mengatakan makhluk setan di ikat pd bulan ramadhan????? jika ia tiada di sebut dlm Quran, siapakah pula yg pandai-pandai mereka-reka cerita makhluk setan di ikat di bulan ramadhan???? nah! fikirlah sendiri wahai org-org "yg mempunyai pintu" dan tidaklah mengambil peringatan kecuali org-org "yg mempunyai pintu"/ulul-albab.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 07:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 22-8-2010 20:56

Salaamun 'alaikum,


Dlm AlQuran, setan itu terdiri dari manusia &jin. maka seharusnya Tuhan merantai kedua-dua jenis setan itu, bukan hanya merantai setan jenis jin shj. itu TIDAK ADIL nama nya! adakah Tuhan melakukan kezaliman? sudah tentu tidak, kerana Dia adalah ADIL. oleh itu, cerita setan di rantai di bulan puasa adalah cerita karut yg tiada kena mengena dgn ajaran ALLAH di dlm AlQuran.


Dan demikianlah Kami telah menjadikan bagi setiap nabi itu, akan sebagai musuh, yaitu setan-setan manusia dan jin, yg akan mewahyukan oleh sebahagian mereka kepada sebahagian, akan perhiasan perkataan yg menipu, dan jikalau telah menghendaki oleh Tuhan engkau, tidaklah mereka telah mengerjakan akan nya, maka tinggalkanlah akan mereka itu, dan apa yang sedang mereka ada-adakan 6:112




WALLAHU A'LAM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:56 AM | Show all posts
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:59 AM | Show all posts
Reply 14# sunsuria3


    salam...
dulu memang anda tak tahu kerana tak ada ilmu, tetapi kini anda dah tahu dan ada limu kan?
dan kita wajib mencari ilmu..
dah tahu kena lah terima.
dah  diberitahu bahawa  itu lambang syaitan pada lambang MU di atas..


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:03 AM | Show all posts
Reply 21# sirrikhafi


    salam...

tiada tuhan yang kami sembah melainkan Allah dan nabi muhamad itu pesuruh Allah...

bagaimana kami solat 5 waktu?
tentulah dari penghulu kami iaitu rasullullah
begitu juga lain2 spt hadis2 nabi dan sahabat2 nabi..

allahhuakbar!!


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:32 AM | Show all posts
korang boleh baca kat blok ustaz zaharuddin.net ada pencerahan tentang logo MU dan yang seangkatanny ...
sepul Post at 20-8-2010 09:45


naper tak paste kat sini.... leh baca ramai2!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2010 10:42 AM | Show all posts
Reply 26# zamnie


    zamni, sat saya tolong copy paste ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:43 AM | Show all posts


Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.



JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Apa-apa sahaja logo  jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.  Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit  ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

============> bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 10:46 AM | Show all posts
RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET



Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.

Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.

Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

===============> bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:48 AM | Show all posts
LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?


Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.


Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi  dan barang berlogo sebegitu.


liverpool_jersey.jpg



Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.


liverpool2.jpg



Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. Baca di SINI dan SINI .

Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.  
===============> bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:49 AM | Show all posts
LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة

Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-

وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan.  ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN

Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

24 Julai 2010

tamat.

sumber:

http://www.zaharuddin.net/content/view/944/72/#maxcomment92763
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:11 PM | Show all posts
Reply 24# sitihawa


    pd sy tu gambar kartun jee kerana dilukis dibuat main di sepak diterajang.

org lukis gmbr hantu pocong version melayu tu pun x blh ye! byk poster, ikln kat tv, s/khabar kenapa jakim x haramkan?

anyway sy x bli jersey gmbr2 figure ank sy pin x suka, bljr darul Quran ni bakal hafiz.. dia nk yg Ada tulisan jee

as I said itu impression artist. certtain simbols pun diassiciate dgn devils juga. just a simbol
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:51 PM | Show all posts
Reply 31# sitihawa

trm ksh utk post diatas...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 12:24 AM | Show all posts
that's whylh Allah jadikan bulan ramadhan ni berbeza dr bulan2 yg lain.....inilh masanya umat Islam diberi peluang utk mengawal hawa nafsu yg selama 11 bln sebelum ni sentiasa didampingi syaitan.....muhasabah diri dan cube hayati Islam sebaik mungkin sebelum hari raya......
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 09:26 AM | Show all posts
Reply 1# redseven


    ye la.. bile bukan bulan ramadhan x de pula dorang nak sibuk2 mkn kat kedai; bungkus sume. Semua saje seronok nk makan mase orang lain x bley makan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 01:45 PM | Show all posts
ket belakang rumah 1 km jauhnya bleh terdengar org karouke terutama hari sabtu ahad, juga bunyi imam baca ayat masa terawih kat mesjid berhampiran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2010 11:38 PM | Show all posts
bc paper hari ni buat sy geram btl. 5 beradik pompuan diratah abng kandung? yg sulung lbh20 Kali even yg 5 tahun pun kena! 3 org nekad lari sewaktu blk sek nmpk si ayah tgh mabuk dan pegang kayu. ayah n abng ni both penagih! Mak dh meninggl. ank pompuan sulung cr rezeki upah basuh pinggan kat kedai mkn dpt rm10 sehari. itu pun si ayah kerap minta utk bli arak!  
setan laknat
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 06:07 PM | Show all posts
Reply 37# sunsuria3


    Giler punya manusia... :@

Nak baca paper pun gerun sekarang neh, jenayah masyarakat melayu Islam melampau-lampau macam idup tade agama.jahat mengatasi binatang buas :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 08:51 PM | Show all posts
Reply 38# bintang

kadang i fikir pelik..di bulan puasa tu..mcm2 maksiat..kelmarin kakitangan awam dia quarters kat putrajaya tu di tangkap bersama pasangan pelajar ipts..dari gaya bilik berselerak dan barang kemas perempuan ni ditanggalkan atas almari..project xxx baru berlaku..
bulan puasa ni? my god...the other day pompuan melayu dgn pakistan ke duduk sekali lagi?

kelmarin ada drama melayu..i biasa larang anak2 tgk drama melayu yg boys ni memang tak suka tgk yg girls ni curi2 tgk..dlm drama tu si pompuan dgn lelaki ni ada anak luar nikah..kenapa cite2 mcm ni disiarkan..nak jadi kan teladan pun pls lah not story like this..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2010 02:45 AM | Show all posts
perang paling besar sekali ialah perang nafsu...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.091195 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list